Always Remember, God Make No Mistakes..
Dari lapan ekor, kini tinggal berempat jer...Salah seekor dari 4, tu jiran PH dah adopt...Adik beradik Si Bobby ni dah dipelihara orang..Adopted la tu...he he ..Alhamdulillah...sekurang-kurangnya kebajikan mereka terpelihara...Tak ada la yang hidup merepmpat dan bersepah-sepah...Silap haribulan, kena angkut pula dengan majlis perbandaran...Tak tahulah apa nasib mereka apabila diangkut...Yang PH tahu, majoriti anjing-anjing yang dikategorikan sebagai 'liar' akan dibunuh dengan cara Put To Sleep ataupun bahasa kasarnya ISM ( Inject Sampai Mati )...
Si Baby ni tinggal nak tunggu tuan barunya ...Kesian kan tengok muka dia..Sayu jer....Tapi nakal ya amat..muntut dia selalu PH babab...Bila babab dia keluarkan bunyi wisel macam merajuk...alahai...comel sungguh...
Yang sebelah kanan tu pula Si Bebo...Pun tengah tunggu masa tuan barunya ambil...
Kalau nak difikirkan dalam-dalam, kehidupan haiwan jalanan di Malaysia memang tak ada masa depan langsung....Benci pun ada kalau nak difikirkan...Kita sebagai khalifah di muka bumi tuhan inilah yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga mereka...
Inilah Si Bebo...
Haiwan juga ingin dipuji kalau mereka berjaya membuat sesuatu perkara yang baru...kadang-kadang ada yang minta upah...Macam Si Bebo ni....Tengoklah betapa bangganya dia dapat gonggong tulang....Kita patut memberi pujian ke atas perubahan yang telah mereka lakukan sendiri...Reward them...Tak salahkan...? Macam kita tecit2 dulu, marah tak kalau kita tolong mak tapi mak tak puji..? he he he..
Ini Si Bear...Nice and debubs...PH cuma setakat menjaga kebajikan mereka sahaja..tak lebih dari itu...Kalau tak, siapa yang nak angkat mereka yang selalu tergolek dok kat dalam longkang...?
Brownies ~ Adopted
Brown : Adopted
Bobby ( kanan ) ~ Adopted
Si Susie ni seolah-olah merelakan anak-anaknya di'adopt'....Mungkin dia pun tahu itulah jalan terbaik untuk meneruskan kesinambungan keturunannya...
Entah apa nama lupa plak ~ Adopted juga...
Gambar di bawah ni PH bersama Si Bear, belum adopted lagi...PH panggil dia Bear sebab muka dia macam beruang...he he
Menipu la kalau PH kata PH tak sentuh anjing-anjing ni...Mungkin gambar-gambar dan video di dalam entri ini menyinggung perasaan sesetengah orang...PH amat faham dengan semua permasalahan tu...Tujuan PH buat entri ini tak lain tak bukan untuk mengajak anda semua berfikir One Step Ahead...Buka minda seluas-luasnya...Di antara pendapat individu dan hukum adalah dua perkara berbeza...Ada individu terus cop orang yang menyentuh anjing adalah kafir dan tak sembahyang....hmm...itu amarah namanya, bukan hukum...Cuba buka balik buku Fiqah...Islam itu mudah sebenarnya...Janganlah pula ianya disusahkan dengan pendapat peribadi yang tidak begitu jelas matlamatnya....
Kini, sabun Taharah telah pun dicipta untuk mengatasi segala permasalahan hukum ini...Ianya telah dikaji sedalam-dalamnya oleh para ulama di Malaysia...Sabun Taharah boleh digunakan untuk menyamak najis berat...Sila Klik Sini untuk maklumat lanjut...
Tentang pakaian yang terkena anjing, itu bukanlah masalah besar...PH bukannya solat pakai baju ni pun...Baju ni pun PH sertu dengan sabun taharah juga...MH basuh secara berasingan dengan baju-baju lain...
Begini cara samak menggunakan sabun Taharah...Segala arahan terdapat pada kotak sabun ini...Jangan lupa disertai dengan niat samak..Memadai dengan niat :
"Sahaja aku samak untuk bersuci kerana Allah Taala"
Kemudian bilaslah dengan air bersih minimum 7 kali...kalau bilas lebih lagi bagus...
Kelebihan samak dan sertu :
1 ) Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit binatang
2 ) Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih
3 ) Menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan.
4 ) Supaya orang Islam berhati-hati di dalam menggunakan peralatan harian.
5 ) Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
6 ) Terhindar dari penyakit berjangkit.
Berikut adalah sijil pengesahan dari Mufti mengenai kesahihan sah menyamak dengan sabun Taharah ni :
Apa-apa pun, kerana haiwanlah kita bertemu di sini....Sebagai khalifah, kita diwajibkan untuk membina hubungan bukan sahaja di kalangan manusia berbilang bangsa sahaja, tetapi membina hubungan dengan haiwan dan alam sekitar...
P/S :
Kalau nak komen, komenlah sebagai orang yang dewasa dan matang yer....PH mempertaruhkan entri blog ini untuk anda semua menilai dan mengubah semula apa persepsi anda selama ini terhadap anjing yang dianggap jijik oleh masyarakat kita...hmmm...Undang-undang dah la tak boleh pakai, janganlah kita memburukkan lagi keadaan...Anjing juga makhluk Allah...Kalau kita tak suka, tak mengapa tetapi janganlah ia dihina..Sesiapa yang menghina makhluk ciptaan Allah, bagi PH mereka adalah orang yang tidak bersyukur diciptakan sebagai seorang manusia...Always remember :
God Make No Mistakes...
each n every time bile bace anything about "susie n kiddos" hati ni sgtt tersentuhh....u n MH did a good jobb....keep it up!
ReplyDeleteoh! comelnya mereka...debab debab semuanya
ReplyDeletenice entri PH ;)
Dedicate to PH & MH..rili salute dgn kamu yg sgt prihatin walaupun ada sesetgh org melemparkan tuduhan yg kurang baik di atas sebab agama Islam...baguslah dgn wujudnya sabun tharahm dpt menutup mulut org2 yg "alim" tu yg pandai sgt megata org....hmm, kawan karib CH ramai yg bragama Islam, ada yg menjaga anjing juga..kata mereka, "asal kita buat perkara yg baik...dikira berpahala...klu ada yg bertudung semata2 utk tutp aurat but sepak/dera binatang...mmg dosa..: kata mereka...yg penting makhluk ciptaan Tuhan berhak utk hidup dan bukan dihina...=)
ReplyDeleteooppss...ejaan silap " sabun Tharah" bukan sabun tharahm..sori ...=p
ReplyDeletedulu anis penah tgok Al Kuliyyah x silap, cter psal sabun ni...bgus kan, senang nk samak...PH beli mna ea?? x penah jumpa pon..
ReplyDeleteanyway puppies 2 comel la...tingin nk cubit2...
ada jual kat toko2 jamu cik anis, harganya RM5.90 jer ;)
ReplyDeletekat rumah ni pun memang standby
Kalau x silap, kalo kite kering anjing pun kering, x samak pun x pr kn? Betulkn sy jika salah.
ReplyDelete