Salam Terakhir Dari Boboy Untuk Semua

Tak sangka hari ini adalah hari PH mengalirkan air mata....Tak sangka juga pada hari ini si comel kesayangan telah pergi meninggalkan PH tanpa pesan....Tak sangka tindakan PH bertanyakan nak beli cangkul malam semalam adalah petanda PH nak tanamkan jasad suci Si Boboy.....Sesungguhnya semua perkara  yang berlaku pada hari ini amatlah terkesan di hati PH...Inilah lumrah yang perlu dilalui oleh semua pencinta haiwan khususnya kucing....Mereka datang dan pergi di dalam hidup kita....Kucing semalam dah pergi, hari ini datang pula kucing yang baru lagi memerlukan pertolongan dari kita....Untuk pengetahuan, Si Boboy mati di atas meja vet akibat jangkitan kuman yang serius pada paru-parunya....



Yang paling mendukacitakan PH, Si Boboy pergi pada tarikh PH nak mengambilnya pulang ke rumah...PH memang telah sedia maklum akan keadaan Si Boboy apabila diberitahu oleh vet tentang penyakit Si Boboy....Ini berkaitan rapat dengan keadaannya yang berkemungkinan besar dijangkiti virus sejak lahir....PH memang dah duga perkara ini akan berlaku....Perjalanan PH ke vet pagi tadi terasa begitu lama...PH diam, MH pun diam...Cuma si kembar jer yang asyik mengusik sesama sendiri...Mereka terlalu mentah untuk memahami apa yang berlaku, namun mereka tahu Si Boboy telah mati...



Sesampainya PH di vet, tubuh kaku Si Boboy telahpun diletakkan ke dalam kotak...Rasanya kotak itu terlalu kecil untuknya yang bertubuh besar...Di situ juga PH mengalirkan air mata....Si Boboy kelihatan seperti sedang tidur...Jelas kelihatan tubuhnya sudah tidak mampu menerima ubat lagi kerana ada terdapat kesan cecair ubat keluar dari hidungnya....



Sekembalinya PH ke rumah, Hero hanya melihat jasad Si Boboy dari jauh....Barangkali, Hero pun sedih akan pemergian sahabatnya....Dulu memang hero bergaduh dengan Boboy, tapi sebulan dua yang lepas hero macam dah tak marah lagi pada Boboy....



Seluruh muka dan telinga Boboy berwarna kekuningan sebagai tanda kesakitan yang dialaminya...



Inilah kesan-kesan pilu yang pernah dilalui oleh Si Boboy semasa hayatnya ( KLIK SINI )...Sesungguhnya mereka tak pernah mengecapi bahagia di luar sana barangkali...Di sisi kitalah mereka menumpang bahagia dan seterusnya mereka memberikan kita seribu ketenangan.....



Gambar di bawah ini adalah menunjukkan kali terakhir PH menimangnya...Sewaktu hayatnya, Boboy memang suka ditimang macam ni...Sesiapa yang pernah datang ke rumah PH pasti tahu....Banyak air mata PH menitis ke wajah sucinya ketika ini...PH nak tatap wajah buah hati ini puas-puas walaupun dia hanya seekor kucing jalanan yang PH kutip...Bagi PH, ketenangan dan kegembiraan yang dibawa oleh Boboy ke rumah PH semasa hayatnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.....

Walaupun Boboy dah mati, tapi Ayah tetap ingat pada Boboy sampai bila-bila...
Doakan ayah yer sayang...

MH juga sempat mengucup kepala Si Boboy buat kali terakhir.....Sayu betul keadaan ketika ini....Bermacam-macam ucapan pilu dan doa yang keluar dari mulut kami berdua.....



Nah...!!!! Papa dah belikan cangkul untuk 'buat rumah Boboy' yang baru.....Tak sangka pertanyaan nak beli cangkul di Tesco semalam adalah untuk Si Boboy....



Si Eckie langsung tak mahu melihat Si Boboy yang telah terbaring kaku....Dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan...Eckie adalah BFF kepada Boboy....Dia berpaling dari melihat tubuh kaku Si Boboy....



Ada satu kisah menarik berlaku di saat sebelum PH kebumikan Si Boboy ni....Si Bear tiba-tiba datang sambil menjilat-jilat kain tuala nipis yang membaluti jasad Si Boboy...Pada mulanya, PH tak syak apa-apa....



Sewaktu mencangkul tanah, Si bear duduk jer kat sebelah PH...Matanya sayu dan kuyu...PH masih tak dapat mengagak apa yang Si Bear cuba lakukan...Pada firasat  PH, mungkin dia hanya setakat menemani jasad Si Boboy sehingga saat terakhir....



Kerja-kerja menggali diteruskan dengan mata yang berkaca-kaca...Si Bear terus baring di sisi PH sambil menanti kerja-kerja menggali selesai....



Ini adalah gambar terakhir yang PH snap untuk Si Boboy...lepas ni dah takde gambar-gambar comel darinya lagi...Wajah suci ini PH rakam bertujuan supaya waris-waris PH yang membaca entri ini kenal dan ingat siapa Boboy ni....Sebelum meletakkannya di liang lahad, PH mengusap-usap kepalanya dan merenung ke arah mukanya buat kali terakhir selama hampir 15 minit...Semasa merenung wajah suci Boboy, kedengaran guruh sabung menyabung di langit walhal hari masih panas...



Sewaktu ingin menimbus jasad Boboy, Si Bear cuba menghalang...Dia meletakkan kaki hadapannya di atas tanah...PH tak faham apa yang dia mahu....Tetapi, selepas PH berkata :
"Bear, Ayah tahu kau sayangkan Boboy....Tapi, kau kena lepaskan dia pergi.....Ayah pun tak mahu dia pergi, tapi Allah lebih sayangkan dia....Lepaskan dia yer Bear...." kata PH kepada Si Bear dengan suara yang tersekat-sekat...PH sedih sangat ketika ini....Rupa-rupanya Si Bear ni sayangkan Si Boboy sehingga ke hujung nyawa....


Sebaik sahaja PH berkata sedemikian, inilah yang berlaku....Saksikan sendiri....PH bukan buat cerita rekaan...Mungkin video sebegini kali pertama anda tonton....Si Bear kelihatan seperti ingin menolong PH menanam sendiri jasad kaku Si Boboy....



Kalau tak boleh tengok video di atas ni, klik sini ( LINK )
Akhirnya, simbol pertalian persahabatan di antara seekor anjing dan kucing yang terbuang telah PH saksikan dengan mata kepala sendiri...Persahabatan mereka membawa sehingga ke mati...Kadangkala, untuk menyedarkan seseorang, satu nyawa dari mereka akan dikorbankan...


P/S :
Si Boboy telah pergi meninggalkan kita dengan penuh sayu dan tragis...haiwan-haiwan sebegini akan datang dan pergi di dalam hidup kita....Buatlah macamana pun...Sayanglah macamana pun...Mereka tetap haiwan yang datang dan berlalu....Lepas Boboy pergi, Si Bunga dan Si Belly pula yang datang...PH reda akan pemergian Boboy dan kehadiran kucing-kucing yang baru.....
~~Kepada Boboy yang Ayah sayang.....Bersemadilah dengan aman...Doakanlah akan kejayaan Ayah membela nasib-nasib kawan-kawan kamu di luar sana.....Ayah sangat-sangat rindukan Boboy....~~

Selepas ini, tiada lagi timang-timang untuk Boboy ketika pergi dan balik dari kerja....Tiada lagi najis Boboy di luar rumah untuk dikutip....Tiada lagi kedengaran suaranya yang halus macam kucing betina...Tiada lagi Royal Canin untuk diberi kepada Boboy....Tiada lagi bunyi seat motor kena cakar...Yang paling Ayah rindu, tiada lagi suara dari Boboy minta ditimang-timang...Tak mengapa, Ayah reda...Ayah akan sayang Boboy selama-lamanya...Ayah tetap rindukan segala kenangan Ayah bersama dengan Si Boboy...Ayah akan belek satu-persatu entri-entri yang menyiarkan cerita dan gambar Si Boboy sebagai pengubat rindu di hati...

Selepas ini, PH nak fokus untuk menjaga anak-anak comel yang lain...Si Boboy adalah kucing jantan 3 warna....Ini seolah-olah menguatkan lagi teori bahawa kucing jantan 3 warna umurnya tak panjang ( KLIK SINI )...Namun, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui....


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Darjat kucing lagi besar....sedihnya...

    ReplyDelete
  2. kasih sayang kucing... mmg sweet... buat teladan utk kita sebenarnya...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/kenapa-aku-suka-kucing.html

    ReplyDelete
  3. sebak sedih & sayu.. saya biasa lalui saat2 mcm ni & tahu mcm mana rasanya...

    ReplyDelete
  4. saya turut merasakan kesayuan dan kesedihan yang dialami oleh keluarga PH dan MH. sesungguhnya tlh tersurat bhwa Boboy akan pergi mneghadap-Nya. semoga amanlah dia di alam sana dan insyaallah, boboy akan PH dan MH ketemu lagi di alam sana kelak. doa dari boboy akan berpanjangan di alam sana buat PH dan MH. ikhtibar yang nyata dan insyaallah akan mengubah persepsi ramai orang.

    ReplyDelete
  5. kepada PH teruskan usaha murni ini....

    ReplyDelete
  6. sedih atas pemergian boboy..
    lebih baik dia di sana. Allah lebih sayangkan dia.. tabah ya PH dan MH..

    ReplyDelete
  7. sedih pemergian boboy...semoga Boboy tenang di sana..:(

    ReplyDelete
  8. Baru berkesempatan baca kisah boboy... pc problem sblm ni.. ekin mengalir air mata baca kisah boboy.. sedih la.. pernah gak melalui perkara mcm ni.. fhm perasaan PH dan MH.. semoga boboy tenang di sana..
    dan fisrt time ekin tengok video kasih sayang seekor anjing tu..

    ReplyDelete
  9. Slm...br arini sy membc MASTIKA, dgn berpandukan MASTIKA juga sy dpt mencari blog ini...sedih juga bila terbaca kucing boboy dr hidup terbuang ade juga hamba ALLAH yg mahu membela nye hingga ke hujung nyawa...sy dan suami adalah salah seorang juga yg pencinta serta membela kucing dr seekor sampai la ke 5 ekor termasuk la 3 ekor yg hidup menumpang makan...semoga ALLAH murahkan rezeki bagi org yg mempunyai sifat penyayang kpd smua umat termasuk la kpd haiwan peliharaan nye..Amin..

    ReplyDelete
  10. Very touching story..pertalian kasih kita n haiwan kesayangan tak dpt dipisahkan

    ReplyDelete
  11. Sedihnyer....saya juga pernah lalui saat yg menyedihkan mcm ni...ni sambil baca pun saya dah menitis air mata..tabahkan hati PH..

    ReplyDelete
  12. Be strong n move a head....no deny....very feeeeling...

    ReplyDelete
  13. sedih sgt2... teresak2 sy nangis... jd rindu kat arwah2 kucing sy... ya Allah letakkanlah boboy dan bear ni didarjat yg lebih tggi brbanding haiwan2 lain..amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular