Anak Kucing Dilibas Kipas Enjin Kereta - Daging Tersiat Sehingga Menampakkan Tulang

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan

Baru-baru ini, PH pergi ke klinik Dr Azlan di Shah Alam untuk menyelesaikan perihal kucing-kucing DBKL yang telah berjaya dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan ( KLIK SINI )...Tiba-tiba PH terkesima buat beberapa ketika apabila terlihat seekor anak kucing yang sangat sugul...Mukanya pucat dan matanya memancarkan seribu kedukaan...Terasa lain apabila PH melihat fizikalnya...Terasa macam ada sesuatu yang tidak kena...Apabila PH belek dekat-dekat, PH mengucap panjang apabila melihat sekujur tulang kakinya terkeluar kerana dagingnya telah tersiat...Dengan tidak semena-mena, air mata PH mula nak bergenang tapi PH cuba untuk menahannya dari mengalir laju...Kasihan PH mengenangkan nasibnya....

Seorang sahabat PH iaitu saudara Razeef memberitahu bahawa kucing ini telah dijumpai dan dihantar oleh seorang individu yang berjiwa emas...Tidak diberitahu pula siapa gerangan yang menghantarnya....PH diberita bahawa kucing ini dipercayai terkena kipas enjin kereta...


Tidak tertelan air liur PH ketika merakamkan gambar ini...PH tidak dapat membayangkan betapa pedihnya azab dunia yang ditanggungnya...Dagingnya tersiat sehingga terlihat jelas tulang kakinya terjojol keluar....Kemungkinan besar kucing ini terpaksa diamputasi kakinya....


Nota PH :

Lihatlah dunia....Sedangkan haiwan yang tidak berdosa pun turut menerima ujian yang maha hebat dari Allah SWT, inikan pula kita yang bergelar manusia....Jutaan syabas PH ucapkan kepada individu yang sanggup bersusah payah untuk membawa anak kucing malang ini ke klinik Dr Azlan ( Kitty Cottage ) di Shah Alam...Pasukan veterinar Dr Azlan juga sedang berusaha sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik buat haiwan comel kesayangan Rasulullah SAW ini...

Jangan takut dan panik sekiranya kita berhadapan dengan situasi sebegini...Percayalah, kita tidak akan keseorangan untuk menghadapinya sekiranya kita menjaga hubungan sesama manusia...

In Shaa Allah...

Jom LIKE Page NGO yang baru PH tubuhkan di sini ( KLIK SINI )

Comments

Post a Comment

Entri Popular