PH dan Hero di Majalah Petster
Pada 8 May yang lepas, PH menerima panggilan telefon dari seorang rakan aktivis haiwan dari MIAR iaitu Miss Rachel...PH diberitakan oleh beliau bahawa Majalah Petster ingin membuat 'Cover Story' mengenai kisah PH dan kucing-kucing yang PH pelihara...Masa Miss Rachel telefon, PH baru sahaja selesai mesyuarat dengan akitek...Dalam keadaan kepala yang tengah ligat berputar memikirkan masalah kerja-kerja di site, PH menerima berita ini dengan sedikit 'blur'....PH beritahu Rachel nanti PH akan telefon semula ( sebab fikiran tengah keliru masa tu )...PH memang begitu, kalau PH fokus kat sesuatu perkara, memang akan cepat jadi blur kalau ada perkara-perkara besar yang datang...
Beberapa minit kemudian, barulah PH hubungi Miss Rachel semula dan barulah PH faham akan ceritanya...Menurut beliau, jurugambar dari Majalah Petster akan datang ke rumah PH untuk sesi fotografi...PH menerima berita itu dengan hati yang terbuka...Maka, malam itu rumah PH didatangi oleh jurugambar profesional iaitu Mr Teng Wei dan Mr Edwin...
Dari gerak kerja mereka, memang nampak yang mereka ini tidak suka membuang masa....Sebaik sahaja mereka masuk ke rumah PH, terus mereka memasang gajet-gajet dan melakukan persiapan yang sepatutnya...Gambar di bawah ini menunjukkan Mr Edwin sedang memasang gajet 'Flash Light' nya...Seperti biasa, PH hanya membiarkan sahaja mereka membuat kerja....PH tidak mahu mengganggu fokus mereka...
'Budak-budak' kat rumah ni memang begitu perangainya...Memang tidak takut kepada tetamu yang datang...Macam tiada apa yang berlaku bagi mereka....Mood Hero pun tengah baik pada malam tu...
Hero dan Motet pun cool jer pada malam tu....
Profesion sebagai jurugambar sudah tidak boleh dipandang enteng pada masa sekarang...Jurugambar yang profesional sebegini kebanyakannya mempunyai peluang dan masa depan yang amat cerah...Mr Teng Wei juga mempunyai sebuah studio sendiri di Kelang...
Inilah di antara gajet-gajet yang digunakan oleh kedua-dua jurugambar profesional ini...Kalau tiada ilmu, tak guna juga kalau beli...Kita mesti tahu bila masa yang sesuai untuk menggunakannya, bukan main hentam ajer...
Setelah mereka berbincang, sesi fotografi pun dijalankan dengan hanya menggunakan lampu tidur yang terletak di sebelah televisyen...
Kebetulan masa sesi ini hampir berlangsung, masa untuk makan 'budak-budak' ni telah pun tiba...Masing-masing menunggu kat depan mangkuk piskis...
Hampir satu jam sesi fotografi berlangsung, maka inilah hasilnya....
Nota PH :
Menurut Mr Teng Wei, 'Cover Story' mengenai PH dan 'budak-budak' ni akan disiarkan di dalam Majalah Petster pada bulan May ini tapi PH tak pasti pula bila tarikhnya...Majalah ini banyak terdapat di petshop-petshop....
Buat team produksi Petster, PH ingin mengucapkan ribuan terima kasih...Justeru itu, sama-samalah kita memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia....Buat anda yang tidak kenal Petster, sila layari laman web mereka di sini
( KLIK SINI )...Mereka juga mempunyai ramai fans di Facebook ( KLIK SINI )
Sebelum ini, cerita mengenai PH dan rakan-rakan aktivis haiwan di JAKIM juga pernah disiarkan di dalam Majalah Petster ( KLIK SINI )
terbaik PH..:)
ReplyDelete