Peniaga Mi Wantan Dipenjara Sehari...Apakah...???

Petaling Jaya -  Seorang peniaga mi wantan dihukum penjara sehari dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah mendera seekor anjing dengan menyimbah air panas pada badan haiwan itu 3 bulan lalu.
Majistret K.B Elena Hong TYze menyabitkan Ngiu Kok Kong, 42, hukuman tersebut selepas tertuduh mendera anjing jalanan baka Mongrel itu di Kedai Kopi Lucky, Seksyen 17 di sini pada pukul 7.30 malam, 7 Februari lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953 ( semakan 2006 ) yang membawa hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda maksimum RM200 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Veterinar, Chai Heong Onn.
Terdahulu, tertuduh memberitahu bahawa anjing liar itu sering datang ke gerainya untuk mencari sisa-sisa makanan.
"Anjing itu selalu buat kacau, saya tak boleh tahan lagi sebab itu saya simbah dengan air panas." katanya yang kemudian membayar denda itu.


Sumber : Kosmo!



Berikut pula adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang rakan PH di Facebook beliau...


Barangkali inilah wajah lelaki yang dimaksudkan...Apa yang buat PH agak pelik di sini, si pendera ini berkata anjing tersebut selalu mengganggunya...hmmm


Apa Kata PH...???
Kalau orang luar melihat senario undang-undang haiwan di Malaysia ni, dah tentu kena gelak...Yang si pendera anjing ni pulak, bagi PH dia yang berasa anjing tu kacau dia, padahal tak pun...Bagitahu jer kat Yang Arif tu yang dia memang tak suka kat anjing, tak perlu nak bagitahu kat semua orang yang anjing tu kacau dia..
Kalau kita tak suka anjing sekalipun, janganlah diapa-apakan mereka melainkan sekiranya nyawa kita diancam...PH tak rasa pun anjing Mongrel yang keding tu mengganggu orang awam...Dia cuma nak mencari makanan, itupun sisa jer...
Kepada pihak yang berkenaan, segerakanlah meminda dan menguatkuasakan akta haiwan...Ini kes yang kita nampak, yang kita tak nampak entah-entah ada beribu-ribu lagi...Cepatlah laksanakannya yer...



Comments

  1. Sehari jer??Cukup ker sehari kat penjara untuk mendidik dia jd "MANUSIA"?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular