Bagaimana Rasanya Kalau Bagi Anjing Jalanan Makan...???

Anjing ni namanya Si Tiger...Semenjak Si Bear menghilangkan diri, Si Tiger ni lah yang 'menjaga' rumah PH...Wajahnya memang bengis dan menakutkan, tetapi hakikatnya dia adalah seekor anjing yang sangat cerdik dan taat...PH akui memang selalu beri dia makan dan minum di luar pagar rumah...Umur Si Bear dalam lingkungan 5 bulan tapi badannya sangat besar...PH pun jarang jumpa anjing baka macam ni....Ye lah, memang anjing ini najis berat tetapi sebagai umat Islam kita telah pun diberi garis panduan yang lengkap tentang cara-cara untuk bersuci...Untuk sertu atau samak, ianya tidaklah sesukar mana..Teruskan membaca, Di akhir entri ini PH ada upload video mengenai cara-cara untuk samak...


Sebagai seekor anjing yang masih 'budak' lagi, Si Tiger juga mendambakan kemanjaan...Dia tidak pernah mengejar orang yang lalu lalang...PH selalu bisik kat telinga dia supaya jangan kejar orang, nanti orang marah lepas tu komplen kat majlis daerah...Samada kebetulan atau sebaliknya, sehingga kini Si Tiger memang tidak pernah mengejar orang yang lalu lalang di depan rumah PH...Paling tidak pun dia menyalak jer...



Suka betul dia bila PH belikan tulang plastik tu...Biasanya pemilik anjing akan bagi benda ni untuk suruh anjing dia diam dan tak menyalak...Anjing adalah makhluk yang boleh dilatih...Kalau baik yang dilatihm maka baiklah perangainya...Kalau ia dilatih menjadi garang, maka garanglah ia, tak kiralah apa baka anjing sekalipun...



Kalau PH balik kerja, selalu juga PH main kejar-kejar dengan Si Tiger ni...Anjing yang hitam ni PH namakannya Si Joget, anjing milik jiran PH yang kadangkala melepaskannya...Dia pun tak kejar orang...

Kalau tak boleh tonton di sini, sila KLIK SINI

Baru-baru ni, PH terdengar bunyi pagar rumah PH seperti digoncang...Ia berlaku dalam pukul 4 pagi...Oleh kerana risau, PH pun pergi menjenguk untuk melihat apa yang berlaku...Rupa-rupanya, Si Tiger ni yang goncangkan pagar rumah...Dia kesunyian, nak ajak PH main...Tak sampai hati pula PH melihat keadaannya...Alang-alang dah keluar dari rumah tu, PH layan Si Tiger ni kejap...Pada waktu ni PH baru jer balik dari tapau nasik untuk si kembar..Tiba-tiba plak si kembar tu merengek nak makan padahal sebelum tu dah bedal nasik dua pinggan...Tapi takperlah, budak kalau nak makan jangan dihalang...

Kalau tak boleh tonton di sini, sila KLIK SINI

Ini pula Si Mimi ( PH yang pandai-pandai bagi nama tu...hehehe ) ...Sejak akhir-akhir ini selalu datang singgah ke pintu pagar rumah PH...Rasanya ni anjing belaan, mungkin tuan dia sengaja melepaskannya pada waktu-waktu tertentu, mungkin sebab malas nak bawa jalan-jalan...


Si Mimi ni amat bersopan santun...Telinganya selalu jatuh ke bawah sebagai tanda hormat kepada orang yang disantuninya...Masa PH pelawa dia 'kibbles', terdengar pulak bunyi wisel ( lolongan manja ) dari mulutnya...PH senyum jer sepanjang melihat dia makan...Tenang sungguh perasaan masa tu...



Lepas tu bila kenyang, Si Mimi pun beredar dari situ tanpa 'mengucapkan terima kasih'...Namun begitu, PH tersenyum apabila melihat dia berlalu pergi sambil melibas-libaskan ekornya yang sederhana panjang tu...Mungkin begitu caranya dia menyampaikan salam terima kasihnya kepada PH...


Nota PH :
Tontonlah video mengenai cara samak ini...Tak susah pun...Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda...

Kalau tak boleh tonton di sini, sila KLIK SINI

Anjing adalah makhluk ciptaan Ilahi yang amat istimewa...Percayalah...
Enhanced by Zemanta

Comments

Post a Comment

Entri Popular