Antara Sutra Dan Bulan...
Segalanya bermula di sini...PH terima satu posting di wall KMFC kiriman dari Kak Dhuha Shah...Kesian kucing tecit ni...Posting ini ke udara pada jam 8.47pm dan lebih kurang pukul 11 malam, Kak Dhuha sampai juga ke rumah PH untuk menghantar si tecit ni untuk PH jaga...Terkedu bila PH dengar Kak Dhuha sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyelamatkan anak kucing yang tak berdosa ni....Beliau datang bersama dengan 2 orang adik lelakinya
( lupa pula namanya )...
Sebaik sahaja Kak Dhuha beransur pulang, PH terus letakkan baby tecit ni ke perut Si Baby
..Alhamdulillah, respon yang ditunjukkan oleh Si Baby amat positif...
Si Suri ni memang kecik sangat, tapi suaranya Masyaallah kuat betul...Kalau buat ringtone handphone pun mesti jadi tarikan...Kesian betul PH tengok Si Suri ni...Merangkak-rangkak belajar nak kenal dunia...PH sampai terfikir macamana agaknya kalau PH berada dalam keadaan macam dia..?
Rasa simpati yang tidak berbelah bagi terhadap makhluk yang lemah ini tak dapat PH tahan-tahan lagi...Hampir menitis air mata PH bila dapat melihat dia tidur selepas minum susu Si Baby dan susu yang diberikan oleh MH...Barulah dia tak bising lagi...Sehingga entri ini ditulis, dah 4 jam dia tidur...Ini berkemungkinan dia mengiau tak henti-henti sebab lapar dan mengantuk yang amat sangat...Wallahualam..
Oleh kerana takut tertindih, dengan perlahan-lahan PH letakkannya di atas longgokan kain untuk dia tidur...Tapi, dia lebih berminat untuk tidur di tempat terbuka sebegini...
Lasak juga dia tidur...PH tak dapat nak bayangkan apa yang akan berlaku pada Si Suri kalau dia tak diselamatkan oleh Kak Dhuha...
Memang sah...Si Suri tidur lasak...Berdengkur plak tu..Suka PH tengok dia...Dah tak bising macam yang masa mula-mula jumpa...
Oleh kerana Si Suri ni tidur di berdekatan dengan penjuru katil, PH terpaksa meletakkan topi keledar sebagai penanda bagi mengelakkan dia dipijak...Bukannya apa, just be prepared... :)
Si Suri ni PH opened untuk dipelihara oleh mereka yang serius...
Tak banyak kisah PH tulis tentang Si Chicky ni...kisahnya semua orang boleh agak...dok gitu...? ;P
Si Chicky ni adalah di antara kucing jalanan yang malang...maksud malang di sini ialah Si Chicky ni sebatang kara...
Masa tengah sibuk main Facebook, Si Chicky ni tiba-tiba melese kat tangan PH dan terus lentok kat komputer riba...hmmm...Nak alih pun tak sampai hati...Kalau anda bagaimana yer...? Rasa-rasa nak alih tak...? hehehe
Tak banyak juga PH ceritakan mengenai Si Hector dan Si Paris a.k.a Montel....Si Hector ni PH ambil dia di restoran A dan Si Montel ni di Restoran B..Si Montel ni dah ada orang nak adopt dah, iaitu salah seorang rakan PH di Facebook...Memang itulah tujuan PH kutip mereka-mereka ni, iaitu memberikan kehidupan baru kepada mereka...Kalau takde orang nak adopt, PH kira mereka ni dah jadi famili PH juga....Takpelah, tinggal dengan papa pun boleh, tak gitu Raka? Bourne? Baby? Eckie? :)
Iyo...? Eh.. silap...Iyo bukan untuk adoption yer...hehehehe
Iyo...? Eh.. silap...Iyo bukan untuk adoption yer...hehehehe
Kalau anak kucing terbiar, memang ramai yang nak bela..Tetapi kalau puppy terbiar...? Agak sukar dan jarang orang nak ambil bawa balik, lebih-lebih lagi kalau anjing betina macam Si Helen ni...Sekarang ni Si Helen tinggal dengan PH, tapi di belakang rumah ler...PH pun bagi makan camtu2 ajer...Cerita penuh serta asal usul mengenai Si Helen ada di sini ( KLIK SINI )
P/S :
Sememangnya blog PH ini adalah bertujuan untuk mendidik serta melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan dan alam sekitar...PH yakin ramai kawan-kawan kita di luar sana selalu terjumpa anak2 kucing terbiar..Nasihat PH, kalau terjumpa anak2 kucing jalanan, ikutlah kata hati...Tepuk dada tanya iman..Tiada paksaan dan tiada jawapan dari hati itu adalah salah...Jawapannya cuma YES or No...
Sekarang ni, Si Helen sedang melalui saat-saat bahagianya bersama SI SUSIE....Seronok tengok mereka bermain bersama-sama..Andaikata umur Si Helen ni tak panjang, sekurang-kurangnya dia pernah tersenyum semasa hayatnya..., kerana dapat merasa kasih sayang dari ibu tumpangnya... :)
comelnye..nak dia boleh?
ReplyDeleteEntri Terkini : Shopping Raya yang sakan
Entri terdahulu : Mercun rocket buat aku terbang tinggi-tinggi
PH...comei la pule budak suri ni...nak ambil pun,saya dah limited.tak pe la..moga ada yg sudi adopt suri...good luck suri
ReplyDeletemalangnya saya duduk kt kedah...kalau dkat, saya adopt suri tuh..,. huhhuhu... klu kucen sya cm chicky tuh, lepak diam2 x pe ler...tpi kucen sya nakal sgt,lptop pon dia gigit..wahaha
ReplyDeletesaye adik dhuha tuh, thanx PH sbb tlg jage kn anak kucing tu ye..
ReplyDeletesiap dh ade name lg, hehe nice job!
may Allah bless u n your family always!
murah rezeki PH sekeluarga amin
ReplyDeleteTaufan : Awak nak ke? boleh pm inbox PH http://www.facebook.com/haireyhero
ReplyDeleteJaja : Steady Jaja...bela yang setakat kita mampu jer kay... :) Excellent
Adik DD : Excellent utk awak dan famili...terima kasih kerana sanggup bersusah payah travel jauh2 ke rumah PH hari tu :)
Nurfarhana : janganla cakap malang duduk kat Kedah...hehehehe...tak dapat adopt takper... ;P
mq : Aminnn...!!!! :)
Eii comeinyer gambo no.3 tuh. Bulat jer. Rse nk gigit ajer.
ReplyDelete