Susulan Kisah Mengenai Si Jamek Yang Telah Didera Sehingga Patah Rahangnya

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Pembaca Yang Budiman...

Rasanya, ramai yang dah tahu tentang kisah malang Si Jamek, seekor kucing jalanan yang didera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab...Dua hari yang lepas ( 28 Oktober 2012 ) PH telah pergi ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan untuk membawa Si Jamek pulang ke rumah...Tempoh pantangnya di klinik sudah tamat, namun begitu penjagaan yang rapi amat diperlukan untuk menjaga Si Jamek...Ini adalah kerana dia telah menjadi seekor kucing kurang upaya ( KKU )...

Masa PH datang untuk mengambil Si Jamek ni, dia baru jer habis makan wet food...Akibat selera makannya macam gajah, habis satu badan terkena makanan...Alahai Si Jamek ni bertuah betul...Dr Zul pulak yang kena bersihkan muka dan badannya...Sememangnya, menurut Dr Zul kesabaran amatlah diperlukan oleh penjaganya...Air liur Si Jamek asyik meleleh jer, tetapi ia tidak sebanyak seperti masa mula-mula PH menjumpainya dulu ( KLIK SINI )


Inilah kesan jahitan akibat pembedahan 'Hernia' yang telah dilakukan oleh Dr Zul bersama-sama dengan pasukannya...Alhamdulillah, tiada komplikasi yang pelik-pelik berlaku terhadap Si Jamek selepas pembedahan tersebut...Setakat ini, setiap pembedahan kucing-kucing yang PH bawa kepada Dr Zul berjaya...Alhamdulillah, ini semua adalah dengan izin dari Allah SWT juga....


Dr Zul menunjukkan cara-cara untuk mengendalikan Si Jamek terutama sekali apabila membersihkan mukanya...Cara memegang kepala Si Jamek juga ada ditunjukkan....Menurut beliau, setiap kali makan, mulut dan muka pasti akan kotor kerana dia tidak mampu makan seperti kucing-kucing normal...Walaupun begitu, Si Jamek masih boleh memakan makanan kering ( kibbles )


Menurut Dr Zul lagi, pihak veterinar dari UPM menyarankan agar latihan fisioterapi dilakukan selalu terhadap Si Jamek walaupun rahangnya boleh diperbetulkan melalui pembedahan...Namun yang demikian, tiada jaminan bahawa rahang yang dibedah itu boleh sembuh sepenuhnya...


Gambar di bawah adalah laporan X-Ray dari pihak UPM...


Gambar di bawah ini pula adalah laporan X-Ray mengenai 'Hernia' Si Jamek...


Berikut adalah rakaman video penerangan dari Dr Zul mengenai laporan kecederaan melalui gambar X-Ray yang telah dibuat ke atas Si Jamek


Kini Si Jamek dah boleh dibawa pulang...Matanya kembali bersinar...Dia nampak kembali bersemangat untuk meneruskan sisa hidupnya yang sudah tua...Sekali sekala kedengaran bunyi dia mengiau tanda tidak sabar untuk pulang...


Kami tak sedar pula yang Si Jamek boleh melompat dari atas meja rawatan...Ini menunjukkan bahawa dia telah 'fit' dengan keadaannya sekarang...


Akhirnya, selesai sudah satu lagi tanggungjawab...Kalau nak difikirkan, perkara-perkara sebegini memang penat...Tetapi dengan berbekalkan semangat serta dengan bantuan dari orang lain, PH dan mereka yang terlibat di dalam usaha menyelamatkan Si Jamek telah membuahkan kejayaan....Tidak mungkin PH dapat melakukannya secara berseorangan...Dengan sikap muafakat di kalangan rakan-rakan PH, segala kepayahan dapat dipikul dengan begitu baik sekali...Si Jamek juga sudah PH carikan 'adopter' yang sangat bertanggungjawab untuk memeliharanya....

Jutaan terima kasih kepada Dr Zul, Misi Rizal dan Dr Hezri yang telah bertungkus lumus merawat dan menjaga Si Jamek bagi pihak kami semua...


Pn Siti serta suaminya, Saudara Fahmi juga turut hadir untuk melawat Si Jamek...Mereka berdua datang dari  Johor Bahru...PH mengenali mereka berdua melalui Facebook dan kami pernah berjumpa di Shelter Pekan Nenas, Pontian...


Nota  PH :

Alhamdulillah...Entri ini adalah penutup bagi kisah penderitaan Si Jamek yang telah dikongsi bersama-sama dengan kalian....Jika diizinkan oleh Allah SWT, entri seterusnya bakal menceritakan kehidupan bahagia Si Jamek pula...Kalau kita tidak menjaga hubungan sesama manusia terlebih dahulu, tidak mungkin kita akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah...
PH juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang juga telah sama-sama mengiringi perjalanan hidup Si Jamek dengan doa dan air mata...Sama-samalah kita berkongsi kepada masyarakat tentang perbuatan baik yang kita buat dan apa yang kita dapat pasca itu...
Mudah-mudahan, kisah hidup Si jamek dapat dijadikan iktibar kepada kita semua yakni haiwan juga berhak untuk meneruskan kehidupannya di dunia yang penuh dengan cabaran ini....Sama-samalah kita menanam azam untuk membasmi budaya melakukan kekejaman terhadap haiwan...Kalau bukan kita yang menegahnya, siapa lagi yang tegah....?

Comments

  1. Semoga Jamek gembira ngan tuan baru

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah akhirnya si jamek selamat menjalani pemedahan dan diharap sijamek sihat selalu serta ceria...disamping tuan barunya dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulilah..jamek slmt akhirnya.Walaupun jamek dah jadi kucing kurang upaya,sememangnya jamek nmpk tabah untuk meneruskan kehidupan dia.Semoga jamek dipanjangkan usianya..amin...

    ReplyDelete
  4. Sbnrnya kucing ni, walaupun dia dlm keadaan sakit, dia x kn show kesakitannya. Sbb tu la kite selalu beranggapan kucing tu ok walaupun hakikatnya x. Mcm yg kite sedia maklum, deria kucing sgt tajam. Mcn tu la jugak kalau dia sakit. Saya sebenarnya x berani nk baca blog bgini sbb sy cpt sedih dan tsentuh.. Bahkn terbawak ke mimpi. Sy sgt2 menghargai usaha PH dlm membantu kucing2 yg malang ni. Teruskn usaha anda. Semoga PH berjaya dan di rahmati Allah.

    ReplyDelete
  5. bila baca setiap entri membuatkan saya rasa gembira bercampur sedih.....lebih kepada sedih.....sungguh tahniah kerana menjaga haiwan peliharaan yg sangat Rasulullah saw sayangi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular