Rangga Yang Jelita

Dah banyak kali PH siarkan kisah-kisah kucing jalanan yang dibuang....Tapi, tak mengapalah...Manusia zaman sekarang semakin lama semakin mundur...Hanya 5% sahaja yang semakin maju, yang ingin melakukan perubahan dalam diri mereka....Sifat negatif yang ada dalam diri manusia ni kalau tak dibendung akan melarat sehingga impaknya terkena pada haiwan yang tak berdosa...

Baru-baru ni PH pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera malam hari bersama MH dan si kembar...Selalu juga PH makan kat kedai tu..hmmm..rupa-rupanya ada lagi kucing yang dibuang...Cantik pulak tu...Ada kacuk baka Siam...PH tak pernah nampak kucing ni kat sini...


Kesian...lapar betul kucing ni...Nampak gaya kucing ni memang kucing rumah atau yang pernah bertuan berdasarkan sifatnya yang teramat manja..Cair hati PH...jadi, PH angkut dia bawa pulang ke rumah...


Ni gambar Si Rangga baru lepas dimandikan oleh MH...Jantinanya betina....


 Si Rangga ni memang jelita...


Keesokkan harinya, Si Rangga ni dah steady...Cepat betul dia menyesuaikan keadaan..Tak bergaduh pun dengan kucing-kucing PH yang lain...PH cadangkan nak serahkan Si Rangga ni kepada sesiapa yang berkenan untuk memeliharanya...


Memang untung sangat-sangat sesiapa yang bela Si Rangga ni...Manja betul...Tak takut dengan orang dan dia ni fleksibel dengan kucing lain...Hero pun kena cium dengan dia...hehehe


Umur dia PH anggarkan dalam lingkungan usia 5-6 bulan...Pandai bergurau dan lincah...Memang best untuk diajak bermain...


P/S :
Sesiapa yang nak adopt Si Rangga ni, boleh pm inbox Facebook PH ataupun komen kat bawah entri ni pun boleh....
Sekadar buat apa yang termampu...


Comments

  1. comel la kucing ni...nak bela tp takut si juling ni g belasah rangga ni ..

    ReplyDelete
  2. kat tempat sy tggl dulu pn byk kucing bulu2 kembang yg terbiar.. aritu ada seko hubby angkut jenis mcm kucing utan tu ntah apa namanya dia lupa. besar.. tp jenis manja2 garang. kdg2 blh pegang usap2.. kdg2 tak boleh di cakar. hantar umah mertua, pastu ada sedara sblh mertua minta pinjam nak kawenkan dgn kucing dia. lepas pinjam tu tetiba je kuar story katanya kucing tu bertuan & ada org buat report polis kucing dia ilang. secara logiknya dari damansara damai kucing tu di jumpai.. lepas tu di hantar kerumah mertua di gombak.. kemudian di pinjam oleh keluarga di kepong kalau tak silap.. tetiba kuar story mcm tu. Kalau nak kucing tu cakap jer.. jgn buat story bukan2.. kita x mencuri. kita jumpa dia. kucing tu agak mahal.. rate dia cecah rm2k juga bila search. tak kisah la kalau dorang nak adopt kita pn tak blh nak bela dgn keadaan rumah tinggi mcm ni. mertua pun takut nak pegang sbb tak kena gaya dia gigit & cakap tp jgn la buat cerita bkn2. smpai skang dok ada dgn family kt kepong. yg pelik napa tak serah kt balai je kalau btl kucing tu di cari tuanya??

    ReplyDelete
  3. ADUH...SAKIT HATI BILA DGR LAGI KES BUANG KUCING!!!!Klu CH..mmg berat ati nak buang, apatah lagi kucing yg cantik mcm si Rangga?? Apa problem dgn bekas owner Rangga??Apa yg menyebabkan Rangga dibuang?CH ucapkan byk2 terima kasih kpd PH & MH...syukur Rangga bertemu dgn kamu (^^)..Tgk jak kelaparan si Rangga, sebak dada CH,mau nangis....T_T ..harap2 sesiapa yg mau adpot Rangga, pls take care well of her..she is so so cute & gentle!!!

    ReplyDelete
  4. Hi, Rangga.. cantiknyer kamooo. Suker idung dia, mancung. Senang cite, mirip2 gadis arab si Rangga ni..

    ReplyDelete
  5. PH...jangan-jangan Rangga ni ssesatjalan kot? Tapi memang cantik sangat.

    ReplyDelete
  6. err..macam nak je?jelita betul!

    ReplyDelete
  7. Hi, saya dapat tau about this kakimotong dari seorang sahabat cat lovers juga.

    I ada 5 ekor kucing. Tapi disebabkan saya tinggal di apartment, kawasan agak terhad. Lagipun, saya ada 2 orang anak yang allergy ngan kucing, tapi disebabkan saya sayang nak kasik kelima-lima ekor, saya dan suami setuju to giveaway 3 ekor anak2 kucing (sekor berusia 5 bulan, 2 ekor lagi usia 2 bulan).

    Saya harap MH or PH boleh tolong saya dapatkan owner yang baru utk kucing2 saya. (gambar latest belum ada, kalau MH or PH sudi tolong carikan owner, saya akan snap gambar secepat mungkin).

    This is my email - ailinafuad@gmail.com.

    Diharap saya dapat reply dari MH or PH asap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular