Kisah Dua Beradik Si Comel Jalanan Yang Sangat Gendut...
Empat hari yang lepas, PH singgah ke Pekan Semenyih sebab MH nak beli barang keperluan kucing-kucing di rumah...Lepas menurunkan MH, PH meletakkan kereta betul-betul di hadapan Pasaraya Econsave Semenyih...Baru jer PH nak lentokkan kerusi untuk melelapkan mata kerana tidak cukup tidur, tiba-tiba PH ternampak ada seekor kucing dalam lingkungan 5 bulan bermain seorang diri di tepi jalan...Jaraknya dari kereta PH lebih kurang 20 meter...Sedang asyik bermain-main plastik beg plastik yang terbang ditiup angin kereta yang lalu lalang, kucing ini masuk ke bawah sebuah van...Kebetulan pula kelihatan pemandunya sedang menuju ke van tersebut untuk beredar...Apabila si comel ini muncul di bawah tayar van tersebut, pemandu ini menghalaunya dengan amat kasar dan di'syuhh' kan kucing ni sekuat-kuat hati seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa kucing ini mengganggunya....Digertak-gertaknya kucing tersebut dengan hentakan kaki sehingga kucing tersebut menjadi kecut yang teramat sangat....PH keluar dari kereta dan menuju ke van tersebut untuk mengambil kucing ini....PH dapat lihat wajah pemandu van tersebut dari jarak dekat...Berkopiah dan berjubah...Tetapi, PH cepat mengalihkan fikiran ke arah yang positif...Barangkali dia memang tidak suka kucing ataupun perangainya memang begitu...Niatnya juga mungkin baik kerana takut terlanggar kucing tersebut...Dia juga mungkin mahu cepat balik dan stress kerana anak kecilnya sedang menangis di rumah....PH nampak dia beli susu bayi....Alhamdulillah, kucing ini datang bila PH panggil....Comel sangat muka dia....Hati PH cukup tersentuh bila mendengar bunyi ngiauannnya...Sangat merdu...
PH memeluk tubuhnya sebaik sahaja dia datang ke kaki PH...Perut dia gendut sangat-sangat...PH yakin, kucing ini pernah bertuan satu ketika dulu...Badannya menggigil kelaparan...Tu lah, sape suruh loncat-loncat tadi...Kan dah lapar dan haus...
Seperti kebiasaan, PH santuni si comel ini dengan biskut makanan kucing yang memang PH sediakan di dalam kereta....Nampak sangat si comel ini masih belum tahu mencari makanan sendiri...Dia berbunyi-bunyi ketika makan...Barangkali, dia dah lama tak merasa makanan yang sedap-sedap yang pernah diberi oleh tuannya satu ketika dulu....Lepas PH menyimpan kamera, datang lagi seekor kucing yang seiras dengannya...Wahh..!!! Dua beradik rupanya dibuang sekali...Adeehhh....Takpelah, dua-dua PH bawa pulang...Malas pulak PH nak buka beg kamera semula nak ambil gambarnya...Takpelah, kat rumah papa pun boleh buat photoshoot, kan...?? Sebelum beredar, PH periksa juga keadaan sekeliling manalah tahu ada adik-beradiknya lagi...So far, tiada...Dari jauh, MH dah tersenyum tengok keletah PH dengan kedua-dua 'budak' ni...Along dan Angah dari dalam kereta tak habis-habis berkata "Yah...!!! Kucing Yah...!!! Comelnyaaaa....!!! PH memang didik mereka sayangkan haiwan....
Inilah rakaman video secara LIVE...Lihatlah sendiri dan tafsirkan...Agak-agak dah berapa hari kucing malang ni tak makan...
Buat masa ini, PH kuarantinkan mereka dulu di salam sangkar 3 tingkat di luar rumah...Sehingga entri ini ditaip, PH dan MH melakukan gerak kerja untuk mencari adopter yang penyayang untuk memelihara dua beradik Econsave ni...Satu hari 4 kali makan...Perghh...Kuat betul melantak 'budak' ni....Nampak suci jer muka mereka....
Nota PH :
Angka kucing di rumah PH ni selalu berubah...Bila orang tanya PH ada berapa ekor kucing? PH jawab kadang-kadang ada 19 ekor...kadang-kadang ada 17 ekor...kadang-kadang ada 22 ekor....PH pun pening dah...adehhh...hehehe
Apa-apapun, sekiranya kalian berminat untuk adopt kedua beradik ni, boleh hubungi PH yer...Budak-budak ni sihat dan lincah...
Nmpk sgt betapa laparnya dia... Mkn pun smbil2x tgk keliling tkut ada org nk amik mkanan dia.... Hehe...
ReplyDeletesalam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.
ReplyDeletehttp://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/
god job.. sy pn nk try smpn mknn kucing dlm keta.. mn taw nmpk kucing ley bg mkn.. klu bwk balik, mak bising.. kt umah byk da.. huhu..
ReplyDeletekucing pandai cari makan jd gendut..hehe
ReplyDelete