Anak Kucing Yang Menggedik Di Kedai Makan
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Sketsa kucing jalanan yang berkelana di kebanyakan kawasan-kawasan perumahan dan restoran seakan-akan tiada kesudahannya...Masyarakat masih belum ada kesedaran yang teguh untuk menyedari akan pentingnya menjaga kebajikan terhadap haiwan...Kalau tidak menyukai mereka, itu tidak mengapa tetapi berilah simpati kepada mereka...Itu juga adalah sifat ehsan...
Menjaga haiwan peliharaan adalah tanggungjawab dan amanah...Kita bukan sahaja setakat menjaga mereka, malah kita sebenarnya menjaga sebuah nyawa pemberian dari Allah SWT...Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka ini semua adalah bala tentera yang Allah SWT turunkan untuk menguji sejauh mana kita menggunakan akal, ehsan dan agihan harta benda ke jalan yang diredhaiNya...Mereka juga seperti manusia...Kalau manusia ada AIDS, mereka pun ada AIDS...Kalau manusia ada Diabetes, mereka pun ada...Kalau manusia ada sakit jantung, mereka pun ada...Kalau manusia ada Jaundice, mereka pun ada....Inilah perkara yang tidak ramai menyedarinya...Apabila ada kucing peliharaan yang sakit, maka ada dikalangan manusia yang mengambil jalan mudah iaitu melepaskan mereka di kawasan-kawasan awam dan dibiarkan hidup tanpa pembelaan...Ada yang mati kelaparan, diserang anjing, dilanggar kenderaan dan mati didera...Sesungguhnya, perkara-perkara yang berlaku di atas akan menjadi perhitungan amal kita semua di akhirat kelak...Membuang kucing tidak menghalalkan dosa...Mengikut undang-undang dunia, ia juga adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Binatang 1953 ( Pindaan 2006 ) tapi PH tak ingat pula Seksyen yang ke berapa...
Baiklah, untuk dijadikan cerita entri kali ini, pada 29 November 2012, sedang PH makan di Restoran Malsea Semenyih, ada seekor anak kucing mengiau dan bermundar mandir tidak tentu arah..Seperti biasa, PH akan mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan kejadian sebenar...Ini adalah prosedur tetap PH iaitu mengambil lokasi sebenar kejadian dan bagaimana keadaan kucing apabila pertama kali menjumpainya...Ini adalah sebagai catatan diari hidup PH sebagai ingatan di masa depan...
Berikut adalah video yang menunjukkan bagaimana PH menjumpai anak kucing yang menggedik ni...Inilah titik pertemuan pertama PH dengannya...
PH cuba mencari adik-beradiknya yang mungkin ada di kawasan sekeliling tetapi tidak dijumpai...Apabila PH tanya pada Mek Pah, dia pun tak tahu dari mana datangnya kucing ni...Dan hanya seekor sahaja yang dilihat di kawasan itu...Maka, tanpa membuang masa, PH meletakkannya di dalam kereta sebelum meneruskan menjamu selera...
Apabila selesai makan, PH kembali ke kereta dan sempat merakam gelagat si comel ni...Sedap betul dia baring kat atas kusyen kereta tu....
PH menempatkannya di dalam sangkar sementara membersihkan sangkar-sangkar kucing yang lain....Dia agak sugul ketika itu...MH menamakannya Achilles ( sebutan bahasa bakunya adalah "AKILIS" )
Achilles mempunyai masalah penghadaman...Najis keluar setiap 10-20 minit dan rupabentuk najisnya tidak normal..Berwarna hitam pekat, cair dan berbau hanyir...Ini adalah masalah biasa yang selalu PH hadapi...Untuk mengelakkan najisnya dari melekat di bulu, PH tidak menggunakan sebarang alas supaya najisnya boleh keluar terus dari sangkar...Lagipun, sangkar ini masih baru dan tidak berkarat...Sangkar yang berkarat lantainya wajib dialas untuk mengelakkan kakinya dari luka dan seterusnya berlaku jangkitan kuman...
Kemudian PH menjamunya dengan hidangan 'wetfood'...Pada mulanya, PH agak risau kerana takut dia tidak lalu makan...Tapi sangkaan PH meleset...Achilles makan dengan lahap sehingga licin 'wetfood' tu disentalnya...Tidak hairanlah perutnya gendut...Ini menandakan bahawa kesihatannya berada di dalam keadaan yang stabil...Walau bagaimanapun, PH perlu kuarantinkannya....Sedikit masa nanti PH akan memberinya ubat nyahcacing...Kalau nak tengok video dia makan, boleh ditonton di sini ( KLIK SINI )
Kucing-kucing yang lain juga tidak diabaikan...Si Jamek tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil kisah tentang keadaan sekeliling...Matlamatnya ialah 'menyental wetfood' yang terhidang di depan misai...
Ketika ini, Si Achilles terberhenti makan kerana terkejut dengan kehadiran kucing-kucing yang lain...Bulunya mula meremang...Ini adalah senario yang biasa berlaku...Lepas PH menyapukan minyak Magnetic Aura ( KLIK SINI ), stressnya sudah surut dan dia makan semula 'wetfood' yang terhidang...Si Jamek, Si Raizo dan dua ekor anak kucing DBKL makan dengan 'Silent Mode'...Senyap jer mereka makan...PH selalu menyapu minyak Magnetic Aura pada telinga Si Jamek dan Si raizo...Alhamdulillah, mereka sudah tidak bergaduh lagi...Si Jamek ni boleh tahan garangnya...Mulut tak boleh nak tutup pun ada hati nak gigit orang....adehhh...
Puas rasa hati apabila dapat berbakti kepada mereka ni....Hobi menjaga kebajikan haiwan adalah satu amalan yang sangat baik....Penat tu memang penat, tapi PH buat ajer...PH tidak boleh tidur dengan tenang kalau sehari tidak membersihkan sangkar mereka...Bau najis dan air kencing sudah menjadi sebati dengan hidung PH dan MH...PH yakin mereka yang juga selalu mengutip haiwan-haiwan jalanan sudah semestinya tidak kisah kalau tangan bergelumang dengan najis kucing...Kalau kita menggunakan peralatan yang sesuai, semua ini tidak menjadi masalah kalau kita dapat menanganinya dengan bijak...Tisu tandas, tong dan plastik sampah, semburan anti bakteria, pewangi dan sebagainya harus digunakan dengan teliti agar tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan kucing...Ini secara tidak langsung mengajar kita tentang bagaimana untuk melaksanakan gerak kerja dengan cara yang berhemat...
PH berikan mereka air mineral yang dibeli sedozen...Untuk kucing jalanan yang nyahhidrat ( kurang air di dalam badan ), PH bagi mereka minum air 100 Plus dengan Syringe ( picagari )...Setiap bekas makanan dan minuman mereka PH calitkan sedikit minyak Magnetic Aura sebagai usaha untuk menjamin kecergasan mereka...
PH berikan mereka air mineral yang dibeli sedozen...Untuk kucing jalanan yang nyahhidrat ( kurang air di dalam badan ), PH bagi mereka minum air 100 Plus dengan Syringe ( picagari )...Setiap bekas makanan dan minuman mereka PH calitkan sedikit minyak Magnetic Aura sebagai usaha untuk menjamin kecergasan mereka...
Selepas selesai makan, Si Achilles termenung buat seketika...Lama juga dia berkeadaan sedemikian...PH tahu yang dia keliru dengan apa yang dialaminya sekarang..Kasihan apabila melihat akan keadaannya...Dia amat memerlukan ibunya sekarang, tetapi Allah SWT telah menurunkan ujian kepadanya...Haiwan juga tidak terlepas dari ujian Yang Maha Esa, apatah lagi kita ni...
Hati mana yang tidak berasa lapang apabila melihat kucing yang kita kutip membersihkan mukanya selepas kenyang...Alhamdulillah....
Apabila selesai makan, Si Jamek nampak hairan apabila melihat Si Achilles...
"Ala Papa ni..Ade jer kucing baru dia bawak balik...Nak suruk Amek jage la tu..."
PH panggil Si Jamek ni 'Amek'...
Tidak sampai 10 saat, Si Jamek buat hal sendiri...Dia buat muka selamba jer...Alhamdulillah, kesihatan Si Jamek kini berada di tahap yang optimum...
"Ada aku kesah...???" kata Si Jamek...hehehehe...Muka dia lepas makan'wetfood' memang macam ni...Setiap kali selepas makan 'wetfood', hidung dan mulut dia mesti kotor sebab dia makan dengan cara menyondol makanan...Ini adalah kerana rahangnya tidak boleh dikatup ( KLIK SINI )...Dulu PH selalu bersihkan kotoran di mukanya, tetapi kini tidak lagi...Si Jamek sudah boleh membersihkan mukanya sendiri...Dia sudah boleh berdikari...
Kucing yang baru PH keluarkan dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL ni sangat lincah ( KLIK SINI )...Adiknya yang seekor lagi tu pun boleh tahan juga nakalnya...Masa ni dia ternampak Si Jojo kat luar pagar...Terbelalak bijik mata dia tu...
"Kucing hape yang besar bagak ni....???" hehehehe
Nota PH :
Dalam pada itu, sama-samalah kita belajar untuk menghargai nyawa...Kalau kita tidak suka kehadiran mereka di dunia ni, itu tidak mengapa kerana tiada siapa yang boleh memaksa kita untuk menyukai mereka...Segalanya bermula dengan hati dan ehsan...Tetapi, usahlah dilupa bahawa dunia ini bukan milik kita seorang....Sebagai umat Rasulullah SAW, Baginda pasti suka sekiranya dapat melihat kita menjaga kebajikan haiwan kesayangan Baginda ni....
Sebenarnya, bukan hanya kucing sahaja yang perlu kita hargai tetapi kepada haiwan-haiwan yang lain juga...Buang ego dan kesombongan diri dan serlahkanlah sifat keehsanan lebih-lebih lagi kepada sesama manusia...Tetapi, sekiranya kita menghulurkan bantuan kepada sesama manusia, seelok-eloknya perkara tersebut disembunyikan dan tidak diungkit-ungkit...Berkongsi cara kita membantu haiwan jalanan dengan orang lain sangatlah digalakkan kerana ia boleh dijadikan teladan supaya masyarakat boleh dididik untuk turut sama membantu haiwan jalanan ini...Kita adalah suara mereka kerana mereka tidak boleh bersuara...
Sikap mencemuh individu yang mengutip kucing jalanan harus dibanteras sama sekali...Membantu haiwan jalanan adalah lebih baik dari tidak berbuat apa-apa langsung...Usah kita menjadi seekor tikus yang membaiki labu...Pada zaman sekarang, perkara-perkara mencemuh sebegini sudah tidak relevan lagi...Buang sikap suka merungut dan suka mencari salah orang lain kerana itu adalah sikap buruk yang sangat Rasulullah SAW benci....Tidak perlu kita berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang lebih prihatin dan ikhlas kerana di dalam isu keehsanan ini tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah...
sukanya tgk prkembangan kucing2 jalann yg PH bantu ni.. :') antara wishlist sy bila dh kerja nnt mmg nk mmbantu semampu mungkin kucing2 jalann ni sbb cinta sy kt haiwan comel ni pn sngttt mndalam..
ReplyDeletesy ada soalan nk tnye..kucing sy yg jantan ni slalu kuar...bila balik rumah, abeh satu badan calar balar..saya rasa sbb gaduh ngn kucing jantan lain..tp skrng ni perangai dia dh makin teruk..suka jugak carik gaduh ngn kucin lain..skrng ni lama dia menghilang..tup3.. mlm smlm dia balik rumah..keadaan dia..masyaAllah.. banyak luka2 kering kt badan dan hmpir nk jdik kurap..mmg kes gaduh ngn kucing lain lah ni..skrng ni dia balik rumah sbb nk makan je..mcm mana nak halang dia drpd kuar rumah n nk elakkn dia tnjuk samseng ngn kucing lain?