Di Sebalik Kurniaan Si Kembar Dari Allah Kepada Papa Hero....Dan Apakah 1001 Natijahnya.....??

Semalam 18 November 2011 adalah tarikh lahir buat Nur Adliana Yazrin bt Mohd Hairey ( Along ) dan Nur Adriana Yazmin bt Mohd Hairey ( Angah ) yang ke-3...Hmmm...PH tak pernah menjangka yang PH dikurniakan mereka yang comel ni oleh Allah SWT...Di kala diri ini dibelenggu bermacam-macam dugaan dan hampir menyangka bahawa diri ini tidak dipandang olehNya, tiba-tiba rasa keinsafan terus melekap di lubuk hati PH...manakan tidaknya, di kala PH teruk 'dibelasah' oleh seorang 'Construction Manager' Mat Saleh dari Australia di sebuah projek bangunan tinggi di belakang KLCC, di kala PH mengalami masalah peribadi  yang dikategorikan oleh seorang ustaz sebagai 1 dalam sejuta, setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga tetapi masih belum mempunyai zuriat.....akhirnya PH diberita oleh salah seorang doktor swasta bahawa MH telah mengandung dan di dalam perut MH ada 2 bayi...Syukur Alhamdulillah PH tak lekang dari bibir....


PH dapat rasakan semuanya berlaku selepas PH menangis di sebuah masjid ketika sembahyang Jumaat....Tatkala para jemaah selesai sembahyang dan berebut keluar dari masjid, PH masih bertimpuh di atas lantai simen dengan perasaan yang cukup hiba....PH betul-betul memohon pada Allah SWT meminta dipermudahkan segala urusan PH seharian dan memohon dikurniakan anak...sebelum itu, doa-doa itu PH mohon ketika doa antara dua khutbah....dan PH sambung lagi selepas selesai solat Jumaat....Pada ketika itu, PH dah pasrah sangat2....PH tertekan sangat pada waktu itu...masa tu blog kakimotong belum pun wujud lagi...Hero masih di rumah seperti biasa...


Dan Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar sehinggalah sekarang kecuali masalah 1 dalam sejuta tu....dari kecil hingga besar masih belum lagi selesai.....tetapi, semenjak kehadiran Along & Angah, masalah itu seolah-olah terkubur....PH juga dikurniakan seorang isteri yang amat penyayang dan sanggup berada di sisi PH ketika PH susah.....Ini membuatkan PH lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan....


Keadaan rumah PH riuh-rendah dengan hilai tawa dan tangis si kembar ni....Barulah PH faham kenapa PH perlu mengharungi pelbagai dugaan hidup...Yang tak bestnya, PH tak pernah lekang dari masalah semenjak berusia 6 tahun ( seingat PH )


Ape2pun, PH tak akan mengalah...PH tak mahu toleh ke belakang lagi....


Kalau kita dilanda masalah berat macamana sekalipun, ianya adalah titik tolak untuk kita mengubah cara hidup kita....mungkin selama ni kita lupa padaNya.....


dan setiap ujian serta dugaan tu adalah pembayang atau 'hint' untuk kita kembali padaNya....


Bagi mereka yang terkandas di dalam ujian serta GAGAL, maka tak hairanlah ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri, membunuh orang lain malahan ibu bapa sendiri pun ada yang dibunuh....


Ini bermakna mereka telah putus harapan...putus asa...tiada lagi pegangan hidup dan yang lebih teruk lagi tiada pegangan agama....orang yang membunuh diri adalah terkeluar dari agama Islam kerana mereka sudah tidak mempercayai hanya Tuhan yang boleh menolong mereka....


Janganlah kita bersangka buruk pada Allah....


Janganlah kita abaikan tanggungjawab kita.....


Andaikata ada ucapan serta tingkahlaku sahabat handai yang mengguris hati kita, maafkan sahaja...sesungguhnya perkataan maaf itu adalah lebih manis dari madu yang paling sedap di dunia......

Tiada ungkapan maaf yang tidak ikhlas di dunia ini melainkan orang itu sendiri yang tidak mahu merendahkan diri menerima ungkapan maaf dari orang yang telah mengguris hatinya ( dapat ayat ni dari seorang ustaz di radio IKIM.FM pukul 6.30 pagi )...terpulanglah pada persepsi masing-masing mengenai ayat2 ini....

PH dah maafkan semua orang yang PH kenal  samada Offline ataupun Online....PH tak kisah samada ungkapan maaf PH dianggap sebagai sindiran, tak ikhlas atau apa2 pun persepsi yang negatif....PH tiada sifat Ma'asum seperti para Ulul Azmi....


Kesimpulannya, setelah kelahiran Along & Angah PH banyak belajar tentang kehidupan....PH akan cuba beri yang terbaik buat keluarga yang PH bina.....


Terima kasih kerana selalu mengikuti perkembangan kami sekeluarga termasuklah kucing-kucing jalanan kami....Anda juga adalah sebahagian dari hidup kami sekeluarga....



P/S :
Nak pi solat Jumaat...hu hu hu

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. syukur pada NYA...insyaAllah....

    ReplyDelete
  2. syukur ke hadrat Illahi...PH di kurniakan 2 kembar yang comel²...murah lagi rezeki...Insyaallah...^^'

    ReplyDelete
  3. =)
    masalah adalah teman kehidupan kita & juga ujian kesabaran kita kepada NYA..
    bila kita di uji, makna nya, Allah syg kan kite..
    Allah syg kan PH.. syg kan semua makhluk Nya..
    semoga kita sama2 diberi kesedaran & hidayah dari Nya... aminn~

    ReplyDelete
  4. selagi kita hidup dugaan itu akan sentiasa ada, ianya utk menguji tahap keimanan kita terhadap yg Maha Esa

    yg pastinya setiap yg terjadi itu pasti ada hikmahnya :)

    selamat hari lahir utk si kembar, semoga mereka membesar menjadi anak yg solehah, amin...

    ReplyDelete
  5. ALLAH tidak akan menduga kalau hambaNYA tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut..

    ReplyDelete
  6. papa.
    alhamdulillah..rezeki itu Tuhan kasik bila kita sudah berusaha.
    alhamdulillah hidop papa telah lengkap dengan bayi dan binatang peliharaan yang comei.
    alhamdulillah....sehingga kini kita juga masih bernafas.
    semoga papa dan keluarga sentiasa dilindugi Tuhan.
    amin

    ReplyDelete
  7. ~kupt~

    Alhamdulillah~ muga Allah s.w.t memudahkan segala urusan PH,,
    Aminn....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular