KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Susulan Berita Terkini Mengenai Si Wira

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Friday, May 18, 2012

Susulan Berita Terkini Mengenai Si Wira

Posted by Papa Hero | Friday, May 18, 2012 | Category: , |

Alhamdulillah, Si Wira semakin sihat...Berdasarkan maklumat dan update dari Wira Fan Club, mata Si Wira tidak mengalami apa-apa kecederaan....Lukanya kelihatan semakin beransur kering dan menunjukkan tanda-tanda positif...Sebenarnya, bila difikir-fikirkan kembali, banyak pengajaran yang kita perolehi dari kisah pilu Si Wira...Walaupun ia ahnya seekor kucing jalanan, tetapi ramai yang telah bersatupadu dan memainkan peranan untuk mencari usaha menyelamatkannya...Di samping itu, hubungan di antara sesama pencinta haiwan juga semakin utuh dan mantap....Masing-masing turut melahirkan rasa simpati di atas apa yang terjadi...Inilah kuasa internet, kucing sakit di ceruk mana sekalipun boleh jumpa...PH ucapkan SYABAS kepada kalian yang turut sama-sama berkongsi gambar di Facebook dan mereka yang berkerat rotan berpatah arang untuk mencarinya...
Gambar di bawah ini adalah gambar terbaru Si Wira setelah beberapa hari berada di dalam jagaan Dr Marlia...


Berikut adalah kenyataan terbaru oleh pengendali halaman peminat Wira di Facebook :
Keadaan wira dijumpai...menitis air mata admin bile tgk wira pada waktu ni...wira seolah2 mengenang nasib nya..pada mula nyer wira cuba untuk pergi dari kami...tapi kami dpt pujuk dia...admin bentang kan kain dan baringkan dia...di situ admin dpt rasakan dia selesa jika dpt tido di atas tilam yg empuk...tapi dia x mampu untuk semua itu...T_T
 ·  · 


Pada masa silamnya, Si Wira ini hidup sebatang kara...Walaupun dia tidak mengenali ibunya, tetapi siapa yang tahu bahawa dia selalu merindui ayah, ibu dan adik beradiknya, kan...??

Buat Wira, semoga berbahagialah hendaknya di samping tuan yang baru...Kepada mereka yang prihatin terhadap Wira, teruskanlah menyayangi sekalian makhluk di alam semesta ini...



Nota PH :
Sama-sama berbakti kepada haiwan selagi masih ada hayat dikandung badan...
( Nama Wira memang senang diingat... )

Enhanced by Zemanta

Comments
6 Comments

Currently have 6 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. syukur semuanya baik2 shj..sedih sbnryer setiap kali tgk wira ni...lg2 gmbar mula2 jmpa tu...terima kasih kat semua yg bantu dia...korang mmg steady...ery turut tumpang gembira krn wira dah beransur sembuh...hnya Tuhan yg mampu bls kebaikan yg membantu dia ni...

  2. Ery, kim salam kat Memet...hehehe

  3. tahniah dan terima kasih kpd yg membantu Wira :))

  4. Inspirasi Wira

  5. Inspirasi Wira


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails