MENDIDIK ANAK MENYAYANGI HAIWAN SEJAK KECIL

Sedar tak kita yang sejak akhir2 ini, manusia menjadi semakin kejam terhadap manusia sendiri? Kalau dengan manusia pun kejam, apatah lagi dengan haiwan dan serangga, betul tak?? Kadang-kadang, perkara ni berlaku ke atas diri kita sendiri tanpa kita sedar. Kita kejam dengan tikus, semut, lipas, cicak, ulat gonggok, ulat najis ( maggots ). Aku sendiri tak nafikan yang aku pun pernah kejam dengan serangga. Contohnya macam ulat najis / ulat sampah, kita berasa amat geli dengan serangga2 ni. Tapi, bila aku renung dalam-dalam, ulat-ulat ni juga mempunyai ibu dan bapa. Semut juga mempunyai ibu iaitu ratu mereka. Lipas juga mempunyai ibu yang telah bersusah payah menelurkan mereka. Nyamuk juga beribu dan berayah seperti kita. Tetapi, mereka dicop sebagai serangga perosak. Memang mereka serangga perosak, tetapi kenapa mereka diciptakan?? Bagaimana kalau kita berada di tempat mereka pula?? Bagaimana kalau kita diciptakan menjadi lipas yang tak pernah kenal Shelltox, Ridsect, Mortein dan sebagainya?? Adil tak untuk kita yang sudah pun menjadi lipas?? Haaa, inilah cabaran kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran. Akal fikiran manusia amat-amat terbatas. Manusia menyangka yang mereka boleh hidup di dunia ini tanpa kehadiran haiwan2 dan serangga ini. Percaya tak yang manusia tak boleh hidup dengan sempurna tanpa mereka ni? Kalau tak ada ulat sampah, siapa pula yang nak lupuskan sampah2 mentah tu? Takkan manusia nak makan balik?? Jadi, Allah telah menciptakan mereka khusus untuk benda2 macam ni. Yang hebatnya, aku ada terbaca satu kitab agama yang mengatakan haiwan2 dan serangga2 serta tumbuh-tumbuhan tak pernah berhenti memuji-muji Allah kerana memberikan mereka peluang untuk hidup dan beribadat kepadaNya...Subhanallah, manusia pun tak macam tu bro....

Ini baru Pro, Kontranya pula bagaimana pula?? Kalau serangga2 ini membiak di tempat kita lain pula jadinya. Boleh jadi penyakit. Jadi, terpulanglah kepada kita sendiri dan memikirkan bagaimana untuk mengawal keadaan ini dengan akal fikiran yang waras. Kalau nak bunuh serangga tu pun, bunuh jer terus...janganlah kita pandai2 nak buat bedah siasat plak. Seksa binatang tu. Lagi satu, jangan dibakar apa2 haiwan atau serangga. Yang berhak membakar makhluk hanya Allah S.A.W.

Kalau rasa2 ternampak lipas atau semut sedang berenang2 kat dalam jamban tu, selamat kan jer...usah bunuh...kalau tangan kita kotor, boleh dibasuh..tapi, mana pula nak cari ganti kalau satu nyawa dah hilang walaupun nyawa seekor semut?? Kalau aku ternampak serangga dalam jamban, aku mesti fikir bagaimana serangga ini bersusah payah berenang ke tepian jamban yang mustahil untuk berpaut tu untuk meneruskan hidup..lepas tu kena kencing lagi....sedih kalau aku fikirkan...jadi, tak ada salah kalau kita mengeluarkan dia dari lubang najis tu. Kalau tangan terkena najis, basuh je la...tak luak pun...kalau tak nak pakai tangan, pakai tisu pun boleh...Soal ganjaran pahala, itu belakang kira.

MENDIDIK ANAK MENYAYANGI HAIWAN SEJAK KECIL

Dalam bab ni, tak susah sebenarnya...macam aku, aku selalu belikan anak2 aku cerita2 kartun yang berunsurkan haiwan. Banyak terdapat di pasaran sekarang. Contohnya Finding Nemo, Bugs Life, Ant Bully, Help! I'm A Fish dan sebagainya...Doraemon pun ok juga...tapi kalau boleh elakkan dari menonton kartun yang tak berfaedah seperti S**N C**N...aku pernah terbaca dalam surat khabar tentang keburukan kartun seperti ini...

