Iyo Terima Bungkusan Dari Pengirim Misteri... ;P

Bila disebut soal jodoh dan rezeki ni, ianya tak bermakna diberi untuk kita jer...Rezeki yang kita pohon dari Yang Maha Esa itu kadang-kadang tempiasnya dapat ke anak-anak bulus kita...PH selalu berdoa "Ya Allah, perluaskanlah rezekiku...
( bukan perkataan 'murahkan rezekiku' )..Kalau kita minta rezeki tu murah, maka yang datang kat kita adalah rezeki yang murah-murah belaka 
( yakni yang biasa-biasa sahaja )...Bukanlah bermaksud menolak rezeki yang murah tu, tapi kan lebih baik kalau kita minta rezeki yang mahal-mahal plak kan...? Ucapan kita ini adalah satu doa...Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita minta ( doa ) ;P
Apa yang anak-anak bulus kita doakan untuk kita, rasanya kita tak perlu ambil tahu sebab itu adalah antara dia dan Maha Pencipta...Kita buat biasa jer k...


Nak dijadikan cerita, hari ini PH telah menerima satu bungkusan yang dihantar melalui kurier...PH agak 'blur' pada mulanya kerana tahu-tahu ajer ada orang hantarkan barang...Pada mulanya risau juga sebab,,,,,,tahu2 je lah kan....sekarang ni macam-macam taktik ada....Tapi bila PH goncang-goncang bungkusan tu, PH dah agak apa kandungan bungkusan tu...hehehehe...

PH telah menerima 8kg Blackwood dari seorang pengirim misteri...Yang dalam gambar ni tinggal 7kg sebab lagi 1 kg tu MH tengah bukakkan untuk Iyo...Panjang betul leher dia mintak Blackwood...adehhhh...


Lepas PH betulkan posisi kamera henpon PH, dah ada penunggu datang...kaler oren putih...Dia ni agaknya dilatih untuk mengesan Blackwood, pada hal dia kat tingkat bawah tadi...Ini namanya Si Hector...


Apa lagi, lepas seekor penunggu, datang pula berekor-ekor...Macam-macam warna, rupa dan bunyi sekali...Tak ketinggalan juga Si Eckie yang tempang tu...hehehehe


Kesian Hero, sementara menunggu mama bukak mencari gunting, dia hanya mampu tengok penunggu Blackwood ni melakukan percubaan untuk selongkar kotak parcel ni...Habih tu, Iyo dah takde tangan caner nak selongkar...sigghhh....Tak ketinggalan juga si tecit tu...Nampak jer Blackwood tu...

Lepas tu, PH saje jer letakkan si tecit ni terus ke dalam kotak..Jelas kelihatan hidungnya kembang kempis...


Paket pertama dah diasingkan, PH saja je letak si tecit ni kat dalam tong Blackwood...Tapi dia tak makan pun sebab belum tumbuh gigi lagi...Tunggu nanti dah besau sikit nanti papa bagi wet food yer cayang....Kesian betul PH tengok Si Suri ni....Hidupnya betul-betul sebatang kara...



Lepas diberi minum susu, si tecit ni dah mula mengantuk...Sweet betul keadaannya masa ni...Rasa macam nak geget jer kepala dia...


Biasanya, anak kucing besar macam ni tidur berhimpit-himpit dengan adik-beradiknya yang lain, tapi Si Suri ni tak kisah pun tidur sorang-sorang...Nanti tunggu dah besar sikit, Suri boleh tidur dengan papa yer...Sekarang ni tak boleh lagi, nanti penyet caner...?


Apa-apapun, rezeki yang datang kepada kita memang selalunya datang dalam keadaan yang kita tak sangka-sangka...Sekiranya berlaku sedemikian, ianya adalah pemberian secara terus oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya...Kita sebagai hambanya wajib percaya dan janganlah sekali-kali kita sombong pada rezeki dan peluang yang datang, kerana sekiranya berlaku sedemikian rezeki akan menjadi lebih sombong kepada kita...

P/S :
PH cuma boleh agak siapa yang hantar bungkusan ni...tak tahulah betul atau tidak...Kepada si pengirim misteri Blackwood ni, 
( barangkali Kak **** ), kalau betullah akak yang hantarkan bungkusan ini , PH dan MH nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga...PH doakan semoga akak sentiasa success dunia dan akhirat...PH akan doakan juga moga akak dan keluarga diperluaskan rezeki nanti....PH betul-betul terharu dan amat menghargai apa yang akak berikan...
Kadang-kadang, rezeki yang kita pohon untuk sebenarnya adalah untuk kita sampaikan rezeki tu kepada orang atau makhluk lain...
( Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Saudara tut yang terlibat di dalam penghantaran Blackwood untuk Iyo ni )

Adalah menjadi hak Tuhan untuk memberi rezeki kepada kita sama ada cepat,lambat atau tidak beri langsung...

Yang penting teruskan Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal = SUCCESS..!!!

Comments

  1. alhamdulillah.. moga rezeki PH diperluaskan lagi.. :)

    suri comey sgt ! sentap gak tgk dye tdo sorang.. hurmm..

    ReplyDelete
  2. baiknya org yg bagi hadiah bw ni
    :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga yg memberi tu di perluaskan rezekinya...

    pd family PH, teruskan usaha murni anda.

    Selamat Hari Raya dr ery dan anak2 bulus. :D

    ReplyDelete
  4. waaa...budak2 kt umah tuh dh dpt bw raya..hehe..

    PH saya rasa kitten yg terpisah dgn ibu nya mungkin suka tidur sorg2 kot. Saya ada sekor kitten yg saya jumpa masa dia kecil lagi..umo tak sampai 1 bln or br nk masuk sebulan, tp ibu nya tah mana perginya. tinggal dia sekor je masa kami jumpa. kami kenal ibunya. sejak bawa balik rumah, dia lebih suka tidur sendri ikut suka hati dia jer. fav tpt dia adalah di bawah meja makan. and dia suka tidur terlentang gitu n sorang2. till now dia memang tak suka tidur himpit2. dulu masa dia kecil mmg sll terpijak ekor dia, hampir terpijak dia sbb dia suka tidur merata2.

    anyway, harap suri membesar bagai juara

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...semoga pengirim tersebut diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT..saya baca pun, saya terharu...Buat Iyo dan adik-adik, semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan kasih sayang ya...Amin

    ReplyDelete
  6. Wah, the kittens are so happy and sibuk makan. :)

    ReplyDelete
  7. setiap makhluk didunia ni ada rezeki nya masing2.. so x pyh takut jd papa kedana hnya kerana nk bg haiwan makan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular