Terima Kasih Mommy - dari Hero

Alhamdulillah...Pada hari Jumaat yang mulia ( semalam ), apa yang PH mohon selama ini telah termakbul...Syukran sangat-sangat...Setiap kali doa di antara dua khutbah ( KLIK SINI ), PH akan memohon sesuatu kepada Allah SWT...Apa yang PH minta, biarlah ianya menjadi rahsia antara PH dengan Dia...Selama PH berblogging, PH tak pernah jangka bahawa blog kendalian PH ini akan pergi sehingga sejauh ini...Setiap manusia perlu berusaha untuk meningkatkan apa yang sedia ada, namun tak semuanya memiliki tuah...Tetapi, Dia telah beri PH tuah itu...PH adalah di antara insan yang terpilih barangkali...


Anda juga boleh menjadi insan yang terpilih sekiranya anda berusaha...Rezeki ada di mana-mana, tinggal kita sahaja yang kena bijak mencarinya...Allah amat menyukai dan akan berserta dengan orang yang sentiasa berbuat baik dan berusaha memperbaiki amalnya..Insyaallah...
Pada hari Jumaat malam ( semalam ), PH telah menerima panggilan telefon dari sebuah petshop...Pemanggil tersebut memberitahu yang dia akan datang ke rumah PH jam 8 malam untuk menghantar hamper...Ada seseorang telah mengirimkannya khas buat Hero...Hati PH tiba-tiba berdebar...PH membayangkan hamper tersebut rupanya seperti hamper yang biasa bentuknya seperti yang terdapat di pasar-pasar raya ketika hari perayaan...Namun sangkaan PH meleset sekali...Barangan hamper yang dihantar penuh satu van...Hati PH semakin berdebar-debar...Banyaknya hamper sampai satu van ni...?  ( bisik hati PH )..MH pun kelihatan terkesima ketika itu...Inilah barangan hamper yang dimaksudkan...Alhamdulillah...Air mata PH tak semena-mena bertakung, tapi cepat-cepat PH cover sebab malu kat owner petshop tu nanti...hehehe...Dah tua pun nanges....adeehhhh...Mana tak nangis...? Baru jer PH memohon pada Allah ketika solat Jumaat semalam....Sesungguhnya, Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa sahaja hambanya yang meminta...Jangan malu berdoa yer... :)
Barangan yang terdapat di dalam hamper tersebut berupa makanan premium jenis biskut dan makanan basah ( wet food ), front line, medicated shampoo, susu premium untuk kucing ( 13 kotak ), tandas kucing, cat tree, pelbagai jenis vitamin dan banyak lagi suplemen-suplemen lain untuk Hero....Anak-anak angkat PH yang lain juga mendapat tempiasnya...Ada suplemen untuk mereka juga...





Kembang kempis hidung Hero melihat hadiahnya...Mula-mula dia tengok-tengok dulu....




Lepas tu check-check kawasan....lucu PH lihat keadaannya ketika itu...



Siap lompat lagi cat tree tu...Dia suka la tu kan...? Tapi, dia tak dapat menggunakan cat tree tu seperti anak-anak angkat PH yang lain atas sebab kekurangannya....Tapi tak per lah Iyo....Mommy kamu amat-amat sayangkan kamu...PH yakin Hero juga amat menghargai insan yang memberinya hadiah ini....


Si kembar PH pun sukakan cat tree ni....Comel betul....



Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka...Malam tu, PH sekeluarga pun pergi ke sebuah restoran yang selalu kami jamu selera di sana....Lebih kurang 10 minit selepas itu, PH dikunjungi oleh seekor makhluk Allah yang sangat-sangat comel tapi comot...Hah...!!! Memang tepat pada masanya...Kesian betul PH tengokkan keadaannya yang tak terurus....Lepas tu PH meronda di sekeliling restoran tersebut manakan tahu ada adik beradiknya yang lain...Tapi tak ada pun...Hanya dia seekor sahaja..PH syak makhluk comel ini dibuang...Haisshhh...!!!! Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia ni....


PH namakan anak kucing ini Leena sebab PH jumpa dia di Restoran Sri Leena Semenyih.....Orang-orang Semenyih mesti tahu restoran ni :)



Hai Leena...Say hai to untie-untie and uncle-uncle semua....



Lepas ni, Leena nak makan Royal Canin pulak...hehehehe

P/S dari  Iyo Buat Mommy :


Iyo tak tahu nak cakap apa sebab Iyo hanya boleh mengiau jer..Tapi, lepas ni Iyo akan gendut lagi untuk tatapan Mommy yer...


P/S dari PH buat anda semua :
Buat baik pasti dibalas baik...Buat jahat pasti dibalas jahat...Jangan malu meminta kepadaNya...Insyaallah, apa yang kita minta pasti akan dapat asalkan kita berusaha...Kalau apa yang kita mohon tu masih belum termakbul, tingkatkanlah amalan baik kita kepada sesama makhluk hatta binatang sekalipun....Kalau hati anda berbunga-bunga selepas baca entri ini, 'SHARE' kan kepada kawan-kawan :)

All the best :)

Selamat Datang kepada anda yang baru sahaja mengikuti blog PH...Sama-samalah kita memartabatkan maruah pencinta haiwan...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. alhamdulillah!
    siapa yang baik hati bg tu PH?
    semoga Allah merahmati dan memurahkan rzeki beliau.

    ReplyDelete
  2. Hukum karma.....

    Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari ye, PH. Iyo itu sangat ISTIMEWA. PH dan MH adalah di antara insan2 terpilih untuk menjaganya selagi hayat masih ada. Semoga sentiasa dirahmati....

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdullillah... suka nye akak tgk byk2 gitu... best!!!!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. aduhai..asal tgk hero ney mo ngis jak eh.. kesian betul T_T

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. setiap kepayahan kita untuk membela nasib makhluk lain tu ada hikmah & kebaikannya. Semua makhluk dlm dunia ni ada rezekinya masing2.. cuma kita x tahu sumbernya datang dari mana & cara apa. Jadi jgn takut untuk menumpangkan haiwan2 terbiar di rumah kita kerana takut tak mampu bg makan sebab rezeki utk dorang Allah dah sediakan melalui apa juga caranya.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..Alhamdulillah.. rezeki utk iyo n sedarenye...

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah..murah rezeki hero..
    sedihnya tgk hero nie..
    mau nangis ifa kalu jumpa hero nie..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...amin...semoga ph & keluarga beserta iyo & adik beradik lain bertmbah bahagia...kpd penderma tersebut semoga dimurahkn lg rezeki & lebih ramai lah spt mereka....

    ReplyDelete
  9. gendang gendut tali kecapi, syg iyo, bagi gendut lagi muahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...baik btl hati org yg memberi 2 kan...semoga rezekinya bertmbh2...amin...amboi kemain suka iyo dpt hadiah... :)

    ReplyDelete
  11. Ya Allah moga dimurahkanlah rezeki si pemberi ni...nak nangis nia tengok lambakan hadiah2 ni..dengan cat tree nya lagi...Terima kasih buat pemberi -i guess she's known as mommy eh?- terima kasih pada PH for taking care of the furrrrrrrrsssssss~~! Kalau ada kereta nak sangat melawat budak2 ni... T_T

    ReplyDelete
  12. Dzulkifley Mohd. SaidOctober 30, 2011 at 1:42 PM

    Salam. Nampaknya papa hero nie nangis lagilah.. Tapi takpelah, jangan malu nak nangis kat taukey petshop tu. Air mata juga hak lelaki, mana aci perempuan aje nak nangis.. Anyway syukur alham-dulillah, ada juga insan berhati mulia sanggup sedekah barang2 kucing harga ribu-ribu kat PH. Murahlah rezekinya selamatlah hidupnya, Amin Yarabbal Alaminn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular