Kita Bertanggungjawab Penuh Ke Atas Kebajikan Mereka, Tapi....
Kalau nak diceritakan tentang ragam anak-anak bulus kita ni, memang sampai ke sudah takkan habis...Macam-macam kelaku yang mereka nak suruh kita tengok...Kadang-kadang, sampai malas kita nak layan..Tapi makin kita tak layan, makin mereka buat kelakar...Nak taknak, terpaksa jugak layankan depa ni....
Macam kita masa tecit-tecit dulu la kan...? Selagi tak dapat perhatian, selagi tu la asyik nak mengada...hu hu hu..( anak sapa la tu yer :P )
Hal ini tak terlepas juga berlaku terhadap kucing-kucing jalanan ni..Kalau time kita tengah makan tu, ada jer muka-muka seposen nak mintak secebis ikan...Tapi, tak kisah lah...kalau nak ikan, panjat ajer peha papa...tak pun peha mama...Along & Angah pun selalu offer ikan kat kucing-kucing ni...
Kucing-kucing yang ada kat rumah ni semuanya kucing kutip...Pernah juga rasa nak beli kucing-kucing cantik di kedai haiwan, tapi rasa macam auranya tak sampai...Tak tahulah kenapa..Kat hati kecil ni lebih cenderung pada kucing jalanan..
Panjat meja adalah salah satu isyarat untuk nak dapatkan perhatian....
Main guling-guling dengan anak patung Barney pun isyarat juga...
Mata terbelalak macam nak terkeluar pun adalah isyarat juga...
Tapi kalau dah terpejam macam ni, rasa macam nak gigit jer hidung dia...Yang keadaan macam ni yang buatkan ramai orang cair...
Tapi kalau macam ni...? Nak perhatian ke nak makan...? Adeehhh....hahahahaha
P/S :
Kucing jalanan kalau dibawa pulang ke rumah sebenarnya boleh dijadikan terapi...tapi kena pandai didik mereka..memang tak dinafikan ada di antara mereka yang tak reti bahasa, tapi kita sebagai orang yang kutip mereka tak boleh berputus asa, kerana kita bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan mereka..Tapi kalau mereka pergi, janganlah kita berasa bersalah yang teramat sangat sekiranya kita telah menjaga mereka dengan baik...Sekurang-kurangnya, jasad mereka ada kuburnya.. :)
Comments
Post a Comment