KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kes Kucing Dibuang Di Pasar Ramadhan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Friday, August 10, 2012

Kes Kucing Dibuang Di Pasar Ramadhan

Posted by Papa Hero | Friday, August 10, 2012 | Category: , |

Baru- baru ini, PH, MH dan si kembar sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di sebuah pasar Ramadhan di Semenyih Sentral...Barang yang dibeli takdelah banyak manapun, bukannya apa...Takut nanti tak habis pulak...Nafsu makan di bulan puasa ni lain macam pula rasanya dari hari-hari yang biasa...Tapi si kembar ni berjalan dengan selambanya sambil minum air tembikai...Ramai yang terserempak dengan si kembar ni tersenyum lebar melihat keletah budak-budak ni....Agknya, macam tulah rupa kita masa kita kecil-kecil dulu...
Setibanya PH di penghujung pasar, PH lihat ada seorang kanak-kanak perempuan sedang asyik membelai-belai seekor anak kucing...Anak kucing tersebut nampak kurus sangat...Dalam hati PH berkata bagus budak ni, kecik-kecik dah sayangkan haiwan...Lalu PH pun mendekati kanak-kanak perempuan tersebut yang berusia dalam lingkungan enam tahun..Berikut adalah dialog PH dengan kanak-kanak perempuan tersebut.. :


PH : kucing siapa ni?

Budak : kucing saya, mak saya suruh letak kat sini jer sebab mak kata bila raya nanti nak balik kampung takder saper nak jaga dia.

PH : maknanya mak kamu suruh buanglah yer?

Budak : tak tahulah, mak cakap kalau lepas raya si Comel ni ada lagi kat sini, mak suruh amik balik.

PH : kalau lepas raya si comel dah tak de kat sini macamana yer?

Budak : saya cari kucing lain lah pakcik (sambil tersenyum dan berlari meninggalkan PH dan anak kucing malang tu)

PH seperti tidak percaya perkara ini berlaku di hadapan mata PH...Belum sempat PH nak tanya pasal ibubapanya, dia terlebih dahulu telah melarikan diri di celah-celah orang ramai...

Nota PH :



Kusangkakan panas sampai ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan turun di tengahari...PH ingat kanak-kanak ini nak bantu kucing ni, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya...Kanak-kanak ini telah dijadikan 'alat' untuk 'meletakkan' kucing tersebut di pinggir pasar Ramadhan ini...Lebih mendukacitakan, ibubapa tersebut telah menipu kanak-kanak ini....


Kepada para ibubapa, PH rasa kalian tahu apa mesej yang PH cuba sampaikan di sini....Maklumlah, nak dekat raya ni PH rasa makin ramailah orang yang melakukan perkara-perkara sebegini...


Anak kucing malang ini telah PH bawa pulang dan meletakkannya sementara di dalam sangkar di luar rumah...Pada malam itu, PH pun melakukan gerak kerja untuk mencari adopter kucing malang ini melalui Personal Message di Facebook dan SMS...Alhamdulillah, berkat doa dan harapan PH dua hari selepas itu ada seorang hamba Allah yang sanggup memelihara kucing ini dan beliau telah sanggup datang dari jauh untuk mengambilnya...Kami juga sempat bersahur bersama sehingga jam 5.30 pagi...
Enhanced by Zemanta

Comments
3 Comments

Currently have 3 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. sikap manusia makin kejam.. tak fhm la kenapa makin hari makin byk muka manusia tp hati mcm 'setan' geram plak rasa..

    Salam 21 Ramadhan PH :)

    Hero da ok ke kaki??

  2. Alhmdulillah kucin itu ade org pelihara.. Kesian kn senang2 da jage n buang je.. Kalo begitu jgn la amek kucing in the 1st place... Sikap kebodohan manusia mcm gini memang saye tak bole agree langsong.

  3. Saya dr kecik lg hingga la dh jd mak mmg sgt sayangkan binatang especially kucing....masa saya kecik saya x berapa dpt support drpd ibubapa saya utk bela kucing...klu jumpa kucing sakit pun mak ayah saya x bg bw balik utk ubatkan jd senyap2 saya bw ubat dan mknan utk kucing yg saya jumpa di luar tanpa pengetahuan mereka. Tp tu masa saya budak tp skrg saya dh jd mak...yg pastinya saya asuh anak2 supaya kesian dan sayangkan kucing walau bgmana cara skali pun


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails