Kucing Dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL Bakal Mendapat Kehidupan Yang Baru
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Kepada Para Pembaca Yang Budiman
Rentetan dari aktiviti yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Aktivis Haiwan
( HERO ) pada 13 Disember 2012, Alhamdulillah buat julung kalinya proses rawatan susulan bagi kucing-kucing DBKL yang telah dikeluarkan dari Pusat Kurungan Haiwan telah berjaya..Ianya juga adalah hasil usahasama dari Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine dan Kitty Cottage...Pasukan veterinar Dr Zul dan Dr Azlan telah menjalankan tugas dengan penuh cemerlang...Kesemua kucing-kucing yang telah menjalani proses pengkasian telah berjaya 100%...Kucing-kucing yang dikasi semuanya sihat dan 10 ekor daripadanya kini berada di dalam jagaan PH sendiri...Selebihnya telah dibantu oleh pasukan Team HERO yang lain...Untuk mengikuti kisah misi menyelamat yang terdahulu, sila KLIK SINI...
( HERO ) pada 13 Disember 2012, Alhamdulillah buat julung kalinya proses rawatan susulan bagi kucing-kucing DBKL yang telah dikeluarkan dari Pusat Kurungan Haiwan telah berjaya..Ianya juga adalah hasil usahasama dari Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine dan Kitty Cottage...Pasukan veterinar Dr Zul dan Dr Azlan telah menjalankan tugas dengan penuh cemerlang...Kesemua kucing-kucing yang telah menjalani proses pengkasian telah berjaya 100%...Kucing-kucing yang dikasi semuanya sihat dan 10 ekor daripadanya kini berada di dalam jagaan PH sendiri...Selebihnya telah dibantu oleh pasukan Team HERO yang lain...Untuk mengikuti kisah misi menyelamat yang terdahulu, sila KLIK SINI...
Sebagai imbasan kembali, aktiviti pemindahan kucing ini juga turut disertai oleh Cik Mira, wakil kepada Encik Badrul Azmir yang tidak dapat hadir kerana ada urusan penting....Cik Mira juga turut datang ke klinik Dr Azlan untuk menghulurkan bantuan kudrat...
Ketika ini, pembahagian kucing untuk dimuatkan ke dalam kereta sedang dilakukan...Cik Mira juga telah menggunakan keretanya untuk membawa beberapa ekor kucing ke klinik Dr Azlan di Shah Alam...
Sebaik sahaja kerja-kerja pemindahan kucing dari pusat kurungan selesai, mereka semua telah dibawa ke klinik Dr Azlan yang terletak di Shah Alam...Tujuannya ialah untuk mengasingkan kucing-kucing mengikut jantina, umur, saiz dan mengenalpasti kucing-kucing yang bermasalah...Ini sangat penting bagi mengelakkan penularan wabak penyakit kepada kucing-kucing lain...Gambar di bawah ini menunjukkan bahagian belakang klinik Dr Azlan...
Ini adalah di antara anak-anak kucing yang telah diasingkan dan dibahagikan kepada Team HERO untuk dijaga buat sementara...
Kucing jantan baka Red Tabby ini dan beberapa ekor lagi kucing dewasa telah PH ambil untuk dihantar ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan pula bagi tujuan rawatan susulan....
Anak-anak kucing yang comel ini PH bawa pulang ke rumah dulu untuk dijaga buat sementara....Mereka ini akan PH rawat sendiri di rumah...
Setelah kerja-kerja pembahagian kucing selesai, pembersihan sangkar kucing pun dilakukan...
PH berada di klinik Dr Azlan sehingga ke malam hari...Mesyuarat juga turut diadakan bagi menyusun atur sebarang urusan kucing DBKL yang telah berjaya dikeluarkan dan sama-sama membincangkan cara untuk menangani masalah yang timbul...
Kucing-kucing yang telah dibahagikan, PH bawa pulang ke rumah untuk dijaga buat sementara sebelum dihantar ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan pada keesokan harinya....Si kembar tak kisah pun tempat duduk dia sempit...Alhamdulillah, si kembar memahami tugas ayahnya walaupun mereka masih kecil....
Pada keesokan harinya, PH pun membawa kucing-kucing dewasa yang sudah bersedia untuk rawatan susulan dan menjalani proses pemandulan....
Kucing-kucing DBKL diasingkan mengikut jantina...Dr Hezri adalah di antara doktor yang bertugas pada hari itu dan tanpa berlengah beliau terus menyantuni kucing-kucing tersebut dengan memberi makanan dan minuman sebaik sahaja kucing DBKL ini tiba di sana...
Kucing baka Red Tabby Marble Oren ni sudah tidak stress lagi...Keadaan kesihatannya berada di tahap optimum pada ketika ini...Tetapi Dr Zul masih meneruskan prosedur untuk memeriksa sekali lagi keadaan tahap kesihatan mereka...
Gambar di bawah ini menunjukkan anak kucing yang berada di dalam jagaan PH buat sementara waktu...Keadaan mereka masih belum sesuai untuk divaksinkan memandangkan ada yang sakit mata, flu dan kurang selera makan...Sebagai alternatif lain untuk memudahkan perjalanan tugas para sukarelawan yang lain, PH sendiri yang merawat kucing-kucing ini....Buat sementara waktu juga, PH menempatkan mereka di dalam bilik air yang selesa bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan...Gambar ini diambil ketika PH sedang membersihkan najis yang mereka buang di dalam tandas...Jadi mereka diletakkan di atas jamban buat sementara...
Rawatan yang PH beri hanyalah sekadar rawatan asas sahaja iaitu memberi antibiotik, ubat cirit birit, ubat mata, minyak gamat ( untuk kurap ) dan Vitamin B Complex ( untuk menambah selera makan )....
Setelah 24 jam dipantau, PH dapati salah seekor dari anak kucing DBKL ini kurang selera makan dan berat badannya semakin susut...PH terpaksa kuarantinkannya dari kucing-kucing yang lain...Selepas PH berikan vitamin B Complex, alhamdulillah dia sudah mula nak makan satu jam selepas itu...Walaupun dia makan tak banyak, namun PH gembira kerana dia boleh makan dengan sendiri, tidak perlu dipaksa ( force feed )...Bagi PH, ini adalah satu perkembangan yang positif...
Malam semalam ( 17 Disember 2012 ), PH telah mengambil kucing-kucing yang telah berjaya menjalani proses pengkasian...Alhamdulillah juga mereka semua berada dalam keadaan sihat...Kucing yang berwarna Marble Oren tu ( Red Tabby ) agak sukar untuk ditemui baka sepertinya...Warna dan belangnya sangat unik....
Kucing jantan yang putih ni pun tak sabar untuk pulang...Manja sangat kucing ni, suka melese kat orang....Mereka ini semua adalah dibuka untuk 'ADOPTION'...
Kad kesihatan kucing juga ada untuk disimpan oleh bakal pemilik kucing-kucing ini....Kesemuanya telah diberikan vaksin, ubat cacing dan ubat kutu...Keadaan fizikal mereka juga sudah bersih...
Ini adalah proses pengkasian terhadap kucing-kucing DBKL yang betina...Gambar kiri menunjukkan tiub peranakan yang telah berjaya dipotong bagi mengekang pembiakan kucing yang menjurus ke arah kewujudan populasi kucing-kucing yang terbiar di jalanan....Setiap kucing DBKL WAJIB menjalani proses ini melainkan kucing-kucing yang masih belum cukup umur ataupun sakit...
Penatnya memang terasa tetapi Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO ) tetap dengan matlamat 4M yang jelas iaitu :
1 ) Menjana modal insan yang cemerlang
2 ) Membanteras kekejaman terhadap haiwan
3 ) Memperkasakan Akta Binatang 1953
4 ) Melindungi hak haiwan
Nota PH :
Seiring dengan usaha Team HERO, kami telah melancarkan Program MAYS iaitu Masih Ada Yang Sayang....PH sangat mengharapkan agar kita sama-sama dapat membantu memberikan hak mereka sebagai makhluk ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini...Segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita sama-sama saling bantu-membantu antara satu sama lain...
Tidak rugi sekiranya kalian semua menjadi tuan mereka yang baharu kerana salah satu kunci kepada pintu rezeki ialah menjaga kebajikan haiwan...Berilah kehidupan dan kebahagiaan kepada mereka...Semoga dengan ehsan kita semua dapat menjana keberkatan yang tidak putus kerana mereka sebenarnya adalah 'bala tentera' Allah...Mereka ibarat permata di dalam lumpur di mana setiap haiwan yang kita bantu sudah pastinya diiringi dengan tempias rezeki kepada kita sekeluarga...
Sesiapa yang berminat untuk menyertai program MAYS dan berminat untuk 'ADOPT' kucing-kucing ini, silalah kunjungi laman Facebook rasmi Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO ) dengan KLIK SINI....
semoga anak2 bulus ni di murahkan rezeki, di sayangi & mendoakan kepada semua penyelamat mereka.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah semoga usaha kalian dirahmati.
ReplyDeleteSaya doakan smoga PH n team mendapat rezeki yg melimpah ruah..saya teringin nk bela kucing jalanan tp saya tggl ngn mak saya,so mak saya x ske kucing byk2 kt umah..tp saya ad bela 4ekor kucing di rumah..saya akan jaga diaorg ngn baik..insyallah..
ReplyDelete