Setiap Orang Mempunyai Pilihan
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bersama di dalam entri yang tak seberapa ini...Samada sengaja atau tidak terbaca entri ini, anggaplah ianya adalah satu rahmat kepada kita semua...Sejak dulu hingga kini, setiap entri yang PH tulis disertai dengan niat untuk sama-sama membangkitkan rasa kasih sayang terhadap sesama manusia dan juga haiwan...Mereka yang mengenali PH pada tahun 2009-2010 adalah sebagai seorang penulis blog...Mereka yang mengenali PH pasca Mastika, TV3, TV1, Astro dan sebagainya telah melabelkan PH sebagai seorang selebriti aktivis haiwan...Itulah gelaran yang Allah sematkan ke dalam minda kalian semua untuk melabel siapa PH yang sebenarnya walaupun PH tidak pernah melabelkan diri PH sedemikian...Itu namanya rezeki ghaib yang PH terima secara langsung dariNya...Sebaik-baik manusia ialah menjaga hubungan sesama sendiri...
Apa sahaja yang kita buat samada dengan niat baik atau buruk, segala-galanya adalah dengan izin dari Allah SWT...Ada yang diizinkan, ada yang tidak...Usahlah kita memikirkan terlalu mendalam mengapa sesuatu perkara itu terjadi kerana sudah pasti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut...
Kucing dan manusia sebenarnya tidak dapat dipisahkan....Anjing juga begitu...Kucing adalah sahabat manakala anjing adalah peneman yang setia...Cuma, bab anjing ini selalu dianggap negatif oleh segelintir golongan manusia...Tak mengapalah, PH dan rakan-rakan aktivis haiwan yang lain hanya lakukan sahaja yakni membantu haiwan setakat mana yang termampu tanpa mengira waktu...
Semalam PH leka melihat Si Achilles ni...Lama betul dia tidur...Ketika ini, dia sudah kekenyangan...Dalam senyap PH jenguk sekejap apa yang dibuat oleh kucing-kucing yang baru dikutip ni sebelum PH tidur...Yalah, manalah tahu mungkin ada yang berasa tidak selesa dan meroyan di dalam sangkar...Yang paling PH khuatir ialah mereka tidur dalam keadaan yang bergelumang dengan najis sendiri...
Budak DBKL ni masih belum lagi diberi nama...Malam tu dia terloncat-loncat di dalam sangkar...Habis kucing lain diganggunya....Si Achilles pun sampai terbangun dari tidur...Kemudian PH pun keluarkan budak DBKL ni dan membiarkan dia bermain-main di luar sangkar...
Elok jer dia buat senaman punggung lepas tu...Itu tandanya dia sedang bersiap sedia untuk melakukan beberapa siri serangan hendap...
Adik dia yang seekor lagi ni minum sambil tidur...MasyaAllah tergelak PH melihat keadaannya...Comel sungguh makhluk ciptaan Allah ni...PH tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan kucing ini semasa dilupuskan oleh pihak berkuasa...Namun, usahlah kita fokus kepada si penangkap kucing...Yang perlu kita fokus ialah SIKAP pemilik asal kucing itu sendiri....
Ibu kucing ini tidak jemu-jemu menjalankan tanggungjawabnya...Dari hari pertama sehinggalah ke hari entri ini ditaip, dia tetap tidak berganjak untuk menyusukan anak-anaknya yang masih belum membuka mata....Keluarga kucing ini juga sebenarnya bakal dilupuskan, tetapi jodohnya telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan kita semua...Umurnya masih panjang...Sesungguhnya, di zaman ini terlalu ramai manusia yang mahu mengambil alih kerja-kerjaNya...
Pada jam 2.30 pagi, dua ekor bayi kucing ini sedang leka menyusui ibunya...Si ibu menunggunya dengan penuh sabar dan tertib...
Apabila dia menyedari PH sedang menjenguknya, ibu kucing ini bingkas bangun menuju ke pintu sangkar lalu menundukkan kepalanya...Kaki hadapannya menguis-nguis sangkar seolah-olah meminta PH memegangnya...Syahdu sungguh rasanya pada malam itu...PH tahu dia sedang mengucapkan terima kasih...Kucing juga mempunyai perasaan...Dia juga tidak mahu mati dengan sia-sia, sama juga seperti kita...
Sebagai menghargai pengorbanannya sebagai seekor ibu, PH menjamunya sedikit makanan...Dia makan dengan penuh tertib...Kemudian, hati PH diruntun lagi apabila melihat dia kembali menyusukan bayi-bayinya sambil menjilat-jilat muka...Alhamdulillah...
Setelah budak DBKL ni puas bermain, PH letakkannya semula ke dalam sangkar di sebelah ibunya yang berwarna putih...Lepas tu, PH mengemas sedikit kawasan sangkar yang kotor dan menyembur anti bakteria ke lantai sebelum mengelapnya dengan kain bersih...
Sebaik sahaja selesai mengemas, PH lihat si ibu dengan anak kucing DBKL ni sudah beralih tempat ke tingkat sangkar yang paling atas...Tidak dapat PH nak menyatakan rasa sayu apabila melihat anak kucing DBKL ni menyusui ibunya...Pada usia yang begitu muda seperti ini, dia memang sangat memerlukan ibunya...
Apabila segalanya selesai, PH pun kembali ke kamar dan tidur dengan lena...
Nota PH :
Setiap orang mempunyai pilihan hidup...Ramai yang berpendapat bahawa perjalanan hidup manusia semuanya ditentukan oleh Allah SWT ( Qada dan Qadar )...Ya...!!! Itu benar, tetapi ramai yang terlupa bahawa Allah menentukan setiap perjalanan hidup manusia itu berdasarkan pilihannya sendiri...Setiap orang ada dua pilihan iaitu pilihan baik dan pilihan buruk...Dan setiap pilihan pastinya mempunyai balasan yang tersendiri yang diberikan olehNya....
Kalau kita pilih nak bantu kucing jalanan, buatlah sebaik-baiknya dengan ikhlas...Tetapi kalau kita pilih untuk berbuat sebaliknya, maka diam itu adalah lebih baik dan biarlah orang lain yang melakukannya...Tetapi di kemudian harinya janganlah kita salahkan takdir kalau tiada orang yang membantu kita semasa kita di dalam kesusahan...kerana tanpa kita sedari sebenarnya itulah jalan yang kita pilih...Setiap perbuatan baik kita kepada sesuatu makhluk itu tidak semestinya dibalas oleh makhluk itu juga, tetapi kadangkala ianya dibalas kembali oleh makhluk yang lain dengan cara yang berlainan...
"Having the right thinking is the real problem" - Robert T Kiyosaki
Comments
Post a Comment