Stanza Sekeping Hati Haiwan Jalanan
Semalam PH sempat bersahur makan roti canai kat sebuah restoran mamak kat area rumah ni...PH tergelak melihat gelagat seekor kucing yang sedang asyik mengejar kupu-kupu...Terbelalak mata dia...Kalau ke kiri kupu-kupu tu terbang, ke kirilah kepalanya berpusing....kalau kupu-kupu tu ke kanan, ke kananlah dia...Warna dia pun agak menarik, warna putih tompok kelabu taik anjing....PH rasa, dia ni adik beradik Si Bourne ( KLIK SINI ) berdasarkan tompok warna, susuk badan dan rupanya....dan satu lagi, perangai pun lebih kurang....Nakal nak kena babab...
Tu dia...pancaran laser Doraemon tiba-tiba keluar...Larikkkk kata kupu-kupu tu....dah melepas dah mamat ni nak sahur...Tapi, PH share roti canai dengan dia....maklumlah pagi2 buta manader ikan goreng...Wwuiisshhh...roti pun dia sebat jugak...mentang-mentang free....Siap tercekik lagi tu....adeeehhh
Si Helen semakin hari semakin sihat dan cantik...Untuk pengetahuan anda semua, Si Helen ni selalu diberi makan oleh Untie Wong ( Owner Susie ) dan jiran-jiran Cina yang lain...PH pun ada bagi Helen makan juga, tapi tak sekerap jiran-jiran PH kerana mereka pun faham orang Islam tak boleh memelihara anjing...Tapi, Si Helen kadang-kadang lepak kat belakang rumah PH...Cerita penuh asal usul Si Helen ada di sini ( KLIK SINI )
Badannya semakin tegap dan berotot macam baka Pitt Bull...( ni takde kena mengena dengan Brad Pitt yer..hehehe )...PH rasa puas dapat beri kehidupan yang baru buat Helen....Kalau anak kucing merempat kat tepi jalan, ramai orang nak kutip dan bela..Tapi kalau anak anjing yang merempat kat tepi jalan, amat jarang sekali orang nak bela, terutamanya anjing betina macam Si Helen ni...
PH pernah offer Si Helen kepada salah seorang jiran..Pada mulanya dia nampak macam berminat, tetapi bila PH bagitahu yang Helen ni betina, terus dia reject...Bukan apa, katanya agak susah nak dijaga dan ramai orang kurang berminat untuk membela anjing betina..Hmmm....PH no komen bab ni...
Apa-apa pun, anjing seperti Helen juga ada memikirkan masa depannya sendiri...Cuma kita jer yang tak perasan....PH terpaksa potong pagar dawai belakang tu sebab Si Helen asyik merengek-rengek nak tidur kat belakang rumah....Lagipun PH memang jarang bukak pintu belakang tu..Bukannya boleh buat apa pun...Sekarang ni, Si Helen menumpang kasih dengan Susie...
Ni gambar masa pertemuan pertama antara PH dengan Si Helen...gambar ni PH snap pada waktu petang...
Oleh kerana rasa tak sedap hati, PH cari Helen semula pada waktu malamnya...Beginilah kehidupan asal Si Helen...Berguling-guling dengan kain buruk...PH rasa, kayu kat sebelah tu digunakan oleh budak-budak nakal yang nak mengacau Si Helen...kalau tak pun, untuk tolak Si Helen supaya tak mendekati mereka..maklumlah, dah dididik anjing tu hina...
Sempat juga PH bermain dengan dia kejap pada petang tu...Orang-orang sekeliling yang lalu-lalang buat tak nampak Si Helen ni...Kesian dia...
P/S :
Anjing memang berbudi bahasa dan amat setia pada tuannya, dan dia sentiasa ingat orang yang pernah memberinya makan...
teringat kucing saya Lulu.. dia la paling terer tangkap rama2.. 1 hari dkt 5 ekor rama2 or kupu2 jd mangsa. Dia sekor je minat dgn rama2 ni.. x tau napa.
ReplyDeleteSedih tgk haiwan jalanan.. semalam tgk sejuta impian yang mohon dana 20k utk mengusahakan pusat jagaan kucing terbiar. Kat umah dia skrg cuma ada 12 ekor & dia berniat nak tambah lg. Tapi dana yg di luluskan cuma RM2k untuk kos pembinaan sangkar.
sangat cute si Helen tuh, sejibik macam Jojo, puppy jiran papame0w.. cita2 lps retire nanti nak bela anjing sndiri bila dah pindah kampung...
ReplyDeleteSteady...
ReplyDeletekesian kan ngan mereka yang terbiar...hati saya sgt mudah tersentuh bila tgk kucing n anjing tak bertuan nih...
ReplyDeletekalaulah ila tak fobia ngn anjing...
ReplyDeletelagipun sesetengah orang yang beragama islam itu menyatakan anjin itu haram, kotor, hina dll.. haih~
Waahhh....Helen comellah ^__^
ReplyDelete