Mama Cat Dan Si Baby Pula Masuk Wad
PH percaya ramai yang dah tahu kisah pilu Si Mama Cat ni...Yang mana belum tahu, PH ceritakan serba ringkaslah yer...Mama Cat ni telah diselamatkan oleh Cik Sue Shaifudin...Menurut beliau, Mama Cat ini dipercayai telah dilanggar kenderaan di Putrajaya...Kebetulan masa beliau menelefon PH, PH berada di klinik Dr Zul...Tanpa berlengah, PH meminta beliau membawa Mama Cat ke sana...Masa mula mula PH melihatkan keadaannya, memang teruk dan agak parah kecederaannya...Rahangnya beralih dari kedudukan asal manakala matanya berdarah...Kalau nak tengok album gambar semasa kecederaannya masih baru, sila KLIK SINI...
Mama Cat dipelihara oleh PH sementara menunggu kecederaannya pulih...Lagipun, klinik Dr Zul tutup beberapa hari sempena Hari Raya Aidil Fitri...Gambar di bawah ini menunjukkan Si Mama Cat sedang berbaring di dalam sangkar...Di sebelahnya pula ialah Si Minnie...Mata kanannya buta...
Cuti Hari raya telah pun habis...Semalam klinik Dr Zul telah memulakan operasinya seperi biasa...Maka, PH bercadang untuk membawa Si Minnie dan Mama Cat ke klinik Dr Zul untuk pemeriksaan kesihatan....Beliau pun dah maklum mengenai perkara ini...
Akan tetapi, perancangan kita tidak semestinya sama dengan perancangan Allah SWT...Sebelum PH bertolak ke klinik Dr Zul untuk membawa Si Minnie dan Mama Cat, terlebih dahulu PH dan MH memberi makan kepada Hero & The Gang...Dalam pada budak-budak berbulu tu makan, MH perasan ada seekor kucing tak cukup...Rupa-rupanya kucing yang tiada di dalam 'majlis makan-makan' tersebut ialah Si Baby....Hairan juga PH, kenapa dia tidak mahu makan....?? Rupa-rupanya, mata Si Baby telah tercedera...Sehari sebelum itu, matanya telah dicakar oleh Mak Banang...Mak Banang ni memang agresif sikit dengan kucing-kucing betina kat rumah PH ni..Tapi yang hairannya dengan kucing jantan ok pulak dia, lebih-lebih lagi dengan Si Hector Badak tu...
Mahu tidak mahu, PH terpaksa membatalkan hasrat untuk membawa Si Minnie ke klinik...PH menggantikannya dengan Si Baby...Jadi, pada hari semalam PH hanya membawa Baby dengan Mama Cat...PH tak mampu untuk membawa mereka bertiga sekaligus...Lagipun, setakat ini Si Minnie sihat-sihat saja....Keadaan Si Baby lebih memerlukan perhatian....Kalau terlambat menerima rawatan, takut nanti ada masalah besar pada matanya...Untuk makluman, kedua-dua belah mata Si Baby ni ada selaput putih ( Katarak )...PH jumpa dia dua tahun yang lepas masa dia tengah kunyah puntung rokok akibat kelaparan yang melampau...PH jumpa dia masa hari jadi PH pada tahun 2010...
Mama Cat mendahului proses rawatan dengan Dr Zul sementara Si Baby diletakkan di ruang tamu dulu....
Selepas diperiksa oleh Dr Zul, beliau berpuas hati dengan keadaan Mama Cat..Alhamdulillah, inilah berkat PH dan MH tidak 'missed' memberi ubat pil yang dibekalkan di sepanjang tempoh PH dan MH menjaganya....Cuma, berat badannya turun mendadak...Mama Cat hanya makan sedikit sahaja...Saluran hidungnya terganggu dan ini mengakibatkan dia tidak boleh menghidu makanan...PH paksa Mama Cat makan wetfood dengan menggunakan picagari...Wetfood tersebut PH sebatikan dengan air yang sedikit kuantitinya untuk melancarkan proses menekan picagari...
Pemeriksaan terakhir Dr Zul terhadap Mama Cat pada hari itu ialah pada bahagian rahangnya...Kelihatan dengan jelas rahangnya telah beralih dari kedudukan asal...Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Mama Cat tidak mahu makan....
Ini adalah keadaan Mama Cat ketika kecederaannya masih baru...
Menyusuli rawatan seterusnya ialah Si Baby pula...
Dia tidak lalu makan, mungkin akibat menahan kesakitan pada matanya yang dicakar oleh Mak Banang....Matanya mengeluarkan lendiran yang amat banyak walaupun telah dilap beberapa kali..Ini amat merisaukan PH...
Si Baby banyak mendiamkan diri di sepanjang proses rawatan...PH belum pernah lihat Si Baby sugul sebegini....
Luka di dalam bulatan garisan berwarna merah inilah kesan akibat cakaran kuku Mak Banang...Lihat selaput kataraknya....Tebal juga kan..?? Untuk merawat katarak, kosnya amatlah tinggi dan bukan semua klinik haiwan boleh melakukannya kerana kekurangan kelengkapan instrumen...
Akhirnya proses rawatan pun selesai..Keputusannya, Si Baby terpaksa dimasukkan ke wad untuk tujuan pemantauan Dr Zul dan Misi Rizal Gojes...
PH tidak pernah kenal Si Mama Cat ni....Namun, PH berasa amat simpati dengan nasib yang menimpanya...Kasihan melihat kucing-kucing jalanan lain yang kurang bernasib baik tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kebanyakan khalifah-khalifah di atas muka bumi ini...Kalau bukan kita yang nak sayang mereka, siapa lagi yang nak sayang...Mungkin pilihan yang paling mudah ialah hanya membiarkan mereka di jalanan dan mati secara perlahan-lahan....Banyak haiwan-haiwan jalanan di luar sana matinya tidak berkubur...
Mungkin mudah untuk kita mengatakan bahawa mereka hanyalah haiwan....Namun perlu diingat, walaupun mereka ini adalah haiwan, tetapi mereka juga bernyawa...Nyawa adalah anugerah Allah SWT yang tiada nilainya....Kita tidak tahu bagaimana rupa roh kita dengan roh mereka...Barangkali rupanya adalah sama tetapi ditiupkan ke dalam jasad dan fizikal yang berlainan....Barangkali juga rupa roh kita ini sama dengan roh seekor kucing..Siapalah yang tahu kecuali Allah SWT....Oleh itu, janganlah kita sombong kepada haiwan-haiwan ini....Mereka adalah ibarat permata di dalam lumpur....PH percaya, setiap haiwan jalanan yang kita bantu ada rezeki yang akan menyusuli kita di kemudian hari....
Nota PH :
Doakanlah agar budak-budak comel ni tidak apa-apa....Lepas kes Si Mama Cat dan Si Baby selesai, PH nak bawa Si Minnie dengan Si Shark pula ke klinik haiwan, itupun tengok pada bajet juga...Tengoklah apa yang boleh dibuat nanti...
Comments
Post a Comment