Masih Ada Yang Sayang?

Entri ini bukan untuk bermegah-megah diri. Entri ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang nasib warga2 tua yang terpinggir di ibukota metropolitan ini. Saya sungguh terharu dengan ketabahan Pak Ali ini. Terfikir juga patutkah saya menyiarkan entri ini? Para pembaca tafsirkanlah sendiri yer...Di bawah adalah kisah ringkas mengenai beliau.

Pada pagi 29 Julai 2010 di sebuah kawasan sekitar Bangsar, saya terlihat seorang warga emas sedang berjalan berseorangan diri. Kelihatan orang tua itu berjalan dengan penuh bersusah payah dan menggeletar. Kelihatan juga dia memegang topang berkaki empat ( yang biasanya dipakai untuk terapi kes-kes pesakit lumpuh ) tetapi tidak pula menggunakannya. Dari jauh kelihatan dia berjalan tersekat-tersekat. Lalu saya pun memberhentikan kereta dengan bertujuan untuk menghantarnya pulang.

Orang tua itu bersetuju tumpang kereta saya. Berikut adalah dialog saya dengan orang tua tersebut :

Di luar kereta :

Saya : Pakcik ni nak pergi mana? Mari saya hantar.

Orang Tua : Ooohh...Pakcik nak balik rumah ni. Takpelah nak, rumah pakcik dekat jer. Kat trafik light depan tu jer ( agak jauh bagi seorang warga emas, rumahnya 300m dari tempat itu )

Saya : Jauh tu pakcik.. mari saya hantarkan

Pakcik : Tak berkata apa2 lalu membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

Saya : Siapa nama pakcik?

Pakcik : Mohd Ali. Panggil Pak Ali jer.

Saya : Owhh...pakcik ni berjalan kaki ni dari mana?

Pakcik : Pakcik dari hospital, baru lepas check doktor. Kaki pakcik sakit ni ( sambil menunjukkan kaki kirinya yang bengkak )

Saya : Pakcik dari hospital mana? ( dalam hati tertanya-tanya hospital mana yang paling dekat kat Bangsar tu...)

Pakcik : Kat KL...( tak sebut pula hospital mana satu )

Saya : Dari hospital, pakcik naik bas ke teksi untuk datang ke sini?

Pakcik : Pakcik jalan kaki jer....

Ketika itu, aku tersentak kejap...puas aku fikir hospital apa yang dekat kat sini? Takkan dia pergi Hospital Pantai kot? Kalau dia kata dari KL, maknanya ......berapa kilometer pula dia dah berjalan kaki?? Aduhai pakcik, takde ke orang yang nak tolong hantarkan....??


Saya : Pakcik sakit apa?

Pakcik : Pakcik accident lori hari tu...lori yang pakcik bawak tu terbabas...ni kaki bengkak belum susut lagi...(sambil menunjukkan kembali kakinya yang bengkak tu)

Saya : Kat sini pakcik tinggal dengan anak2 ke? Anak pakcik berapa orang?

Pakcik : ( Terdiam dalam beberapa saat....) "Tak...pakcik tinggal dengan sahabat pakcik ( dia tak gelarkan "kawan" )

Pakcik : Dia tu kudung...takde kaki sebelah....

Saya : ( terkedu kejap... )...

Pakcik : Dah lama pakcik tinggal berdua dengan dia tu.

Saya : Siapa nama sahabat pakcik tu?

Pakcik : Mohd Shafik ( kalau tak silap saya ).....

Lepas tu, pakcik ni cepat2 mengalihkan cerita ke topik lain...mungkin takut saya bertanya tentang anak-anaknya....


Setibanya kami di persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah masjid di Bangsar .....


Pakcik : OK nak, rumah pakcik dah sampai...rumah pakcik kat sebelah trafik light ni jer haa...Yang ada tutup dengan kertas putih tu....

Saya menoleh ke seberang jalan...terasa air mata mula nak keluar bila melihat keadaan rumah pak cik tu...dari dalam gambar ni mungkin nampak rumah ni cantik lagi...kalau tengok secara berdepan, rumah banglo ni memang dah usang dan kotor...

Pakcik : Rumah ni Dato' yang bagi pakcik duduk...dah lama pakcik tinggal kat sini dengan sahabat pakcik tu....

Saya diam jer tak berkata apa....Alhamdulillah, ada juga insan mulia yang membantu Pak Ali...kemudian, saya memberhentikan kereta....

Saya : Pakcik, saya turunkan pakcik kat sini jer ye...

Pakcik : Takpe nak...kat sini pun boleh...terima kasih ye nak...Jalan baik-baik....

Saya : Sama-sama pakcik...

Saya pun beredar dari tempat tu. Saya nampak dia berjalan menuju ke lampu isyarat yang berada agak jauh dari tempat yang saya turunkan dia tadi menerusi cermin pandang belakang....rasa tak sedap hati pula melihat dia berjalan terketar-ketar...lalu saya berpatah balik melalui Jalan Telawi dan keluar semula ikut masjid Bangsar dan memerhatikannya dari jauh. Alhamdulillah, Pak Ali dah pun sampai ke seberang jalan menuju ke rumahnya..ketika itu, kelihatan ada seorang pemuda Melayu melintas bersama-sama dengan Pak Ali tetapi seolah-olah tidak nampak kewujudan orang tua tu...aduhai..di mana sifat keprihatinan orang muda sekarang ni...?? Malu ke nak pimpin tangan pakcik tu?? Masa pakcik tu melintas, kelihatan pula seorang penunggang motorsikal melanggar lampu merah tanpa memperdulikan Pak Ali yang sedang melintas. Pemuda yang melintas tadi tu selamatkan diri dia dulu dengan berlari-lari anak ke tepian jalan...Tinggal Pak Ali seorang diri di atas jalan raya....selepas itu, aku pun beredar menuju ke tempat kerja saya semula..

Gambar closed up di atas menunjukkan pintu sliding rumah Pak Ali hanya bertutup dengan kain putih sahaja...ada papan tanda rumah tersebut untuk dijual ( kalau tak silap ). Kelihatan juga Pak Ali telah sampai di perkarangan rumahnya.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, banyak persoalan yang bermain di fikiran ini :

1 ) Kenapa tak ada orang bantu Pak Ali? Hanya harapkan Dato' tu sahaja memberi rumah banglo usang? Bagaimana sekiranya ada orang yang nak membeli rumah tu? Di mana Pak Ali dan sahabatnya nak tidur?

2 ) Bagaimana Pak Ali meneruskan kehidupan seharian dengan sahabatnya En. Shafik yang kudung kakinya?

3 ) Kenapa Pak Ali mendiamkan diri ketika saya bertanya tentang anak-anaknya?

4 ) Di mana anak-anaknya?

5 ) Pasal pemuda yang melintas jalan tu, kenapa langsung tak nak bantu Pak Ali melintas jalan? Adakah nilai bantu-membantu sesama manusia semakin berkurangan? Di mana silapnya?

6 ) Bagaimana Pak Ali boleh tinggal di rumah banglo usang itu?

7 ) Apakah Pak Ali tugasnya menjaga rumah tersebut sementara menunggu ianya dibeli? Tapi, kenapa dia bawak lori??

8 ) Siapakah Dato' yang berhati mulia yang Pak Ali maksudkan?

Entahlah.......saya doakan semoga segala urusan Pak Ali dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Itu jer yang mampu saya lakukan...Semoga masih ada yang sayang pada Pak Ali.

Comments

  1. teringat mak abah kt kpg...abah dh 71, mak dah 69..alhamdulillah nasib mereka tidak spt pakcik ini dan berharap agar kami adik beradik dpt menjaga mereka sehingga hujung usia...sentiasa doakan mereka sihat selalu dan x lupa jgk kpd pakcik ni.

    terima kasih PH tolong tumpangkan pakcik tu...

    ReplyDelete
  2. masih ramai lagi yang senasib dengan Pak ali... sigh~ ntah lah~ bukankah diorang nih sepatutnya mendapat bantuan govt? sigh~

    ReplyDelete
  3. sedihnya bace entri nie...yup kdg2 slalu hati tersentuh tgk pakcik2 or makcik2 tu yg jln sorg2..selisih tepi jalan..huhu dgn doa n harapan mereka masih punya anak2 yg akan membantu..jika ada salah din silap maafkanlah mereka..huhu

    ReplyDelete
  4. sedih baca n3 nie.

    kaizen..aku rasa lam mimpi la govt nak tolong..mana2 parti yg memerintah sama je, xmesra rakyat.

    doakan Pak Ali n Sahabat serta warga yang senasid di lindungi Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. kesian pak ali
    mesti ada sejarah hidup yg sedih tu

    ReplyDelete
  6. setuju! mmg ramai warga emas yg senasib dgn Pak Ali tu. Mana anak-anak mereka? kalau tiada tak kan tak ada saudara mara atau adik beradik yg sudi membantu

    waallahualam...

    ReplyDelete
  7. Sedih juga. Bangsar tu tak jauh dah dr rumah. pernah tgk rumah ni. tapi tak pernah tahu pun ada penghuni... sabar je la...

    Tq PH yang telah membuka mata org muda macam saya ni. Insya-Allah.. akan ku jaga ayah dan bonda ku selagi hayat ku ada...

    ReplyDelete
  8. sedeynya.
    kenapa masih ada anak yang lupa tentang orang tua,
    tak pernah nak bersyukur punya orang tua.

    lin nie, mak bapak pon takde.
    semua sudah pergi mengadap ilahi.
    sedey :(

    ReplyDelete
  9. sedih sangatttt..sehingga angah tak terkata apa2

    ReplyDelete
  10. Haih, kesiannya pakcik ni. Ni mesti kes anak tak sedar diri ni. Ayah ada lagi, tapi bajet macam takde. Da la nak raya da :'(((


    Kesiannye tengok rupa rumah dia. Boleh bayangkan mesti elektrik salu takde. Haish. Dunia dunia, manusia zaman skang memang lupa diri sungguh.



    Nasib la ada gak orang macam kau ni kan bro :)

    ReplyDelete
  11. saya syg mak+ayah saya

    `ainan imtieaz`

    ReplyDelete
  12. sedih. camne pulak nasib kita nanti agaknya ya...

    ReplyDelete
  13. Salam... menitik air mata membaca kisah ini...

    * sedangkan orang yang disihat (tetapi berjalan kaki) pun kak e berhenti... inikan kalau jumpa orang tua seperti itu... rasa mau je tolong ringankan bebannya...

    ** apa kata hairey pergi lagi dan dapatkan lebih malumat tentang pakcik tu agar kita dapat membantu...

    ReplyDelete
  14. hurmm.. ke pak ali ni masih bujang? banyak jugak persoalan yg timbul ni.

    yg bestnya.. pak ali panggil teman sama tinggal dengan beliau tu sahabat. mungkin baginya orang tu lebih dari itu lagi..

    terfikir gak, entah berapa lama dah pak ali berjalan dengan kaki bengkaknya..

    ReplyDelete
  15. sedihnya.. hurmm.. saya harap saya akan jadi warga prihatin macam bro.. huhu..

    ReplyDelete
  16. umi-e ;

    saya pun ingat nak follow kisah Pak Ali tu....insy saya cuba nanti

    ReplyDelete
  17. sdey la entry nie PH..
    mulia snguh ati PH..care pd haiwan2 terbiar..mahupun org2 mcm p.cik td..

    p/s: I LUV ABH MAMA SOOO MUCHHHH! nk jge diorg baek2..

    x0x0

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular