Usah Ditanya Ke Mana Aku Pergi

Tika malam aku berbaring...
Merasai embunan malam nian....
Di suatu jalanan aman...
Yang berlantaikan batu...

Aku berhak untuk tidur...
Aku berhak untuk lena...
Aku berhak untuk bermanja...
Kerana aku masih anak ibu...
Kerana aku masih menyusui ibuku...


Usah ditanya ke mana aku pergi....
Usah ditanya bagaimana aku boleh melihat mayatku sendiri...
Kenapa kamu mengganggu tidurku....?
Kenapa kamu membiarkan aku melihat mayatku sendiri...?
Kenapa membiarkan ibuku menangis tanpa air mata...?
Kenapa membiarkan ibuku menguit mukaku yang terbaring kaku...?


Aku tak pernah menghalang perjalanan hidup kamu...
Jadi, jangan kau sekali-kali menghalang perjalanan hidup aku...
Tapi aku tetap bersyukur dapat kembali menemuiNya...
dan tunggulah giliran kamu pula
samada menerima azab atau seksa di dunia lagi...
samada kamu atau anak-anak kamu yang bakal menempuhinya
sekiranya kamu sengaja
membiarkan aku melihat mayatku sendiri...
dan membiarkan matiku tidak berkubur...

~ Dead Puppy ~
27.04.2011 @ 3am

P/S:
Mata berkaca awal pagi tadi...



Comments

Post a Comment

Entri Popular