KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Ikuti Kisah Nasib Si Comel Yang Disuntik Mati di Astro AWANI 501

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, December 29, 2012

Ikuti Kisah Nasib Si Comel Yang Disuntik Mati di Astro AWANI 501

Posted by Papa Hero | Saturday, December 29, 2012 | Category: , , |

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Kepada Para Pembaca Yang Budiman

Pada 27 Disember 2012 yang lepas, PH dan Team HERO buat kali keenam berturut-turut telah pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL Setapak bagi menjalankan rutin tugas seperti biasa...Untuk makluman, Team HERO akan pergi ke pusat kurungan haiwan tersebut pada setiap hari Khamis jam 2 petang...Tetapi pada misi kali ini sahabat PH iaitu Saudara Razeef dan Dr. Azlan serta sahabat yang lain tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan...Namun begitu, misi kali ini disertai oleh sahabat PH iaitu Saudara Amirul Hafiz yang juga merangkap Penolong Setiausaha NGO HERO...

Bagi Team HERO, misi kali ini adalah amat istimewa kerana ianya turut dihadiri oleh wartawan dari Astro AWANI serta beberapa pegawai atasan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur termasuklah Pengarah Kesihatan DBKL iaitu Dr. Hajah Norhayati bt Abdullah serta En. Chandrakanth selaku pegawai atasan Jabatan Kesihatan DBKL...Mereka semua hadir tanpa kami sangka...Pada mulanya kami agak gusar kerana khuatir ada sebarang masalah yang mungkin menimpa ketika menjalankan misi kali ini...Alhamdulillah setelah PH menerangkan secara terperinci mengenai tindakan lanjut yang dilakukan oleh Team HERO terhadap kucing yang dikeluarkan dari pusat kurungan ini, usaha ini telah disambut baik oleh mereka....PH menerangkan kepada beliau bagaimana proses rawatan dilakukan, memperkenalkan doktor haiwan yang bertugas ( Dr. Zul dan Dr. Azlan ) serta menunjukkan beberapa bukti proses pemandulan serta vaksinisasi yang telah dijalankan sebelum dicarikan keluarga angkat yang baharu....PH telah memberitahu mereka bahawa Team HERO telah melancarkan Program MAYS ( Masih Ada Yang Sayang )....Beliau juga telah melihat sendiri laman Facebook NGO yang PH asaskan iaitu Pertubuhan Aktivis Haiwan ( KLIK SINI ) dan beliau sangat berpuashati dengan usaha dari Team HERO...


Dr. Hajah Norhayati juga kelihatan ceria pada hari itu...Beliau juga turut ditemuramah oleh wartawan Astro AWANI yang bertugas....Beliau juga ada mengulas mengenai kerja-kerja menyelamat oleh Team HERO kepada wartawan Astro AWANI...


PH turut mengadakan mesyuarat ringkas dengan pegawai DBKL yang hadir...Encik Mariappan ( berjaket hitam ) selaku individu yang menguruskan pusat kurungan haiwan tersebut juga turut menyaksikan sendiri bagaimana usaha memindahkan kucing-kucing dilakukan...Encik Omar ( berkemeja putih ) adalah di antara individu yang bertugas di bahagian aduan....Di sebelah kiri sekali ialah Encik Chandrakanth...


Jurukamera Astro AWANI pula menjalankan tugasnya dengan merakamkan aktiviti yang telah berlaku pada hari itu....


19 ekor kucing telah berjaya dikeluarkan...


Alhamdulillah, segala aktiviti yang dijalankan pada hari itu berakhir dengan jayanya...Kami sempat bergambar kenangan bersama sebelum berangkat pulang....


Namun begitu, tugas Team HERO masih belum selesai...Terima kasih kepada Saudara Amirul Hafiz kerana sudi menumpangkan keretanya untuk membawa kucing-kucing yang telah diselamatkan ini....Semoga Allah jualah yang membalas budi baik kamu....


Suami kepada Pn Zety Shah ( PH terlupa pula namanya ) turut hadir untuk menghulurkan bantuan di saat akhir...Beliau sampai lambat pada hari itu...


Dan beliau telah sudi mengambil dua ekor dari kucing yang diselamatkan pada hari itu juga untuk dijadikan anak angkat...Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT...


PH membawa dulu kesemua kucing-kucing ini pulang ke rumah buat sementara waktu dan bercadang akan pergi klinik Dr. Azlan di Shah Alam pada malam harinya untuk menghantar sebahagian kucing...



Sebelum PH masukkan seekor demi seekor ke dalam sangkar yang dikhaskan untuk kucing jalanan, PH teliti dahulu keadaan fizikal mereka dan mengenal pasti jumlah jantina kucing untuk memudahkan pengasingan kucing bagi tujuan pemandulan...



Sepuluh bungkus makanan basah ( wet food ) habis dalam masa 5 minit...Kasihan PH melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga...



Alhamdulillah juga kucing-kucing yang dikeluarkan pada kali ini tidak mempunyai sebarang masalah fizikal yang teruk....Hanya segelintir sahaja yang menghidap flu, sakit mata dan jangkitan fungus...Kucing hitam di dalam gambar di bawah ini sangat bersih dan berkilat bulunya...


Beginilah keadaan mereka selepas kenyang...Kucing yang bertompok hitam putih tu menghidap sakit mata tapi tidak serius...PH dah titiskan ubat mata kepada beberapa ekor kucing yang bermasalah....Kepada kalian yang nak jadi keluarga angkat kucing yang comel ni, silalah hubungi PH  ataupun komen jer kat ruang komen di penghujung entri ini...


Kucing betina berwarna putih ini adalah 'batch' kucing DBKL yang sebelumnya...Kucing ini telah pun menjalani proses pemandulan dan telah seminggu berada di rumah PH...Kucing ini sudah pun sembuh luka pembedahannya dan bersedia untuk dijadikan anak angkat...


Lebih kurang jam 10 malam dari Semenyih PH tiba di klinik Dr.Azlan ( Kitty Cottage ) yang terletak di Seksyen 20, Shah Alam untuk menempatkan kucing-kucing yang PH agihkan siap-siap dari rumah...Baki beberapa ekor kucing yang berada di rumah PH akan dihantar ke klinik Dr. Zul di Seri Kembangan untuk menjalani proses pemandulan dan rawatan lanjut...


Sebagai imbasan kembali, semasa di dalam perjalanan, PH terpaksa singgah ke sebuah stesyen minyak untuk mencuci sangkar sebab ada dua ekor kucing dah berak kat dalam sangkar...Rasa macam nak pitam bila bau najis 'berkumandang' di dalam kereta yang berhawa dingin....huhuhuhu...


Kucing di bawah ni nampak basah bulunya sebab PH dah cuci masa kat stesyen minyak tadi...


Kesemuanya diasingkan mengikut jantina bagi memudahkan tugas Dr. Azlan...


Kucing jantan ini adalah 'batch' kucing pada minggu yang lepas dan baru sahaja selesai menjalani proses pemandulan...Pada ketika ini, kucing ini masih mamai sebab ubat bius masih belum habis...Telinga kirinya ada cacat sedikit tapi itulah yang menyerlahkan 'kemachoan'nya...hehehehe...Kucing ini PH bawa balik rumah untuk dijaga sementara mencari keluarga angkat yang baru....


Si comel ini juga sudah bersedia untuk dijadikan anak angkat...Kucing Siam tu dah ada yang 'booking' yer....


Kucing yang berbelang 'Whiskas' ni pun sudah bersedia untuk dijadikan anak angkat...Sesiapa yang nak ambil kucing-kucing yang terselamat dari maut ini, bolehlah hubungi Dr. Azlan melalui nombor telefon yang tertera di bawah :

Dr. Azlan : 03-5545 0008 dan kalau nak kucing dari PH dan Saudara Razeef, sila pm inbox Kakimotong Fan Club ataupun di laman Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan

In Shaa Allah, PH dan Team HERO akan sentiasa mendoakan semoga mereka yang sudi menjadi keluarga angkat mereka akan menerima limpahan rezeki yang tidak terhingga...


Kucing-kucing yang diselamatkan ini memanglah tidak seberapa cantiknya bagi pandangan mata sesetengah orang, tetapi bagi PH dan Team HERO mereka adalah di antara kucing yang bakal membawa tuah kepada sesiapa sahaja yang sudi menjaga kebajikan mereka...Di antara 10 kunci kepada pintu rezeki ialah menjaga kebajikan haiwan...


Nota PH :

Alhamdulillah, Team HERO telah berjaya memecah tradisi setelah berjaya mengeluarkan kucing-kucing dari pusat kurungan haiwan ini selama 6 minggu berturut-turut...Di sepanjang tempoh itu, tiada sebarang aktiviti pelupusan kucing telah berlaku....

Terima kasih juga kepada pasukan veterinar Dr. Zul dan Misi Rizal ( Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine ) dan juga Dr. Azlan ( Kitty Cottage Shah Alam ) kerana turut sama membantu menjayakan Program Masih Ada Yang Sayang...

PH minta agar janganlah kita semua fokus kepada si penangkap kucing yang hanya menjalankan tugas akibat setiap aduan yang diterima, tetapi sebaliknya fokuslah kepada pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab meletakkan masalah mereka ke atas bahu orang lain dan mereka yang selalu asyik tahu mengadu domba serta merungut sahaja...Tiada salahnya kalau kita sama-sama membantu haiwan-haiwan ini...Pahala pun dapat, rezeki pun berlipat....

Untuk makluman semua, aktiviti Team HERO ini akan disiarkan di dalam Astro AWANI ( 501 ) pada setiap jam bermula dari pukul 9 pagi sehingga jam 4 petang....


  Kalian semua adalah penentu kejayaan Program MAYS ( Masih Ada Yang Sayang ) yang telah dilancarkan oleh NGO kami...Jomlah sama-sama kita menjayakannya yer...Kucing-kucing dari Program MAYS semuanya telah pun dimandulkan dan In Shaa Allah tidak akan wujud sebarang masalah kepada keluarga baru mereka...Kepala pun tak pening sebab asyik selalu fikirkan kucing yang asyik nak beranak jer kan...??? hehehehe 

Lagi gambar boleh dilihat di sini ( KLIK SINI )

Comments
1 Comments

Currently have 1 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. bgs..teruskan usaha murni anda...hanya Allah yg dpt membalas kebaikan anda semua.....saya selalu follow blog & fb ph....saya juga pecinta haiwan (tp yg halal jer la..hehehe)dl masa bujang selalu selamatkan kucing..ada sekali sekolah saya banjir...org lain kalut angkat kerusi meja saya gi cari kucing utk diselamatkan...bila ingt rasa puas..klu ade kelab kucing nak jer join


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails