Kalau Kucing Kita Berak Kat Karpet, Marah Tak...?

Salah satu sebab kenapa orang tak suka memelihara kucing ialah kerana pada pandangan mereka, kucing ni selalu membuang air merata-rata...Ini secara tak langsung akan membebankan mereka ( kononnya )..Sebenarnya, ramai yang tak tahu TRICK nak memelihara kucing...Kucing adalah satu makhluk yang boleh dibentuk dan diajar...Ini bergantung kepada kesabaran kita dan cara kita melayan kehendak mereka...Kucing juga inginkan perhatian ataupun REWARD dari kita...Begitu juga dengan anjing...Apabila kita beri apa yang mereka mahu, jangan pula menyangka yang ianya sia-sia...Ingat tak entri PH yang lepas? What we give, we will get back ( KLIK SINI )..


Mereka perlu diajar dan diasuh....Waktu makan, waktu bermain ( kadang-kadang tak jalan juga ), waktu tidur dan tempat untuk membuang najis...Ini semua boleh kita lakukan dengan syarat kita kena banyak bersabar....


Tak dinafikan, ini semua melibatkan soal kederat dan kos...Akan tetapi, ini semua haruslah ditolak ke tepi kalau anda betul-betul sayangkan mereka...


Inilah yang tidak difahami oleh mereka yang tidak menyukai haiwan ataupun kucing...Ada yang berkata "Membazir je bela kucing, baik aku simpan jer duit tu"...Tak kurang juga yang berkata "Jadi hamba la kau asyik bagi kucing makan jer...Ada kucing tu buat duit untuk kau...?"

Ya...!!! Memang memberi haiwan makan ( khususnya kucing ) boleh buat duit@rezeki....Ini adalah kerana memberi haiwan makan adalah salah satu dari 11 pintu rezeki...


PH tak pernah menceritakan pada anda semua bagaimana 'senangnya' nak ajar Hero membuang najis di dalam tray pasir...Hanya Allah jer yang tahu betapa 'senang' nak ajar dia...Akhirnya, dengan usaha yang berterusan, PH berjaya juga latih dia...Begitu juga dengan kucing-kucing PH yang lain...Sehingga sekarang, semuanya tak mendatangkan masalah...Ada pun macam takde jer...
( Bab ni, MH yang selalu tolong PH...he he he )


Kalau kucing anda berak di atas kusyen, karpet, katil, helmet ( ade ke? ), kalau rasa nak pukul kucing tu,,,,,,hmmmm...lupakan ajer....Ianya tak menyelesaikan masalah...Bukan dia faham pun kalau kita pukul dia...Marah tu standard la....Bengang jer kalau tengok muka tak bersalah derang tu...adehhhh....Tapi, jangan sekali-kali dipukul bahagian kepalanya dan jangan dijentik telinganya ...Telinga kucing terdapat banyak urat-urat saraf yang amat sensitif ...Selain itu, ianya akan membuatkan mereka trauma untuk mendekati kita...Cuba kalau kepala kita diketuk, sakit tak...? Kalau tak sakit, ketuk kuat sikit....he he ...


Babab jer muntut dia pelan-pelan....cakap baik-baik kat dia....Basuh ajer karpet tu....Setiap kesabaran yang kita perolehi hasil dari menahan marah kat anak-bulus ni, sebenarnya adalah terapi dan proses membina mental positif...Tak caya....? Kalau anda melayan perasan stress anda akibat karpet atau kusyen kena najis, perasan tak degup jantung kita jadi laju....? Darah tu mendidih jer...kan...? Lepas tu kalau ada orang tegur kita, orang tu pun kena marah sekali...betul tak...? 

Buat jer macam ni...Kaut jer najis tu, lepas tu berkata "Alahai kesayangan aku ni...Pandainya buat kuih karpet...Kalau jual laku ni...Boleh buat baja" 

Confirm marah tu akan hilang dan level kesabaran kita akan semakin meningkat....Ini akan mematangkan fikiran kita secara kita sedar atau tidak...Ia akan membentuk sikap dan fikiran positif secara langsung atau tidak....


P/S :

Beli scoope yang besar dan panjang, sarung tangan ( kalau anda seorang penggeli ), Tray pasir yang besar sikit dan selalulah REWARD kucing-kucing anda...Selalu introduce dia dengan bau pasir kumbahan ( untuk kucing-kucing baru )...

Kalau kucing jantan, kasikanlah mereka..Ini amat penting untuk memelihara kebersihan rumah dari najis yang kita tak nampak ( air kencing pancar la tu )...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. kucing pun sifatnya kdg2 mcm manusia.. adakala degil.. adakala nakal.. Bg yg membesar dgn kucing mcm sy semua perkara tu biasa lalui mengajar kita erti kesabaran. Manusia pun kdg2 berak tak reti nak flush apa lagi haiwan spt kucing yg x sempurna akalnya spt manusia.

    Geli hati bila teringat adik bongsu selalu panggil sy peguambela kucing sbb kalau dia pukul kucing kalau dorang buat salah(sbb dia jenis panas baran even dia pun cats lover jugak).

    ReplyDelete
  2. pernah jugak orang marah sebab terlalu sukakan kucing..tapi nak buat macam mana, perasaan sayang dekat kucing tu memang tak boleh nak ubah..walaupun kucing jalanan yang comot dan kotor..

    ReplyDelete
  3. so far kucing saya takde masalah nak poo/pee dlm pasir disediakan tapi PH, ada masalah dgn mereka yang suka sepahkan pasir tu...dah beli tray yang agak tinggi...suka betol korek sampai nampak dasar..berak tepi2 tray...alahai...

    ReplyDelete
  4. betul sangat! Kucing haiwan bijak yg boleh diajar dan kita kena sabar masa melatihnya. misalnya dua ekor kucing saya takkan berak merata2 sesuka hatinya sebab saya dah ajar berak dlm tray.kalau tray pasir dia dah kotor dia sanggup tahan sampai saya bersihkan. bagi saya kucing haiwan pembersih. Dia tahu benda apa yang saya larang dan benda apa yg boleh. Sebab telah dilatih. Jadi janganlah marah kalau kucing buat silap sbb kalau kucing baru mungkin dia tak faham dan tak tahu. errr..PH kirim salam kat Iyo yek!

    ReplyDelete
  5. saya sokong..cm ada sekor kucing KKU(kucing kurang upaya)yang saya bela ni..bole di katakan pembersih ckit la..kl kat dlm cage..dia tencing je..kalu nak meyak..bl saya kuarkan dia baru la di melepas..(tp atas semen la) sbb keadaan dia yg mcm tu sukar untuk meyak normal..yg sekor lagi..paling suka poo n pee bl sy letak pasir baru..huhuhu..siap main-main dulu kat dlm tray pas tu br dia buat projek..

    me diana

    ReplyDelete
  6. salam... kucing2 sy pulak ayah sy yg ajar diorg berak kat pasir... mule2 dulu berak dlm cage... tp xthn ari2 nk ganti pasir... last2 skali ayah sy yg ajar diorg berak kat pasir kat depan umah... skrg sume dh pandai... lepas mkn trus pi membuang kat port diorg... senang sket... xpayah nk beli2 pasir... save la sket budget...

    ReplyDelete
  7. ha, I will experiment my thought, your post bring me some good ideas, it’s truly amazing, thanks.

    generic cialis

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular