Susulan Berita Mengenai Si Wawa Yang Kakinya Terpusing Ke Belakang
Dah lama PH tak update pasal Si Wawa...Untuk makluman, pada Julai yang lepas PH menerima satu mesej dari salah seorang rakan Facebook PH iaitu Daboxx Muncit ( nama FB )...Berikut adalah kenyataan beliau di Fan Page Kakimotong di Facebook :
"Salam sy jumpa kucing kurang upaya ni di kedai mamak dkat umah sy, xtahan tengok dia di sepak2 olh org yg jijik melihat dia, sy bwak dia blik ke rumah, kaki dpannye trkulai ke belakang, mgkin dia perlu di rawat.. Sy harap ada yg sudi ambil dan jaga dia..tlg la sy sbb sy xsmpai hati nk biarkan dia di sepak2.."
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...PH amat sedih melihatkan nasib kucing ini...Syabas kepada Daboxx Muncit kerana amat prihatin terhadap kucing ini dan mengambil tanggungjawab untuk membawanya pulang ke rumah untuk diberikan perlindungan buat sementara waktu...Susulan dari berita ini, PH ada menguar-uarkannya di Facebook....Di samping itu, PH dan MH menjalankan gerak kerja menerusi Personal Message dan menghubungi mereka yang berpotensi untuk membantu dengan sukarela...Lokasi kucing ini dijumpai ialah di Sungai Buloh, terlalu jauh dari rumah PH...
Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya seorang hamba Allah yang amat steady iaitu Tuan Ashraf Mading dengan secara sukarela telah berjumpa dengan Daboxx Muncit di Sungai Buloh untuk mengambil kucing tersebut...Kebetulan pula beliau cuti pada hari tersebut...Pada hari yang sama beliau menemui Daboxx Muncit, beliau menghantar kucing ini ke rumah PH untuk tindakan selanjutnya....Gambar di bawah ini adalah gambar Si Remi ( kucing di bawah ) yang PH kutip dari Pejabat Pos Semenyih dan Si Mak Banang yang baru lepas menjalani pembedahan pemandulan...Tapi sekarang ni Mak Banang dah join anak-anak bulus PH yang lain di dalam rumah memandangkan keadaannya yang sudah sihat...
Memang sedih melihatkan keadaannya yang daif...Jalan pun terhencut-hencut dan mukanya ada kesan melecet...PH diberitahu bahawa kesan melecet pada mukanya adalah kerana dia kerap menggeselkan mukanya semasa ditempatkan di dalam sangkar semasa di dalam penjagaan Daboxx Muncit...Namun begitu, kesan melecet ini tidak serius...Biasalah tu, mungkin dia takut...
PH tidak pasti mengapa kakinya jadi terpusing ke belakang...PH tidak berani membuat andaian selagi tidak mendapat maklumat perubatan dari doktor haiwan...Seperti yang dirancang, PH membawanya berjumpa dengan Dr Zul di Seri Kembangan...Kucing ini PH beri nama Si Wawa...Pada keesokan paginya, PH pergi ke rumah Dr Zul untuk menghantar Si Wawa kerana kebetulan beliau mahu pergi ke UPM secara terus dari rumahnya....
Nota PH :
Berita terbaru yang PH perolehi dari Dr Zul semasa melawat Si Wawa baru-baru ini di kliniknya, selepas di X-ray di UPM kakinya yang terpusing ke belakang itu disahkan adalah disebabkan oleh kecacatan semenjak lahir lagi...Sehingga entri ini ditulis, Si Wawa masih di dalam pemantauan Dr Zul kerana dia masih di dalam tempoh perubatan...Insyallah, PH akan ambil dia dan bawa pulang ke rumah dalam masa terdekat ini....Si Wawa disahkan sihat....
Syabas dan jutaan terima kasih buat Daboxx Muncit dan Tuan Ashraf Mading kerana mengambil berat tentang Si Wawa...Tidak lupa juga kepada Dr Zul dan Misi Rizal D'Gojes kerana memberikan komitmen sepenuhnya terhadap Si Wawa...
Kalau terjumpa kucing-kucing jalanan, janganlah disepak-sepak yer...Mereka juga bernyawa dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang harus diberikan kasih sayang...
Kesian dia tp syukur la kecacatan tu bkn disbbkan kekejaman manusia..bulat matanya..mudah2n Wawa sihat selalu dlm jagaan Ph & MH..Aminnnnn
ReplyDeleteKnplah di sepak2 krn cacat? Aduh manusia knp terlalu kejam. Terima kasih semua yg rescue Wawa... Saya doakan kamu semua senantiasa dirahmatiNya...
ReplyDeleteNnt inform ttg perkembangan si Wawa ni tau
ReplyDelete