Cause We All Live Under The Same Sun

Sejak akhir-akhir ni, PH & MH terpaksa catu makanan untuk Iyo...Bukannya apa, beratnya naik mendadak betul...Kesian pulak kat dia tu..nak jalan pun terkedek-kedek sebab  menampung berat badannya...DrIntan ( Kelana Jaya Veterinary Clinic ) juga ada menasihatkan PH supaya kawal pemakanan Iyo takut dia obesiti...Selain dari timbul masalah pergerakan fizikal, penyakit-penyakit lain juga boleh menyerang kalau obes dah tak terkawal...Macam manusia juga...Tapi, PH pernah juga terbaca artikel mengenai kesihatan di sebuah akhbar :

~ Biar gemuk asalkan anda memilih gaya hidup yang SIHAT~

Tapi sekarang, berat badan IYO dah susut hampir 30% peratus...Kesian juga kalau tengok dia lapar minta makanan...PH bagi juga tapi dengan kuantiti yang sedikit...Bukan papa tak nak bagi kat Iyo, tunggu Iyo dah ringan sikit baru papa bagi banyak sikit...okayy...???!!! :)




Si Chicky ni PH ambil dia di tepi jalan raya...PH ternampak dia nak melintas ke jalan raya di sebuah kawasan perumahan yang boleh tahan juga kesibukannya...Kesian tengok dia sorang2 ( tak beribu ) ...hmmm..ke rumah PH la jawabnya....

Sekarang Iyo memang tak ada masalah dengan kucing lain...Cuma dengan Si Shiny jer Iyo agak cemburu sikit....


Gambar bawah sebelah kiri ialah Si Shiny dan sebelah kanan bawah pula ialah Si Bourne...Rupanya 90% sama...Cerita asal-usul Si Bourne 
( a.k.a Bon-Bon ) ada di sini ( KLIK SINI )...
PH jumpa Si Shiny di sebuah bank di Kajang....asyik menyelongkar sampah...Last-last, ke rumah PH juga minah ni....Kesian betul PH tengok bila dia baring kat atas tilam empuk tu...agaknya entah berapa lama dia asyik tidur kat atas simen dan jalan tar...






Kalian pernah baca entri PH yang terdahulu...? ( KLIK SINI )...Mungkin kes Si Chicky juga ada kaitannya dengan entri ni,,,Anak kucing memang suka panjat kat dalam but enjin kereta...nasib baiklah papa jumpa kau cepat..kalau tak entah-entah dah lumat...



Giginya belum tumbuh habis lagi...umurnya dalam lingkungan 2-3 bulan..


Si Blacky juga dah semakin membesar dengan sihat...PH dapat rasa bahawa ramalan PH ni adalah benar... Si Blacky ni seolah-olah ada berbisik kat arwah Si Comel bahawa dia akan menjaga abg Iyo sebaik mungkin...Maklumlah, Iyo memang rapat sangat dengan dia....Sebelum arwah Si Comel pergi, Blacky tak pernah sebegini rapat dengan Iyo...Cerita penuh bagaimana Si Blacky berbisik dengan arwah Si Comel ada di sini ( KLIK SINI ).. 
( Tak semena-mena mata PH berkaca dan seterusnya berderai semula lepas klik dan baca entri tu )


PH tak sangka haiwan yang tak berakal masih mampu menunaikan janjinya...aduhai....


PH tak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan PH, begitu juga sebaliknya....PH ingin berpesan pada kalian semua....Kalau ternampak kucing, anjing atau apa-apa haiwan sekalipun di tepi-tepi jalan janganlah sekali-kali menganiaya mereka....Kalau tak suka mereka sekalipun, ingatlah kita ni adalah roh di dalam jasad seorang manusia, sedangkan mereka juga mempunyai roh yang sama tapi di dalam jasad seekor haiwan...Kita ni sama jer dengan mereka, mempunyai roh yang tak diketahui bagaimana rupa yang sebenarnya...cuma yang membezakan kita dengan mereka ialah akal dan martabat...
Pernahkah kita terfikir jasad siapakah yang kita lihat di dalam sebuah cermin...? Adakah jasad kita...? Atau roh yang mendiami dalam jasad kita....? Jangan sekali-kali sombong terhadap binatang kalau anda mengaku anda adalah seorang insan....lebih-lebih lagi sombong kepada sesama manusia...Tak ke mana kita ni kalau sombong...


Apa-apa pun, bagi PH tanpa mereka-mereka semua ni dunia akan hilang keseimbangan...Kitaran serta rantai makanan akan terganggu....Manusia akan sentiasa stress, seterusnya menerbitkan huru-hara dalam kehidupan seharian di dalam masyarakat...
Iyo perlukan PH, begitu juga sebaliknya....Kalian juga perlukan anak-anak bulus kalian, begitu juga sebaliknya....


P/S :
Sudah-sudahlah tu...Kita memang saling memerlukan....Cause we all live under the same sun....the same moon....

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. bile terkenangkan comel mesti ila teringat comey ila.. hurmm~ waaaaaaaaaa! ;( rindu giler kat comey !!!!!

    semoga Allah memberi limpahan rahmat pada PH n MH sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mmberkati PH sekeluarga dan kucin2 tersayang. moga2 kita dapat membela nasib kucin2 yang tidak bertuan ni. umah saya dah ada 10 kucin. 6 yang lama + 4 anak kucin orang buang, bapak saya kutip tiga hari lepas, memang dah jadi permanent resident jugak:) salam kasih untuk iyo n anak2 bulus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular