KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kucing Gemuk Luar Biasa Mati

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, May 9, 2012

Kucing Gemuk Luar Biasa Mati

Posted by Papa Hero | Wednesday, May 9, 2012 | Category: , , |

SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.

Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.


Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.


Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI


Sumber : Kosmo! 9 May 2012

Apa Kata PH..???

Telah hilang seekor makhluk Allah yang amat comel dan "RARE"....Walaupun PH tak pernah jumpa kucing yang amat istimewa ini, tetapi berita kematiannya agak meninggalkan kesan di hati PH...Itulah istimewanya aura haiwan comel ini...Tapi pada orang lain, PH tak tahulah macamana pula...
Apa-apa pun, sekalung ucapan SYABAS kepada mereka yang bertungkus lumus merawat, menjaga serta menyelamatkannya...


Nota PH :
Awasi diet kucing anda...


Comments
3 Comments

Currently have 3 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. comelnye...tp sygnya dah mati...

  2. Selalu tengok gambar kucing ni kat youtube...ala ciannyer yayeow~


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails