Ukraine Digesa Hentikan Pembunuhan Kucing dan Anjing Jalanan
Kalau nak dicerita tentang kekejaman manusia ni memang tiada kesudahan...Kekejaman yang dilakukan ini tidak terhad kepada manusia sahaja, malah kepada semua makhluk di atas muka bumi ini...Mereka yang tidak berperikemanusiaan ini pula dilihat seperti seorang yang memiliki lesen besar untuk melakukan kekejaman di atas alasan pembangunan, pembersihan, program-program yang bertaraf antarabangsa dan pelbagai lagi...Bagi PH sendiri, alasan haiwan jalanan diperlakukan dengan kejam di atas alasan-alasan sebegini hanyalah alasan sampah dan dangkal....Ini adalah jalan yang singkat ( iaitu membunuh haiwan dan menarah bukit bukau ) untuk mempercepatkan proses-proses alasan seperti yang dinyatakan tadi...Bila cepat proses berlangsung, maka cepatlah mereka menerima imbuhan....Tidakkah mereka terfikir bahawa haiwan juga mempunyai HAKNYA untuk hidup...???
These bags are filled with stray dogs and cats that will be burnt alive in order to get them off the streets in time for the European Football Championship 2012 that is being held in Ukraine. Please raise awareness!......... T..T .. Tati Ambia |
PH terbaca satu status oleh saudara Ridzuan Ismail di Facebook yang kemudiannya dikongsikan oleh Pn Puspa Rani ( Presiden Malaysia Independent Animal Rescue ) mengenai kes 'pembersihan' anjing-anjing jalanan secara kejam yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Ukraine....Berikut adalah kisahnya yang dilanjutkan oleh PETA
Bahasa Inggeris
Did you know that in Ukraine, a dog or cat found wandering the streets can be shot on sight or poisoned and left to suffer? Their bodies are tossed into a cremation truck and burned, and some are reportedly burned while alive. It is estimated that in the city of Kiev alone, 20,000 dogs have already been killed in these cruel ways.
Ukrainian authorities are trying to "cleanse" the country of homeless animals before it hosts the European Football Championship in 2012. At a preliminary match between Germany and Ukraine in Kiev, members of PETA Germany and the Kiev Society for the Protection of Animals protested, calling on Ukrainian authorities to stop the cruel killings and asking the Union of European Football Associations to get involved.
Many German football players have now joined PETA Germany in publicly criticising Ukrainian authorities for the torture of these dogs and demanding that the city use humane methods to manage the homeless-animal crisis. The only solution to animal overpopulation is a spay-and-neuter initiative, but in the meantime, the city's unwanted animals at least deserve a peaceful, painless end to their lives.
Please contact UEFA and the Ukrainian Ambassador to the UK and politely urge them to stop these cruel killings immediately.
Bahasa Melayu
Adakah anda tahu bahawa di Ukraine, anjing atau kucing dijumpai berkeliaran di jalan-jalan boleh ditembak sewenang-wenangnya, diracun dan dibiarkan menderita sehingga mati? Bangkai mereka dibuang ke dalam trak pembakaran dan dibakar, dan ada beberapa laporan bahawa ada di antara mereka dibakar hidup-hidup. Dianggarkan bahawa di Bandar Kiev sahaja lebih 20.000 anjing telah pun terbunuh dalam cara-cara yang kejam.
Pihak berkuasa Ukraine telah cuba untuk "membersihkan" negara itu dari haiwan jalanan sebelum ia menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Eropah pada tahun 2012. Pada perlawanan awal di antara Jerman dan Ukraine di Kiev, ahli-ahli PETA Jerman dan Persatuan Kiev bagi Perlindungan Haiwan membantah dan menyeru pihak berkuasa Ukraine agar menghentikan segera pembunuhan kejam dan meminta Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah untuk terlibat.
Banyak pemain bola sepak Jerman kini telah menyertai PETA Jerman secara terbuka mengkritik pihak berkuasa Ukraine untuk penyeksaan ini anjing dan menuntut bahawa bandar menggunakan kaedah berperikemanusiaan untuk menguruskan krisis haiwan jalanan. Satu-satunya penyelesaian kepada kelebihan penduduk haiwan merupakan satu inisiatif yang memandulkan, tetapi dalam masa yang sama, haiwan yang tidak diingini di bandar ini sekurang-kurangnya berhak mati secara aman dan bukan mati dengan cara yang amat menyeksakan.
Sila hubungi UEFA dan Duta Besar Ukraine ke UK dan menggesa mereka agar menghentikan pembunuhan kejam ini dengan segera.
Apa Kata PH...???
Mereka menyangka bahawa cara mereka adalah cara yang bertamadun, padahal pada pandangan PH cara mereka adalah yang paling tidak bertamadun...Diberikan akal yang cukup, tapi masih malas nak fikir cara jalan penyelesaian yang baik...Dunia ini masih luas lagi, tak perlu nak dibunuh dengan cara membakar anjing tu hidup-hidup ataupun suka-suka nak tembak mati...Padanlah muka 'player' Jerman pun dah sepakat nak dengan PETA untuk membantah kekejaman ini...Kan dah MALU kena kritik....!!!
PH akan membantah keras sekiranya perkara sebegini berlaku di Malaysia...Ayat ini merujuk kepada membantah dengan cara yang berhemah dan mengikut saluran yang betul...
Diharapkan pihak kementerian yang bewajib di negara kita dapat memikirkan satu solusi yang baik sekiranya menghadapi perkara sebegini...
Sekiranya anda ingin menghantar petisyen bantahan secara online, sila KLIK SINI
Diharapkan pihak kementerian yang bewajib di negara kita dapat memikirkan satu solusi yang baik sekiranya menghadapi perkara sebegini...
Sekiranya anda ingin menghantar petisyen bantahan secara online, sila KLIK SINI
Comments
Post a Comment