Salam Terakhir Dari Si Bangi Buat Semua

"Assalamualaikum...Kak Ya...!!! Kedai bukak tak hari ni..??" MH memulakan perbualan telefon dengan Kak Ya, pemilik Restoran Tom Yam Syukri di Jalan Bangi Jaya, Semenyih...PH sedang bersiap sedia untuk mengambil baju yang tersidai di ampaian...

"Owh..?? Bukak yer...Saya nak order nasi putih dua dengan lauk daging padprik...Nasi goreng ayam 2 yer...Air teh ais satu..Semua bungkus yer..."

"Bang..!!! 5 minit lagi pergi kedai Kak Ya ambik lauk tau..." MH berpesan kepada PH ketika PH sedang mengenakan baju T....

Sementara tu, PH turun ke bawah untuk membersihkan sangkar yang menempatkan kucing-kucing DBKL yang telah seminggu PH jaga buat sementara...Alhamdulillah, budak-budak DBKL 3 ekor tu sihat-sihat semuanya...Selesema dan batuk pun dah baik...Nasib baik Dr. Azlan ada membekalkan 'Lysine'....

"Hmm..!!! Mana pulak Si Jojo ni..." PH berkerut dahi di luar pagar rumah menantikan Si Jojo yang sedang melawat kawasan...Oleh kerana Si Jojo 'busy' dengan tugasnya melawat kawasan, PH beransur dulu ke kedai Kak Ya mengambil lauk pauk yang telah dipesan...

Sambil memandu, sempat pula PH melayan Najman Sinar Fm membebel kat corong speaker kereta...Kedai Kak Ya tak jauh pun dari rumah PH...Jaraknya hanya lebih kurang 200 meter sahaja...

Setibanya di perkarangan kedai, dari jauh PH terlihat seekor kucing yang besar saiznya sedang duduk sugul betul-betul di tengah jalan raya di Jalan Bangi Jaya....Banyak pula kereta yang lalu lalang di jalan utama tersebut tetapi tiada seorang pun yang berhenti untuk mengalihkannya...Tanpa berlengah lagi, PH berlari ke arah kucing tersebut...Kak Ya berkerut dahi melihat tingkah PH sambil memegang plastik bungkusan makanan....

Sambil berlari, PH mengeluarkan telefon bimbit untuk merakamkan kejadian sebenar...Tetapi malangnya, 'memory card' pula telah penuh...

PH kini betul-betul berada di tengah-tengah jalan raya dan sempat menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk memberi ruang kepada PH bagi mengalihkan kucing tersebut...Akhirnya, kucing malang tersebut telah berjaya PH alihkan ke tepi jalan dan meletakkannya ke dalam kereta...


Kucing ini kelihatan seperti sudah putus harapan untuk hidup...PH sempat mencapai sebuah 'banner' usang di tepian jalan untuk dijadikan alas dan dibuat sebagai pengusung...Tangan kanan pegang banner manakala ketiak kiri PH mengepit banner tersebut...Tangan kiri PH telah bengkak dan pedih akibat digigit oleh kucing DBKL baru-baru ini menyukarkan PH untuk memegang susuk tubuhnya yang besar dan berat...terpaksa PH lumurkan kapur untuk menyedut bisa gigitan...

Kak Ya dan beberapa orang pelanggan juga terkejut apabila melihat keadaan kucing ini...Penglihatan sebegini seolah-olah sangat asing bagi mereka...


Matanya kanannya tertutup rapat dek kerana tahi mata...Hidungnya pula penuh dengan hingus yang basah dan kering...Perutnya kempis, nafasnya tersekat-sekat manakala dadanya berombak kuat....Kucing ini sedang di dalam kesakitan yang terlampau..Entah penyakit apa yang sedang melandanya...


Setelah itu, PH membawanya pulang ke rumah...Kucing ini kelihatan sangat lemah....Ketika duduk, badannya terhuyung-hayang dan dia jatuh terbaring semula...


PH 'force feed' makanan dan minuman secara perlahan-lahan tetapi langsung tidak dijamahnya...PH tak mahu memaksa kerana ianya boleh memudaratkan lagi keselamatannya...Ini berikutan dikhuatiri kucing ini tersedak dan air memasuki paru-parunya...


Suhu badannya juga sangatlah panas...Klinik Dr Cham pula telah tutup pada petang itu...Buat sementara PH letakkannya di dalam sangkar beralaskan span...Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 petang...Kucing ini pula tiba-tiba mengalami sawan tarik...Dia kejang keseluruhan badannya tetapi masih bernyawa...PH pun dah menggelengkan kepala...Berdasarkan pengalaman PH, kes-kes sebegini amat tipis peluang seseekor kucing untuk hidup....Pada malam harinya, kucing ini sudah terbaring tidak bergerak tetapi dadanya masih berombak tetapi kali ini sangat perlahan...PH tahu degup jantungnya kian lemah dan dia mungkin akan menemui ajalnya....


Lebih kurang jam 7 pagi tadi ( 17 Januari 2013 ) kucing ini telah pun menemui ajalnya di dalam sangkar yang memang PH khaskan untuk kucing sakit....Di dalam gambar ini, memang saiz sangkar ini kelihatan kecil tetapi sebenarnya ia memang muat untuk saiz seekor kucing dewasa...Keadaan keempat-empat kakinya sudah cukup untuk kita membayangkan bagaimana kucing ini menahan kesakitan tatkala nyawa sedang dicabut keluar ...


Nota PH :

PH berasa agak terkilan kerana tidak dapat merakam video kejadian yang sebenar....Asyik tangkap gambar ajer pastu tak delete....Habis memory card bersarang penuh dengan gambar dan video lama....


Akan tetapi, sungguhpun begitu sekurang-kurangnya jasadnya mati berkubur...Itulah haknya yang terakhir yang mampu PH berikan...Untuk mengingati kisah tragis kucing malang ini, PH menamakannya Si Bangi....

Comments

  1. Kesian ms 1st time tgk pic dia semlm..sayu hati sy ms tu tgk dia menanggung kesakitan.. RIP.. Tmptmu di syurga..

    ReplyDelete
  2. Sedih, keadaan dia mati tu mgingtkn sy pd kucing2 sy yg ada mati dlm keadaan itu, mmg dh ajal dia tpi dia brtuah krn sempat brmanja mati d umah PH n MH yg pgasih...

    ReplyDelete
  3. Teringat kucing sy dlu..sme dgn nsb si bangi..x lme idp n meninggalkn dnie dgn sggh menyayat hati..vry sad..:-(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular