Suara Pencinta Haiwan Malaysia Telah Didengari Di Dewan Rakyat...Steady Semua
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka kisah Hero telah dijadikan sebagai iktibar...PH sangat bersyukur kerana isu penderaan haiwan telah berjaya dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan tidak sangka ianya telah disambut baik oleh ahli dewan yang lain...
Bermula dengan nota dari Mohd Haiqal Daniel yang ditaip di dalam laman Faceboook Kakimotong Fan Club yang berbunyi :
"Semasa saya bertugas di Parlimen hari ini :- Nama PH
keluar dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat hari ini di Parlimen mengenai Rang
Undang2 Binatang (Pindaan) 2012. Datuk Halimah Siddiq-AP Tenggara menceritakan
mengenai kisah bagaimana Hero di potong tangannya kerana mencuri ikan oleh
manusia kejam dan hamba Allah PH (telah disebut nama sebenarnya) yg
menyelamatkan Hero. Tahniah PH kerana nama anda & hero sampai masuk dalam
perbahasan di Dewan Rakyat."
Meskipun ianya telah berlaku lebih tujuh tahun yang lalu, kisah Hero ini bukan retorik semata-mata...PH juga sama sekali tidak menyangka usaha menyelamatkannya satu ketika dahulu akhirnya telah dibangkitkan di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada hari ini...PH tahu sebenarnya ada banyak lagi haiwan-haiwan jalanan yang lain telah mengalami nasib yang lebih teruk angkara manusia durjana...Di dalam usaha memperjuangkan nasib haiwan jalanan dan mendidik masyarakat agar lebih peka, PH telah menulis tanpa henti bertahun-tahun lamanya...PH perlu melakukan 'repeatition' agar slogan "Membanteras Kekejaman Terhadap Haiwan' sentiasa melekat di dalam minda masyarakat...Terlalu banyak halangan dan pengalaman pahit yang PH tempuh, namun biarlah PH simpan sebagai memori silam yang sangat bermakna di dalam membina kematangan hidup...PH juga tidak akan menoleh ke belakang lagi...
PH juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada kalian semua kerana turut sama membantu menyebarkan risalah pencinta haiwan...Suara kalian semua juga sudah menjadi terlalu kuat sehingga ianya berjaya didengari di dalam Dewan Rakyat...Kalian juga adalah merupakan penaung yang mantap di dalam sama-sama menjayakan usaha berjuang akan hak kebajikan haiwan dan mereka yang selalu berkorban untuk haiwan...
Berikut adalah sedutan dari laman web BERNAMA yang menyiarkan sedikit sebanyak apa yang telah diperbahaskan di dalam Dewan Rakyat oleh Datuk Halimah Mohd Sadique...Terima kasih dan kredit kepada Mr Shawn Tanis kerana telah menyediakan berita ini...
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Kisah penderaan seekor kucing 'Hero' yang
kemudiannya diselamatkan seorang pemuda bernama Hairey Yahya, menarik perhatian
wakil kerajaan di Dewan Rakyat hari ini yang mencadangkan agar kempen
menyayangi haiwan mengetengahkan kisah individu berjiwa besar seumpama itu.
Anggota Parlimen Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara)
berkata kisah malang Hero, kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya
atas kesalahan mencuri seekor ikan di sebuah restoran, dan kemudiannya
diselamatkan Hairey wajar dijadikan contoh dalam usaha meningkatkan kesedaran
di kalangan rakyat supaya menyayangi binatang.
"Langkah ini bagi menghargai dan mengetengahkan
individu yang berjiwa besar yang berusaha menyelamatkan mana-mana haiwan
terbiar," katanya ketika menyokong cadangan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit
Sulong) pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Binatang (Pindaan) 2012 di
persidangan Dewan Rakyat di sini.
Noraini sebelum itu mencadangkan kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani supaya memberi galakan termasuk potongan cukai
terhadap pengumpul haiwan jalanan seperti kucing dan anjing untuk membantu
golongan terbabit yang berusaha untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.
"Ia adalah antara insentif yang wajar diberikan kepada
pengumpul haiwan berkenaan yang peka mengenai nasib kucing dan anjing jalanan
untuk dipelihara di rumah mereka," katanya.
Dalam reaksinya terhadap kedua-dua cadangan terbabit,
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata,
cadangan tersebut adalah baik dan akan dipertimbangkan kementerian.
“Mengenai isu kebajikan haiwan terutama kucing dan anjing
jalanan, kebanyakan orang juga tidak sedar bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab besar apabila membeli seekor kucing dan anjing.
“Isu timbul selepas haiwan peliharaan berkenaan tua,
kebanyakan akan dihalau daripada rumah atau ditinggalkan di tempat awam,”
katanya.
Beliau berkata kos perubatan serta lain-lain kos yang tinggi
menyebabkan pemilik haiwan berkenaan mengambil tindakan membuangnya di jalanan.
“Dari segi kesedaran, pihak kementerian bekerjasama dengan
pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran orang awam supaya
menyedari tanggungjawab besar mereka dalam memelihara haiwan terbabit,” katanya. - Bernama
Nota PH :
Isu kebajikan terhadap haiwan ini telah disambut baik oleh pihak kementerian
( terima kasih )...Ketahuilah juga bahawa ini bukannya kejayaan PH seorang, tetapi kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama...Selagi ada hayat, sama-samalah kita berjuang akan hak mereka....Bagi pihak PH sendiri, PH akan tetap meneruskan perjuangan samada melalui penulisan dan tindakan secara berterusan...Matlamat perjuangan yang PH dukung adalah sangat jelas sejak dahulu lagi...
Sesungguhnya peristiwa ini adalah di antara satu kenangan peribadi yang paling manis buat PH apabila nama PH sendiri telah disebut oleh Datuk Halimah Mohd Sadique di dalam Dewan Rakyat...Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kapasiti, PH hanya lakukan sahaja tanpa mempedulikan rintangan yang melanda...PH juga melakukannya dengan penuh yakin dan berterusan tidak mengira waktu...
Semoga suara perjuangan kita semua pada usia dan abad ini bakal menjadi titik perubahan di dalam arena pembelaan kebajikan haiwan demi melahirkan modal insan pada generasi yang akan datang untuk menyambung perjuangan kita semua...apabila kita tiada di dalam dunia ini nanti....
Sama-samalah kita berdoa agar isu kehaiwanan ini akan diluluskan di dalam Dewan Negara nanti...
Kalimah SYABAS dan TERIMA KASIH serta SALAM SAYANG buat kalian...
Kadangkala, ada perbuatan baik kita yang dipandang KECIL oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya ia bakal memberi impak yang BESAR di masa hadapan...
Alhamdulillah...Steady Semua...!!!!
semoga penganiayaan terhadap haiwan tiada lagi selepas ni.. mustahil takde langsung sekurang kurangnya nasib haiwan terbela
ReplyDeletekasihanilah haiwan... :)
ReplyDeleteMoga Allah merahmati anda sekeluarga. Amin.. T_T
ReplyDelete