Di Antara Lena dan Jaga, Kita Adalah Insan Yang Terpilih...
Ni bukan Bon-Bon...Ni namanya Bin-Bin...PH rasa dia ni adik-beradik dengan Bon-Bon berdasarkan rupa dan perangainya lebih kurang jer...Tempat dia tinggal pun sama dengan tempat tinggal Bon-Bon...tetapi, senario yang PH lihat 2 malam lepas amat menarik perhatian PH...Si Bin-Bin ni elok jer duduk kat surat khabar di tengah-tengah walkway di sebuah restoran...Gambar ni PH snap lebih kurang pukul 2 pagi..
Mesti sebab kenapa Si Bin-Bin tu pilih tempat tu..
Dalam banyak-banyak tempat, kat kertas tu juga yang dia pilih...Mungkin Si Bin-Bin ni dapat rasa aura berkat rezeki kat situ kot...Entah lah...Banyak rahsia-rahsia kucing yang kita tak tahu dan tersirat...Nampak macam sedang berzikir pun ada kan...?
PH pernah terdengar cerita dari seoranag pakcik ni...kucing jalanan boleh nampak makhluk halus, rezeki dan ajal maut seseorang yang berdekatan dengan mereka...Wallahualam..Cuba KLIK SINI
PH pernah taipkan status kat wal Facebook KMFC :
PH tahu memang ramai di kalangan kita yang amat kasihkan kucing serta haiwan-haiwan lain...Yang mana tak kasihkan haiwan tu, PH hormat keputusan mereka...Kita sebenarnya tak ada hak nak marah mereka selagi mereka tidak menyakiti haiwan...
Cuma, PH nak bagitahu kat mereka yang tak suka haiwan ( khususnya kucing dan anjing )...bersyukurlah kerana anda dilahirkan sebagai seorang manusia...Dunia ini bukan untuk manusia sahaja, tetapi untuk haiwan juga....
Bagi PH, tak suka haiwan bererti kurang bersyukur...Namun begitu, tak suka haiwan tak bermakna tak sayang haiwan..Ada golongan yang tak suka haiwan tetapi di dalam hati amat kasihkan haiwan...Cuba kalau kita dijadikan oleh Allah SWT menjadi seperti kucing di bawah ni...
Ataupun dicipta menjadi ular yang tinggal di ladang kelapa sawit dan kemudian sesat di tengah-tengah jalan raya tanpa ada sesiapa yang ambil peduli...? Tidakkah kita merasa bertuah menjadi manusia...?
Kesian mereka...Kebanyakan di antara mereka matinya tak berkubur...
Kelahiran sebagai seekor binatang tak semuanya memiliki tuah...Hanya binatang yang terpilih sahaja yang dapat memiliki tuah tersebut dan kitalah insan yang terpilih ( the chosen one ) untuk menemani mereka sehingga ke akhir hayat, samada ke akhir hayat kita ataupun ke akhir hayat mereka...
Mereka dapat tidur dengan lena dan enak di rumah kita, tak kira atas lantai ataupun atas katil...Setiap pejaman mata mereka menyemai rasa damai di hati PH...Terasa hilang sebentar segala hiruk pikuk yang dicipta manusia dan terasa indahnya hingga ke lubuk hati yang paling dalam....
Bila tengok kucing jalanan yang kita kutip ni dapat tidur lena, diselang-seli pula dengan pergerakan kaki yang sekali-sekala menggigil, terasa lucu pula sehingga terasa tekanan darah ini menjadi reda dan normal...Dari marah menjadi sabar...Dari stress menjadi calm...Daripada sedih menjadi gembira....Ketahuilah, inilah sebabnya kita ini terpilih olehNya untuk menjaga mereka...Merekalah penglipurlara kita...
Ini Si Cheetah, kucing yang dikutip oleh mak mertua PH...masa dikutip, Si Cheetah baru berusia dalam lingkungan 2 minggu dan nyaris digilis kereta...Oleh kerana sifat sayangkan haiwan sangat menebal, Cheetah kini membesar sebagai johan di rumah mak mertua PH...Badan gedempol muka gemuk mata terbelalak...
Ini Si Raka, kucing yang diberi oleh seorang fan KMFC iaitu Cik Jessy Lian...Beliau menjumpai Raka sedang menyorok di dalam enjin kereta...Nasib baik tak ada apa-apa...
Ini pula port baru Si Eckie...PH nak angkat jaket tu pun tak sampai hati...dah berminggu dah jaket tu kat situ...Biarlah, PH suka tengok dia tidur lena kat dalam bakul motor tu...
P/S :
PH berasa amat bertuah menjadi insan terpilih untuk menemani Hero...Yang pasti, PH akan menemani Iyo sehingga ke akhir hayat, samada ke akhir hayat Hero ataupun ke akhir hayat PH..
Comments
Post a Comment