Di bawah adalah screen shot filem animasi Help! I'm A Fish. Filem ini mengisahkan Fly, Stella dan Chuck bertukar menjadi ikan selepas terminum air fomula yang dicipta oleh seorang profesor supaya manusia boleh hidup di dalam air. Stella ( gambar di bawah ) meminumnya kerana menyangka ianya adalah air oren lalu Stella telah bertukar menjadi tapak sulaiman yang comel sangat. Secara tak sengaja, Fly ( abg Stella ) telah membuang tapak sulaiman itu ke dalam laut. Setelah menyedari tapak sulaiman itu adalah adiknya, Fly telah mengambil risiko untuk meminum air tersebut supaya dia boleh bertukar menjadi ikan dan mencari Stella yang telah pun dicampak ke dalam laut. Begitu juga dengan Chuck setelah terpaksa meminumnya akibat sampan yang mereka naiki semasa mencari Stella tenggelam di tengah laut akibat dipukul ombak. Oleh kerana tidak tahu berenang Chuck meminumnya dan bertukar menjadi obor-obor. Korang carik la CD cerita ni, memang layan...banyak yang aku pelajari dari cerita ni...

Stella yang amat menyayangi Sasha ( kuda laut yang menjadi kawannya semasa menjadi tapak sulaiman )

Screen shot Help! I'm A Fish...

Ini adalah sedutan dari filem animasi Finding Nemo. Sedih tengok bagaimana Marlen ( bapa Nemo ) mencari anaknya ( NEMO ) yang hilang di lautan. Anak2 aku yang berusia 2 1/2 tahun pun dah faham plot cerita ni...siap boleh cakap kat aku : " Ayah...sian ikan nangiss Yah.."

Nampaknya, langkah pertama aku dah berjaya. No wonder anak2 aku skang suka ikan....

Ini adalah watak jerung ( BRUCE jerung yang tengah )...Jerung ni siap buat ikrar tak nak makan ikan kecil....Banyak maksud tersirat di sebalik ikrar tu walaupun penyampaiannya bersahaja dan lucu.

Beberapa babak screen shot Finding NEMO...

Salah satu perkara yang aku belajar dari cerita ni, jangan terlalu mengongkong anak2 dari meneroka dunia luar...boleh mengongkong tetapi biar berpada...jika terlalu mengongkong, ia boleh menyebabkan anak2 benci kepada kita...let it go dengan apa yang dia minat...

Bagaimana cara nak berkawan dengan haiwan lain pun ada diselitkan dalam filem ni...mengajak kita supaya menghormati haiwan atau spesis2 yang selain dari manusia...

Babak Marlen mengingatkan kepada Mr Ray ( Ikan Pari ) supaya jangan berenang terlalu laju kerana NEMO masih kecil..takut2 dia tercicir...Mr Ray cakap jangan risau, dia dah berpengalaman dalam hal ni...dia akan pastikan semuanya di dalam kumpulan..

Marlen telah berjumpa semula dengan NEMO yang hilang tu...happy ending, suka jer aku tengok diorang...

SALAH SIAPA SEKIRANYA ANAK KITA MEMBENCI HAIWAN?

Screen shot di bawah adalah watak DARLA yang selalu membunuh ikan...watak DARLA ni amat dibenci oleh ikan2...setiap kali dia datang, pakciknya akan menghadiahkan seekor anak ikan untuk dijadikan permainannya dan menyebabkan anak ikan tersebut terbunuh...

Kalau boleh, anak2 kita jangan jadi macam ni...tak baikk....cian kat ikan...aku tak nak salahkan saper2 kalau anak2 kita benci kat haiwan..tepuk dada, tanya HERO...ha ha ha

babai, jumpa lagi di lain entri...komenla banyak2 tau...penat aku perah otak ni...ha ha ha

Comments

  1. ye yer..setuju sgt!

    nampak dgn mata kepala sndiri, bila kucing dtg je disuruhnya halau lbh teruk tu ada yg dipukul dan ditendang haihh..

    tawu la rmh tu xbela kucin tp jgnlah nak belaku kejam kat makhluk comel tu bkn dia wat dosa apa pon kann..

    ReplyDelete
  2. betull..betul..betul..

    aku dari kecik x di ajar pun. tapi minat dan suka tu datang sendiri..mak/abah pun tak menghalang.

    selalu dipesan "jgn aniaya binatang"

    kecik2 dulu mak penah marah aku sebab bakar semut...sekarang sembur ngn sheltox..ampunkn aku wahai semut2 & lipas...

    kadang tgh buang hajat nampak semut terkapai2 kt lantai, tolong gak selamatkn dia...padahal ramai lg sedara-mara dia aku dh sembur ngn sheltox...:'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular