Nasib Si Gegurl Yang Buta Mata Kanannya

Mungkin tak ramai yang tahu mengenai kisah pilu Si Gegurl ni...Kalau nak tahu kisahnya, sila KLIK SINI...PH penat nak taip....huhuhu
Bebola mata Si Gegurl ni terkena jangkitan kuman yang serius...Kalau di sentuh matanya yang bengkak tu, dia meraung sekuat hati...Itu sudah cukup menunjukkan keperitan yang dialaminya...Ini baru nasib kucing yang PH nampak, yang PH tak nampak entah macamanalah nasibnya...Kalau bukan kita sama-sama yang tolong mereka, siapa lagi yang nak tolong...kan..?? Dalam pada ini, ibubapalah yang harus menjadi contoh ataupun 'role model' kepada anak-anak di dalam sama-sama melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan....


Seperti biasa, PH akan merujuk kepada sahabat PH iaitu Dr Zul...Kata orang, sikap manusia berubah kerana dua perkara, iaitu buku-buku yang kita baca dan kawan-kawan yang kita kawan...Semenjak PH berkawan dengan Dr Zul dan Misi Rizal D'Gojes, mereka banyak berkongsi ilmu-ilmu kehaiwanan yang begitu sukar didapati melainkan hanya di institusi pengajian tinggi...Apa yang PH maksudkan di sini ialah sekiranya kita berkawan dengan orang yang positif, maka tingkahlaku kita juga akan turut berubah menjadi positif...Kitalah yang memilih hala tuju hidup kita...Maka, PH tidak menolak kemungkinan bahawa kerana kucing jugalah PH lebih teguh di dalam menentukan hala tuju kehidupan PH...PH lebih menghargai nyawa, berjimat cermat dan menilai erti persahabatan sejati....

Oklah, kita kembali kepada isu pokok...Kos rawatan Si Gegurl mencecah RM1146...Walaupun Si Gegurl ni hanyalah seekor kucing jalanan, namun PH gagahkan juga untuk berusaha mencari wang untuk menampung kos rawatan bagi si comel ini...Bukannya apa, kesian pulak PH tengok nasib dia ni...

PH tak ingat bila tarikhnya, Dr Zul telah melakukan pembedahan ke atas Si Gegurl dan keputusan drastik terpaksa dibuat iaitu membuang bola mata kanannya yang dijangkiti kuman yang serius...Sekiranya matanya dibiarkan, ianya bakal menjejaskan nyawanya....


Si Gegurl juga mempunyai masalah Hernia ataupun kerosakan organ dalaman...Ususnya lari dari kedudukan asal tanpa dikenalpasti apa puncanya...


Alhamdulillah, sekali lagi Si Gegurl telah dibedah....Ususnya telah diperbetulkan semula oleh Dr Zul...Pembedahan ini termasuk sekali dengan proses pemandulan....Jadi, jumlah kesemua bil rawatan bagi pembedahan Hernia, pemandulan dan pembedahan matanya telah PH sebutkan di atas tadi iaitu RM1146...


Sehingga kini, PH hanya berjaya mengumpul RM650 untuk rawatan Si Gegurl menerusi derma kilat untuk Si Gegurl yang pernah PH iklankan di laman Facebook Kakimotong Fan Club....



Nota PH :

Sehingga entri ini ditulis, PH masih membuka derma kilat untuk Si Gegurl bagi menampung kos rawatannya...Baki yang tinggal kini ialah RM496 
( kira RM500 lah tu )....Sesiapa yang berhajat untuk membantu PH bagi menampung kos rawatan Si Gegurl, silalah komen di bawah entri ini ataupun tinggalkan alamat emel...Paling tidak pun, SHARE kanlah entri ini di wall Facebook anda...manalah tahu ada kawan-kawan kalian yang ingin berbuat bakti...

Kalau nak komen di link Facebook Kakimotong Fan Club pun boleh...Insyaallah nanti PH akan reply dan follow up....Seperti biasa, apabila kutipan sudah cukup, PH akan hentikan kutipan derma kilat bagi Si Gegurl ni...

Comments

  1. Kesian dgn nasib gegurl..ph...boleh bagi no acc ..

    ReplyDelete
  2. haslinshamsurin9@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pls send me ur acc no. My email add is lydsari@gmail.com

      Delete
  3. sya pon nak tolong yg termmpu wlaupun sye still student..hu3..
    timm_bill91@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. plz sent me ur acc no.sunitayusoff@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Boleh minta number acc juga? bebeelawawa@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular