Warga Emas Mati Diserang Pitbull..Siapakah Yang Patut Dipersalahkan?

Oleh MAZLINA MAJID dan ATIKAH DALI
SUBANG JAYA - Rutin harian seorang lelaki warga emas berjoging mengelilingi kawasan perumahannya sejak 20 tahun lalu berakhir semalam apabila mangsa maut diserang seekor anjing peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 di sini semalam.
Kejadian pukul 9.50 pagi itu berlaku ketika Yip Sun Wah, 74, berada kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan telah hampir sejam berjoging di kawasan itu.
Ketika kejadian, mangsa seorang diri sebelum diserang seekor anjing jantan baka Pitbull peliharaan seorang penduduk.
Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian.
Serangan empat minit itu disaksikan seorang jurujual kereta yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mengambil kereta pelanggannya.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Addy, 44, berkata, dia cuba membantu Sun Wah dengan memukul anjing itu menggunakan payung tetapi gagal kerana haiwan itu enggan beredar.




Apa Kata PH...???

Hmmm....Apa reaksi kalian apabila terbaca berita di atas...??? Agak ngeri bukan..? Bagi PH sendiri, perasaan bercampur baur tu tetap ada...Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan, PH amat bersimpati tentang kedua-dua makhluk ini, iaitu mangsa yang mati dan anjing pitbull itu sendiri ( ucapan takziah dari PH sekeluarga buat keluarga mendiang Sun Wah, mangsa tragedi ini )...Di kala para pencinta haiwan di Malaysia sedang gigih cuba mengubah persepsi masyarakat terhadap anjing, timbul pula perkara yang tidak sedap didengar ini...Kerana nila setitik, rosak susu satu belanga... Ya lah, nama pun anjing kan...Sinonim pula dengan persepsi masyarakat bahawa "anjing selalu menyerang orang"...Tetapi PH harap masyarakat sekalian tidak hilang fokus akan ISU YANG SEBENAR...Isu yang PERLU DIFOKUS sebenarnya ialah di manakah letaknya kedaulatan akta-akta ataupun undang-undang terhadap si pemilik anjing.....PH harap kalian semua proses terlebih dahulu akan sebarang berita yang dibaca...Gunakanlah minda yang waras untuk mentafsir PERKARA POKOK yang berlaku...Kita juga kena tahu strategi pemasaran oleh kebanyakan pihak media untuk laris iaitu S.T.S :

1 ) Seks / Hiburan / Maksiat
2 ) TRAGEDI
3 ) Skandal politik


Info kes mangsa mati dan cedera diserang anjing


1 ) 24 March 2012 - Seorang budak lelaki terpaksa menerima 20 jahitan pada betis kiri selepas diserang tiga ekor anjing kelaparan ketika bermain bola sepak di Sungai Lalang, Kedah.


2 ) 19 Mac 2012 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera apabila diserang seekor anjing daripada baka Rottweiler ketika bermain basikal bersama seorang rakan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


3 ) 6 April 2012 - Seorang pelajar berusia sembilan tahun menerima 30 jahitan akibat diserang empat ekor anjing ketika berjaan kaki berhampiran rumahnya di Kampung Panti, Kota Tinggi, Johor...


4 ) 9 Januari 2011 - Seorang lelaki Ireland, Sullivan Maurice, 50 mati selepas digigit dua ekor anjing baka Mongol yang terlepas dari kurungan di sebuah ladang organik Teluk Bahang, Pulau Pinang.


Sumber - Kosmo! @  9 May 2012

Nota PH :

Berdasarkan info di atas, kalian semua FOKUSLAH apa isu pokoknya yang sebenar....Berfikirlah sejenak yer...Jika PH ditanya adakah anjing-anjing itu bersalah...?? Jawapan PH secara peribadi ialah anjing itu TIDAK BERSALAH...Itu memang sifat mereka...Dan satu lagi, anjing baka Pitbull, German Shephard dan Rottweiler Pitbull memang garang...Mereka adalah anjing yang boleh dibawa perang...Manusia itu sendiri perlu bijak menanganinya...
Wallahualam...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. xtau nak salahkan sape, at least tuan punya pitbull tu kena lah jga elok2, sbb pitbull tu bukan jenis yang manja or jinak kan. pitbull tu bukan berakal. sama2 anjing pon bleh serang. serang manusia tu apetah lagi. mane lah pitbull tu tau pk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular