Diari Hati Cik Sue Yahya
Hari ini genap seminggu perpindahan kucing-kucing saya yang sebanyak 90 ekor ke rumah baharu.
Hal ini disebabkan kami sekeluarga telah pun menerima surat amaran terakhir daripada pihak sekolah yang meminta kami membuang semua kucing-kucing peliharaan kami atau mereka akan meminta bantuan pihak Jabatan Haiwan untuk menyelesaikannya.
Saya yakin, jika Jabatan Haiwan turut serta dalam kes ini, mungkin tiada lagi hari esok untuk kesemua kucing saya.
Yelah, bagaimana mereka ingin menguruskan 90 ekor kucing sekaligus tanpa perlu menidurkan mereka untuk selama-lamanya?
Jadi disebabkan inilah, saya terpaksa mengambil cuti sabatikal selama seminggu dari USM untuk pulang ke rumah bagi menguruskan perpindahan kucing-kucing saya ke rumah baharu.
Pada mulanya, setelah selesai berulang-alik untuk melakukan perpindahan ini ke rumah baharu yang jaraknya hanya 15 kilometer dari rumah lama, beberapa ekor kucing saya telah pun melarikan diri.
Hati saya menjadi tidak keruan, risau jika sesuatu yang buruk terjadi terhadap mereka.
Saya sentiasa berdoa semoga kucing-kucing saya selamat dari sebarang malapetaka.
Alhamdulillah, dari hari ke hari yang mendatang, kucing-kucing saya beransur pulang ke rumah walaupun mereka masih takut-takut lagi dengan suasana baharu ini.
Akan tetapi masih ada beberapa ekor yang masih belum pulang lagi sejak seminggu yang lalu.
Anak-anak kucing saya pula kelihatan gembira sekali tinggal di sini kerana kawasan dalam & luar rumah baharu ini lebih luas untuk mereka bermain berbanding dengan rumah lama.
Jujur saya katakan, saya masih tidak dapat memaafkan mereka yang menjadi punca berlakunya peristiwa sebegini.
Setelah 50 tahun kami sekeluarga tinggal di rumah lama, tiada 1 pun wujud kes seperti ini.
Tetapi setelah muncul manusia yang bencikan kucing bermaharajalela di sekolah itu, hidup kami tak pernah lekang dek umpatan & kejian daripada mereka.
Sehinggakan anak buah saya yang bersekolah di situ turut menjadi mangsa amarah & ugutan guru yang tidak professional yang bencikan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini.
Akhirnya kami nekad untuk berpindah dari situ.
Biarlah kami mengalah & pergi sejauh yang mungkin dari mereka, tetapi saya akan pastikan bahawa Allah SWT akan melaknat mereka yang mencetuskan segala kesengsaraan yang kucing-kucing saya hadapi serta keluarga saya alami.
Kegembiraan mereka dengan ketiadaan kucing-kucing saya kini, tidak akan berpanjangan kerana Allah akan membalas balik setiap perbuatan yang mereka lakukan terhadap keluarga & kucing-kucing saya.
Akhir kata kepada mereka, jangan ganggu hidup keluarga & kucing-kucing saya lagi!
Sekian.
Nota PH :
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kucing-kucing ini dapat juga pembelaan yang sewajarnya...Tak ramai insan yang prihatin seperti ini...PH harap ada pihak-pihak NGO dapat mengenalpasti dan membantu insan-insan mulia seperti ini...
Kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan beban Cik Sue Yahya, bolehlah melakukan demikian dengan menghubingu beliau di link profile FB ini :
( http://www.facebook.com/sue.yahya.7 )
Comments
Post a Comment