Selamat Datang Papa Panda, Kak Sara, Eri Maarof, Amy Ukays dan Cik Yana

Baru-baru ini PH telah menerima kunjungan dari Kak Sarah Ukay dan Papa Panda ( nama Facebook )...Kehadiran mereka diiringi oleh Eri Maarof dan seorang gitaris kumpulan Ukays iaitu Abg Amy...Turut mengiring mereka ialah Cik Yana Hisham...Memang dah lama hajat mereka nak datang ke teratak PH tapi terganggu oleh sebab kesibukan bekerja...Eri Maarof adalah merupakan seorang artis baru di bawah naungan Aras Iriaz Entertainment dengan lagu hit "Astaghfirullahalazim"...Lagu-lagu beliau juga adalah berkonsepkan ketuhanan dan seringkali diputarkan di radio...
Ini adalah kali kedua PH bertemu dengan Papa Panda ( gambar bawah ) dan isterinya Kak Sarah...Sebelum ini kami pernah bertemu di Neelofa Petshop ( KLIK SINI )....


Seperti biasa, 'anak-anak comel' PH ni memang peramah kalau ada tetamu datang ke rumah...Riuh rendah jadinya apabila melihat gelagat 'anak-anak comel' PH ni...hehe



Papa Panda ni memang dah lama berhajat nak jumpa dengan Hero....Tengoklah betapa terujanya dia sampai isteri panggil pun tak dengar....hehehe



Terima kasih buat Papa Panda dan Eri Maarof kerana membeli Majalah Mastika...


Di sebelah kiri sekali ialah Abang Amy ( gitaris asal kumpulan Ukays )...Kini kumpulan Ukays kembali dengan album terbarunya...Barisan pemuziknya adalah anggota asal kecuali penyanyinya...PH terlupa pula apa nama penyanyinya...Maklumlah, dah lama PH tinggalkan dunia muzik...Dulu PH adalah seorang guru gitar dan keyboard...Masa tu di sekitar 2004-2006...PH juga pernah terlibat dengan beberapa siri jelajah konsert dengan menjadi sessionist keyboard dan gitar ( KLIK SINI )
Abang Amy juga mempunyai fan pagenya di Facebook ( KLIK SINI )


Penyanyi Eri Maarof dengan bannernya....


Abang Amy Ukays sempat bergambar dengan Mia...


P/S:
Berita Buruk
Sehari selepas mereka datang ke rumah PH, PH menerima khabar berita bahawa bapa kepada penyanyi Eri Maarof telah meninggal dunia...Sedekahkan al-fatihah kepada arwah bapa beliau...Semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat dan ditempatkan dikalangan roh-roh orang yang beriman...

Berita Gembira
Insyaallah pada tahun 2012 PH akan mengadakan ROAD TOUR di setiap negeri di seluruh Malaysia sempena kempen "Jangan Seksa Kami"...Kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mempunyai sifat sayangkan haiwan...Perancangan rapi kini sedang diatur....Tapi, kalau tempat yang jauh-jauh tu PH takkan bawa Hero yer...Kalau PH bawa pun, ianya adalah untuk selingan program sahaja dan bukan untuk tontonan umum...Tarikh Road Tour masih belum dapat dipastikan lagi....Doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga kita dapat bertemu secara LIVE nanti....

Diharapkan lepas ni tiada lagi status pum pang pum pang di FB lagi...sudah-sudahlah tu yer :)


Cuma PH nak pesan satu ajer...
HORMATI USAHA PH DAN USAHA ORANG LAIN...

Comments

  1. abg Amy ni memang low profile & peramah. pernah lepak minum2 dgn dia dulu.. dh lama masa bujang2. dia punya cerita blh buat novel.. apapun seronok dia Hero sentiasa di kunjungi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular