33 Ekor Kucing Jalanan Berjaya Diselamatkan Oleh Team HERO Dari Dilupuskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Rasanya masih belum terlambat untuk PH menulis entri mengenai apa yang berlaku pada 3 Januari 2013 yang telah pun berlalu....Seperti biasa, PH dan Team HERO ( Pertubuhan Aktivis Haiwan ) akan pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL pada setiap hari Khamis jam 2 petang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan aktivis yang memperjuangkan hak haiwan yang selalu menjadi mangsa keadaan akibat keculasan sang manusia yang lari dari tanggungjawab....

Tetapi, pada tarikh tersebut ( 3 Januari ) PH tidak dapat hadir kerana PH ada tanggungjawab yang baharu iaitu menguruskan si kembar yang telah pun memulakan alam persekolahan ( KLIK SINI )...Akan tetapi, misi kali ini turut sama dipikul oleh anggota Team HERO lain di mana ianya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Amirul Hafiz, Saudara Nizam Alias dan Saudara Razeef...Alhamdulillah, dari jauh PH dikhabarkan oleh mereka bahawa kesemuanya telah berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan yang tidak diingini...Syukur Alhamdulillah....


Jumlah kucing yang berjaya dikeluarkan dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL Setapak pada kali ini agak besar iaitu 33 ekor kesemuanya...


Banyak juga anak kucing yang masih kecil telah ditangkap...Kesemuanya adalah kerana kehadiran mereka di jalanan telah diadu oleh penduduk setempat...Inilah akibat jika sang manusia lari dari mengambil tanggungjawab...Mereka selalu meletakkan masalah mereka ke atas bahu orang lain...Nak bela kucing tapi MALAS nak jaga...Sikap orang-orang sebegini adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab....Tidak perlu menuding jari kepada sang pihak berkuasa apabila kucing-kucing ini dilupuskan...Tidak perlu nak mengadu domba ke sana ke sini untuk memberitahu bahawa itu adalah kejam dan ini adalah kejam....Cubalah lihat perkara ini dengan mata hati masing-masing mengapa perkara ini berlaku...



Kucing-kucing yang ditangkap ini sememangnya akan dilupuskan sekiranya tidak dituntut dalam masa 7 hari....Perkara ini sudah pun termaktub di dalam perlembagaan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia telah pun membenarkannya ( melupuskan kucing yang ditangkap )...Jangan kita sewenang-wenangnya mengatakan bahawa akta itu adalah bodoh dan akta ini adalah kejam ( contohnya seperti Akta Kacau Ganggu )....Inilah akibatnya kalau kita selalu melihat sesuatu masalah itu dengan tersurat sahaja....Kita sepatutnya selalu melihat sesuatu perkara itu dengan perkara yang tersirat sekali...Sebagai contoh, kalau orang lain selalu meletakkan masalahnya kepada kita, agak-agak apa yang kita rasa...??? Kalau sekali dua tu mungkin kita boleh gagahkan kudrat untuk membantu, tetapi kalau ianya selalu berlaku kita pun naik menyampah dah...Begitu jugalah yang berlaku di dalam pusat kurungan haiwan ini...Bilangan kucing semakin penuh dan kandang kucing pula semakin sesak....Siapa pula yang nak ambil tahu...??? hmmmm...Dan kami sangat bersyukur kerana usaha ini telah menerima maklum balas yang positif dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( KLIK SINI )



PH ada menerima komen dari seseorang melalui Facebook...Begini lebih kurang bunyinya :

"Alaa..!!! Apelah sangat kalau binatang tu nak dibunuh pun....Dah nasib dia begitu kan..???"

Hmmm....Bersyukurlah kerana kita dijadikan sebagai seorang manusia yang berakal...Gunalah akal yang telah dibekalkan sebaik yang mungkin....



Kucing-kucing yang telah dikeluarkan oleh Team HERO pada hari itu telah dihantar ke Klinik Kitty Cottage yang diterajui oleh Dr. Azlan...Kucing-kucing dihantar pada petang itu juga untuk diasingkan mengikut jantina, umur dan taraf kesihatan....Kesemuanya akan melalui proses pemvaksinan dan pemandulan....


Pada malam keesokan harinya ( KLIK SINI ), tiba giliran PH pula untuk pergi ke Shah Alam ( Klinik Dr. Azlan ) untuk mengambil sebahagian kucing-kucing...Kucing-kucing tersebut adalah untuk dihantar kepada Dr. Zul pula bagi menjalani proses yang sama...



 Nota PH :

Untuk meneruskan kesinambungan usaha ini, PH amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membantu PH dan Team HERO terutamanya dari segi dana pertubuhan NGO aktivis haiwan yang telah PH asaskan...Sesiapa yang berhasrat untuk membantu menyalurkan sumbangan bagi menambah dana Team HERO untuk membantu menyelamatkan kucing-kucing DBKL, sila KLIK SINI....

Terlalu banyak rintangan yang kami lalui bersama tatkala menyelamatkan si comel ini, tetapi biarlah ianya menjadi rahsia kami....Mereka yang pernah menyertai Team HERO di Pusat Kurungan Haiwan DBKL Setapak pasti akan lebih memahaminya....Banyak ilmu baharu yang kami telah timba....Banyak juga pengalaman pahit dan manis telah kami kongsikan bersama, tetapi dek kerana muafakat bersama dan matlamat perjuangan yang jelas, kami telah berjaya mengharunginya dengan tenang dan sabar....Antara sedar dan tidak, sehingga entri ini ditaip telah 8 minggu tiada aktiviti pelupusan kucing telah berlkau di pusat kurungan haiwan ini....

Barulah kami tahu apa itu erti persahabatan dan pengorbanan yang sebenar-benarnya...Sekiranya kita tidak menjaga hubungan sesama manusia, mustahil misi sebegini akan dapat dilakukan....Usah ditanya kepada PH dan Team HERO yang lain samada susah atau senang menjaga kucing-kucing DBKL yang kami jaga buat sementara di rumah dan di klinik....Kesemuanya memerlukan pengorbanan....Menjaga mereka ibarat menjaga bayi yang baru lahir....


PH dan Team HERO tidak kisah jika dilabelkan sebagai membuat kerja bodoh dan 'takde kerja carik kerja...'...Ini berdasarkan khabar yang kami terima dari sesetengah pihak yang hanya tahu mengadu domba sahaja....Pada kami, tiada apa yang dapat menggembirakan selain dari melihat si comel semuanya selamat dan mendapat pembelaan yang sewajarnya....

Inilah yang membezakan minda seorang pencinta haiwan dengan minda seorang aktivis haiwan....Ketahuilah bahawa sesuatu perbuatan yang dipandang bodoh itu ( tetapi mendatangkan manfaat ) adalah perkara yang sangat sukar dilakukan....Kalau seseorang itu ada sifat ego, sombong dan riak ada di dalam diri, ianya sangat berat untuk dilaksanakan...Sekilas ikan di air, kami pasti akan tahu jantan dan betinanya....Buatlah sesuatu perkara yang baik mengikut kata hati, bukannya mengikut rasa....Kalau kita ikut rasa, kita akan binasa...Kalau kita ikut nafsu, kita akan lesu....

Dan kalau kita melakukan perkara yang dipandang bodoh, kita sebenarnya tidak bodoh, tetapi kita adalah seorang khalifah bijak yang telah melaksanakan amanah dari Allah SWT....Rasulullah SAW juga pernah dipandang membuat perkara bodoh ketika menyebarkan syiar Islam, tetapi Baginda buat juga kerana ianya adalah AMANAH dari Allah SWT...Segala amanah adalah datang dari Allah SWT dan sudah pastinya ada hikmah kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya....Biarlah sejuta penderitaan ditanggung oleh Baginda, asalkan umatnya terselamat dari seksaan api neraka...

Just Do It....

Comments

  1. bagi yang anggap kerja ni kerja bodoh.. takpe. cuma satu je nak cakap.. tak suka takpe, takde yg paksa utk sesiapapun libatkan diri tp cukup lah jgn melukakan hati org lain kalaupun taknak tolong. Bayangkan kalau manusia jalanan yg di tangkap.. dlm masa 7 hari tak di tuntut waris akan di lupuskan.. agaknya ada tak manusia akan cakap.. biarlah.. dah nasib dorang macam tu?? kalau ada bukan takat dia tak berperikemanusiaan tp dia memang bukan manusia jugak.. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih ,jutaan terima kasih saya ucapkankpada kalian atas jasa murni kalian, saya dokan semoga rezeki dn rahmat melimpah ke atas kalian . terruskan usaha murni ini

    ReplyDelete
  3. Biasanya mereka yg comment negative ni lebih bersifat hasad dengki. x boleh tngok org sng kn. kalau x suka, xyah sibuk2 btandang kt blog org n buat semak dgn komen yg x berfaedah .

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular