Untuk Kurangkan Seorang Pembenci Anjing, Ianya Memerlukan Korban Satu Nyawa Anjing

Pagi tadi lebih kurang jam 7.53am di sebatang lebuhraya di Kajang, PH ada terjumpa seekor anjing yang telah pun menjadi bangkai di lorong ketiga iaitu lorong laju...Pemandangan dan senario ini mungkin dianggap biasa di negara kita...Tetapi, apakah yang harus dijawab kepada anak-anak kecil yang bertanyakan hal ini kepada kita? Kadang-kadang ada yang serba salah nak jawab dan ada juga juga yang hanya menjawab "Anjing tu mati kena langgar...Tu la, siapa suruh melintas..."...Jawapan sebegini akan menimbulkan persepsi negatif si anak kecil itu tadi terhadap anjing yang tidak berakal...hmmm...Bagi PH, si pemandu juga tidak boleh disalahkan di dalam hal ini...Anjing juga begitu...PH sendiri pun pernah hampir melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba... Bagi PH, senario seperti ini sebenarnya adalah salah satu penyumbang kenaikan statistik kemalangan jalan raya di negara kita...Apa yang dibimbangkan ialah jumlah ini semakin meningkat dari masa ke semasa...Bagi PH, semakin banyak anjing dan kucing jalanan wujud, semakin tinggi kebarangkalian statistik kemalangan jalan raya akibat melanggar atau mengelak haiwan melintas tidak akan menurun...hmmm..

Nyawa seekor anjing ini seolah-olah tiada nilai langsung...Tidak kurang juga bahaya yang bakal timbul apabila bangkai-bangkai haiwan yang mati dilanggar tidak dikutip dengan kadar segera...Bumper kereta yang tercabut terbiar begitu sahaja...Semasa PH menjumpai bangkai anjing ini, PH dapati tidak banyak darah yang keluar..Kemungkinan anjing ini dilanggar lebih dari 1 jam berdasarkan bangkainya yang telah menjadi keras...Perkara pertama yang PH fikir ialah tiadakah pihak peronda perasan akan kejadian ini...? Ataupun peronda masih dalam perjalanan untuk memungut bangkai anjing ini...? Ataupun tiada peronda shif malam ataupun awal subuh...? Keadaan agak bahaya kerana bumper tersebut berada di tengah-tengah lorong laju...


Jarak antara bangkai anjing ini dengan bumper kereta yang tercabut tu lebih kurang 10 meter...Jauh betul anjing betina ni terpelanting...
 

Bangkai anjing ini boleh mengundang bahaya jika tidak dialihkan dengan segera...


Memang perangai PH apabila terjumpa bangkai anjing atau kucing di tengah-tengah jalan raya yang kurang sibuk, PH akan mengalihkannya ke bahu jalan tak kira apa caranya sekalipun...PH juga yakin ada di kalangan anda juga bersifat demikian...Bukannya apa, kalau bangkai tersebut dibiarkan di tengah jalan ianya bakal mengundang bahaya kemalangan bagi pengguna jalan raya yang lain dan juga wabak penyakit...Misalnya, kalau ada kereta yang menggilis bangkai tersebut dan seterusnya terus balik ke rumah, lantai tapak letak kereta ( terutamanya Car Porch rumah teres ) akan terpalit dengan kuman-kuman dari bangkai bawaan tayar kereta atau motorsikal...Kadang-kadang apabila kita nak pam tayar pun, tayar tu pun kita pegang...Lagi satu, PH berasa amat simpati akan nasib haiwan yang mati di jalan raya...

PH agak bingung bila memikirkan bagaimana anjing ini boleh dilanggar walhal keadaan lebuh raya ini memang tak sibuk langsung...PH memang hari-hari melalui lebuh raya ini setiap hari...Firasat PH, kereta yang melanggar anjing ini dipandu pada kadar kelajuan yang sederhana...Kesan brek di lokasi kejadian tak berapa panjang...Anjing ni pun mungkin dilanggar sedikit sahaja di bahagian kepalanya...Keadaan tubuh badannya elok lagi....


Apa-apa pun bagi PH selagi sikap manusia yang membela anjing serta penguatkuasa undang-undang tidak mengambil tanggungjawab, pembiakan anjing dan kucing jalanan ini akan meningkat secara terus menerus dan generasi kita akan dipenuhi dengan panorama dan pesta bangkai-bangkai haiwan di jalan raya...Yang 'seronoknya', panorama yang tidak diperlukan ini boleh dilihat setiap hari tanpa mengira golongan usia...


Selagi ada premis-premis yang memelihara lebih dari 5 ekor anjing tanpa lesen dan dimandulkan, selagi ada pemimpin yang cakap tak serupa bikin, selagi ada perangai pemandu yang masih tak mahu mengalah dengan haiwan di jalan raya, selagi itulah perkara ini tiada kesudahannya...Kita dengan mudah boleh berkata perkara ini tak boleh selesai kerana kita sendiri yang percaya ianya tidak boleh selesai....Bagi PH, cara penyelesaiannya ialah Muhasabah Diri...Memang tak semua manusia boleh muhasabah diri, akan tetapi semua manusia boleh mengingati sesama sendiri...Cari puncanya dulu, barulah salahkan binatang...Kalau anda masih nak salahkan binatang juga, maknanya anda memang tidak muhasabah diri...Binatang memang tak ada akal...buat apa nak disalahkan....? Orang bukan Islam juga boleh muhasabah diri dan keluarga...Fikirkanlah tentang  kehidupan makhluk lain juga...Kesedaran sivik perlu dipupuk dari rumah terutama kepada anak-anak kita 
( KLIK SINI )...

 

PH amat pasti kaum bukan Islam yang memelihara anjing lebih memahami situasi sebegini...Harus diingat juga bahawa kerana haiwanlah kita dapat saling kenal mengenali di sini...Tak kira apa bangsa sekalipun, walau buruk atau baik perangai seseorang, diharapkan semoga cerita nasib malang anjing yang mati dilanggar ini akan dapat mengurangkan seorang yang membenci anjing di dunia ini...

P/S :
Untuk kurangkan seorang pembenci anjing, ianya memerlukan korban satu nyawa anjing...Kalau nyawa seseekor anjing itu masih tak berharga juga, seseorang itu akan sedar apabila ianya diganti dengan nyawanya sendiri ataupun nyawa salah seorang dari ahli keluarga mereka ( KARMA )...
Sekarang lihatlah betapa tingginya nilai nyawa seekor anjing...
Wallahualam...


Comments

  1. sampai sekarang saya tak boleh tgk haiwan yang mati di langgar kat tgh jalan.. dulu, sy akan cpt menangis kalau terpandang haiwan mati kat tgh jalan. terbayang kalau manusia di biar mayatnya mcm tu kat jln sehingga hancur, reput seterusnya sebati & hilang di jalan raya.. kalau la semua manusia berperikemanusia terhadap haiwan, mungkin stp kali berlaku kematian haiwan di jalan raya bangkai mereka segera di angkat & di tanam atau di letakkan di tempat2 yg lebih elok

    ReplyDelete
  2. aduhai. sekali pun binatang, hati sebak setiap kali melihat mereka-mereka ini tewas di jalanan.

    ReplyDelete
  3. ak memang geram kt anjing tp tgok die mati kene langgar camnie kesian lak ase hmmmm

    ReplyDelete
  4. huhuhuh even sy nie muslim..tp binatang pun ader perasaan..feel so sad..huhuhu

    ReplyDelete
  5. astagfirullahaladzim
    @ dianne buenavista

    ReplyDelete
  6. sy pun x bole tgk jenazah2 binatang ni..
    x kira la kucing ker,anjing ker,monyet ker,biawak ker..apa pun la..mmg sy sedih n sy trs ckp innalillah...
    yerlah..diorg kan makhluk ALLAH..


    By:-Ainalina

    ReplyDelete
  7. Speechless biler baca post nie.byk benda nak diungkapkan tp x terungkap.mmg kadang2 perangai pemandu2 kat malaysia nie mmg x siuman biler pegang steering.Derg rasa diri derg hebat sgt..bukn kata anjing kadang2 manusia pun dia langgar pastu lari.PH, kelmarin f bwk kereta dr umah ke tmpt kerja.Jalan kat area Westport tu mmg mencabar n tetiba ader sekor anjg nak melintas jalan.break emergncy n hon kuat2 suh dia ketepi.pas kereta kter melepasi dia tengok cermin pndg blkg nmpk dia berusaha jugk nak melintas jalan..nak stop tp fkr pulk cmner nak tolong lntaskan jln..nnti takut kena gigit lak.membebel dan berdoa semoga dia selamat.ptg on the way blk kerja...........nmpk mayat anjing tu dah hancur kena gilis lori n treller....rasa bersalah sgt...menangis giler2 tp tahu dah terlambat utk itu..dah xder guna n still crying biler igtkan nasib anjg tu...Aku yg berdosa....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular