Kunjungan PH ke Nilufar Petshop

Baru-baru ni PH singgah ke sebuah petshop yang terletak di Tesco Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur...Seumur hidup PH, belum pernah lagi PH berkunjung ke petshop yang amat luas dan selesa...Sekali masuk, tak terasa macam petshop sebab susun aturnya yang sistematik, hiasan dalaman yang menarik dan yang paling penting tiada langsung bau yang kurang menyenangkan....Mungkin tak ramai di kalangan kita yang selalu pergi ke tempat-tempat sebegini...Ini mungkin juga disebabkan kerana mentaliti orang-orang kita yang memelihara haiwan mengikut cara lama...PH akui bahawa PH juga tergolong di dalam golongan sebegitu satu ketika dulu kerana pada masa itu, bagi PH apalah sangat nak keluarkan belanja yang lebih hanya semata-mata untuk kucing....Secara ringkasnya, tak berbaloi beli barang di petshop kerana membazir...hmmmm
Akan tetapi, zaman sekarang dah berubah...Cara kita layan haiwan kesayangan juga sepatutnya turut berubah mengikut peredaran masa....

Entri kali ini, PH nak dedahkan kepada anda semua betapa pentingnya melayan haiwan kesayangan sebaik-baiknya....Diharap para pembaca semua dapat menelitinya dengan hati yang terbuka....


Secara kasar, pada mulanya PH berpendapat bahawa PH mungkin tak mampu untuk beli makanan premium untuk kucing-kucing PH...Tetapi, belum cuba belum tahu...Kalau nak bandingkan harga makanan premium dengan makanan kucing yang dijual di kebanyakan pasar raya taklah jauh sangat bezanya....Kucing kita pun tak sakit dan duit untuk rawatan juga banyak jimat di situ...PH masih ingat di saat kali pertama PH menjejakkan kaki ke dalam petshop, segala tanggapan terhadap petshop selama ini terus berubah....Banyak tips-tips yang PH perolehi di tempat-tempat sebegini....
Terus terang PH ingin sampaikan di sini bahawa harga-harga aksesori kucing dan anjing yang dijual di dalam petshop ini adalah berpatutan....

Stress PH hilang bila masuk ke tempat-tempat macam ni dan ianya adalah satu harga yang tak ternilai dengan wang ringgit...Lihatlah keadaan di Petshop Nilufar ni...Sejuk betul mata memandang....


Satu sudut yang terdapat di Nilufar yang mempamerkan pelbagai aksesori haiwan....


Tak lupa juga bagi peminat-peminat haiwan akuatik...Bermacam-macam ikan dan makhluk air yang pelik-pelik ada di sini...Jadi, tak salah kalau anda luangkan masa untuk singgah ke petshop walaupun hanya sekadar melihat sahaja...Bermula dengan melihat dulu, barulah kita tahu minat kita lebih cenderung di bahagian yang mana...Kalau anda tak minat haiwan berbulu, tetapi mungkin anda minat memelihara ikan...





Koleksi-koleksi hiasan akuarium juga ada banyak...Bagi anda yang meminati ikan, tempat ini mungkin sesuai dengan hobi anda....


1 jam berjalan di dalam petshop ini seakan-akan tidak terasa langsung...Harga bagi sangkar mudah alih kucing adalah serendah RM40-RM200 kalau tak silap dan mangkuk makanan kucing semuanya adalah berpatutan serendah RM10 -RM50 ( KLIK SINI )....Semuanya adalah berpatutan...



Untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang baik untuk haiwan-haiwan peliharaan kita, makanan premium adalah antara pilihan yang bijak...Tapi harus diingat, untuk permulaan kalau nak beli makanan premium PH sarankan beli yang pek kecil dulu...Kena ikut selera kucing, jangan ikut selera tuan...Ada juga makanan premium yang kurang serasi dengan kucing kita...Untuk mendapatkan kepastian, kenalah banyak bertanya dan rajin-rajin kunjung web-web forum untuk belajar dari pengalaman orang-orang yang berkongsi ilmu di sana....Kadang-kadang, kalau tanya staf petshop ni pun boleh buat kita serba salah juga....Jadi, bijaklah mencari ilmu kehaiwanan....



Di sini juga terdapat pelbagai makanan basah yang berkhasiat untuk kucing....Belilah satu untuk kucing anda, mereka juga berhak merasai nikmat makan makanan sedap....


Ini adalah koleksi Cat Tree dan rumah anjing....Memang steady sangat-sangat....Banyak pilihan ada di sini....


Ini adalah sudut kegemaran PH iaitu aksesori mainan kucing...Harga semuanya memang amat-amat berpatutan.....Ada mainan kucing yang PH tak pernah tengok pun ada dijual di sini....


Bagi anda yang suka memakaikan pakaian beragam untuk kucing atau anjing, petshop ini juga ada menyediakan pelbagai pilihan...


Beg untuk kucing dan anjing pun ada...Ada bermacam-macam saiz dan warna pilihan...Pilih jer yang mana nak....


Koleksinya begitu terperinci sehinggakan kasut kucing dan anjing pun ada dijual...Comel betul...


PH kagum dengan keprihatinan pemilik petshop Nilufar ini...Lihatlah kandang arnab ni...Ruangnya luas dan selesa...Najis arnab juga selalu dibersihkan....Sebab itulah kedai ini tiada bau...


Haiwan-haiwan peliharaan yang dijual di sini pun berkualiti kerana tiada stress yang melampau...Cuba tengok rumah arnab ni....Memang steady sangat-sangat....Kalau nak dibandingkan dengan sesetengah petshop, mereka menempatkan haiwan-haiwan yang nak dijual di dalam sangkar yang kecil dan busuk....PH tak berapa gemar dengan sesetengah petshop yang berasaskan keuntungan semata-mata....Mereka pun sepatutnya menjaga juga kebajikan haiwan-haiwan yang dijual....



Kalau anda minat haiwan eksotik, Nilufar ini juga ada banyak pilihan...Ada ular, Tarantula, Iguana dan sebagainya....Harga pun PH rasa macam berpatutan dari tempat-tempat yang lain...


Tempat kurungan kucing dan anjing juga berada di dalam keadaan yang amat selesa sekali...Tiada bau langsung...Sistem peredaran udara juga amat sistematik...Kucing-kucing dan anjing di dalamnya begitu aktif bermain kerana tidak stress...


P/S :
Kadang-kadang, untuk membuat sesuatu kita kena tukar tabiat...Kalau dulu kita memelihara kucing dengan cara yang salah, apa kata kali ini kita tukar dengan cara yang betul pula....Selalu-selalulah kunjungi kedai haiwan peliharaan dan paling bagus ialah kunjungi klinik veterinar...Dapatkan konsultansi dari mereka....
Walaupun ada petshop yang tak cantik, jangan 'prejudge'...Kadang-kadang petshop yang tak cantik itulah yang bagus untuk rujukan kita...Kalau tak mampu beli makanan premium, mulalah menabung dari sekarang....Kalau kita boleh beli i-Phone, takkan Blackwood 3kg sebulan pun tak mampu, kan...? hehehehe...
Mulalah berkunjung ke kedai-kedai haiwan peliharaan dan jangan malu untuk ke sana....Berbanggalah kerana sebagai seorang pencinta haiwan, anda telah lakukan perkara yang kawan-kawan anda jarang lakukan.... Insyaallah anda semua akan rasa apa yang PH rasa dan dapat apa yang PH dapat, iaitu rezeki yang mencurah-curah kerana ikhlas kasihkan mereka...Selamat menziarah ke petshop :)



Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Cantik tempat tu.

    Hanya 1 saja harapan saya untuk petshop, agar janganlah jual binatang. Tapi apa nak buat, mereka kena buat untug juga.

    Ivy Loh

    ReplyDelete
  2. Ivy,
    Selagi ada permintaan, selagi itulah ada haiwan dijual....hmmm

    ReplyDelete
  3. Dzulkifley Mohd. SaidDecember 7, 2011 at 11:26 PM

    BTW terima kasih kpd PH krn rekomenkan Pet Shop ni kat sy. Sy dah tngk dah, elok2 jalan2 dalam tu ada pulak satu staf (Wan namanya) citekan kat sy pasal PH & Hero. Lama jugak borak2 dengan dia, makin bnyk cite pasal Hero & PH ni sy temui. Rata2nya amat meruntun jiwa & perasaan...

    ReplyDelete
  4. Dekat situ ada jual prerie dog tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular