Peranan Aura Antara Kucing Jalanan Dengan Kehidupan Kita

Kalau kita ada masalah, sebenarnya ianya datang adalah untuk kita atasi...bukan untuk kita tangisi ataupun diwarisi...Ada macam-macam cara untuk kita legakan masalah...Tapi kalau hanya sekadar nak legakan masalah, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja...Bagi PH, melayan kerenah anak2 bulus adalah salah satu cara untuk melegakan masalah...Bila tengok kelaku masing-masing, memang ianya boleh buatkan kita ketawa sorang-sorang...Ianya akan mengeluarkan aura positif dan gembira...Aura positif yang keluar tak kira samada ianya secara berdepan dengan anak-anak bulus ataupun sambil membaca entri ini...Aura positif yang keluar akan 'berjangkit' tak kira di mana dan bila-bila masa sahaja...Ianya boleh berjangkit melalui gambar-gambar, blog, video dan sebagainya....Setiap entri yang PH 'published' mempunyai auranya tersendiri..Semuanya PH dapat dari aura-aura orang-orang yang telah sukses samada aura dari blogger yang telah berjaya, orang-orang berjaya yang PH dah jumpa dan buku-buku yang telah PH baca...Yang terbaru ni, PH dah habis baca buku 'Rich Dad Poor Dad" by Robert T. Kiyosaki...Jadi, aura tersebut telah sebati di dalam blog kakimotong ni sebab PH dah 'apply' ke arah gaya bentuk penulisan dan cara PH berfikir dengan lebih positif...



Cuba lihat gambar di bawah ni...Our smile described a thousand words isn't it...? Iyo tido kat celah wayar...Si Comel pulak peluk Iyo...adehhhh...Gambar ini mempunyai auranya yang tersendiri...Tak perlu DSLR dan sebagainya ( lagi elok kalau ada DSLR )...Yang penting ialah keikhlasan hati kita bagaimana kita nak sampaikan mesej kegembiraan ini kepada semua orang...Secara tak langsung aura positif kita akan berjangkit dengan orang lain...


Kucing jalanan ini juga sebenarnya adalah positif...Dia tahu dirinya perlu dibersihkan...Dia tahu dengan siapa dia nak dekat untuk meminta makanan sebab aura positifnya boleh detect dengan aura seseorang yang positif iaitu aura orang yang menyayangi kucing juga...Kalau seseorang itu berfikiran negatif, dia akan pandang kita dari jauh jer walaupun dipanggil berkali-kali...




PH tak kenal kucing ni...Kucing ni pun tak kenal PH...Kucing-kucing jalanan ini sebenarnya hanya jinak dengan orang yang tertentu sahaja...Kalau seseorang yang mempunyai aura negatif membelainya, dia tak akan duduk lama dengan orang tu...Perasan tak...? Kucing mempunyai aura biokimia yang jauh lebih hebat dari manusia...Apabila aura positif kucing tu bertembung dengan aura negatif seseorang, dia tak akan selesa dan seterusnya meninggalkan orang itu dan mencari orang lain...Jangan hairan kenapa ada kucing jalanan boleh lepak lama dengan orang di meja lain tapi lepak dengan kita tak lama...ada la yang tak kena tu...


Orang yang takutkan kucing ( felinophobia ) juga akan mengeluarkan aura negatif apabila bertembung dengan kucing...Tapi, ini tak bermaksud orang itu berfikiran negatif....Kucing tahu orang itu tak sukakannya....Sebab itu kucing mempunyai misai yang sensitif...Misainya bukan setakat menghidu dan merasa, tetapi ianya adalah aura channel...PH pernah terbaca satu artikel Inggeris di mana misai kucing juga adalah merupakan pancaindera kelima yang boleh mengesan pancaindera keenam ( Sixth Sense )
"Hai...nama saya Blacky Chan..."


P/S :
wallahualam...hebat betul makhluk ciptaan Allah ni...kalau kita tengok kucing yang paling comel di dunia sekalipun, dapatkah kita membayangkan keindahan wajah Penciptanya...? Opkos not...

Menurut kajian para saintis, jangka hayat seseorang yang membela kucing dan anjing lebih panjang dari orang yang tak membala haiwan...Ini amat berkait rapat dengan aura positif yang lahir...Apa2pun, ianya adalah kajian sahaja...Kuasa ajal dan maut tetap di tangan Allah...Memang tidak dinafikan, hidup kita semakin hari semakin menuju ke arah kematian...Rasulullah kata, orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati...Persoalannya, are we prepare?
Hmmm...Sama-samalah kita berbuat baik pada sekalian manusia bahkan haiwan sekalipun...



Comments

  1. a picture speaks thousands words...

    rapat sungguh si comel dng hero..sampai besar..
    teringat kucing saya dulu ada gak macam hero n si comel, bila yang sekor hilang, yang satu lg demam, 3 hri lepas tu hilang..orang kata mungkin mati, sbb kucing tak suka dekat rumah...

    pasal aura positif, kalau kita sayangkan dan kasihkan haiwan, kita sendiri nampak mana-mana kita pergi, ada ja haiwan (kucing, anjing jalanan) try nak approach kita.

    good job PH & MH

    ReplyDelete
  2. Betul tu Miss Dee..ke mana PH pergi, ade jer kucing datang menyinggah...kadang-kadang anjing pun datang kat PH...

    P/S :
    Our smile described a thousand words isn't it...?
    pepatah ni PH ubah sikit sbb yg tu dah biasa sgt...hehe

    ReplyDelete
  3. hehe..boleh ja PH..janji meaning sampai...

    ReplyDelete
  4. betul2...saya pun ada pengalaman macam ni...kucing boleh rasa aura orang yang sukakan kucing...:)

    ReplyDelete
  5. menusuk jiwa baca entry ni...memang setuju tentang aura² ni...^^

    ReplyDelete
  6. kita pn mana pg msti ada kucing.. dan dia pasti akan dtg kt kita..kalau kita jmpa kita kana bg mkn x kiralh masa kita tgh mkn atau kita beli mknan dlm tin.. kalau kita x bg mkn kita rasa trlalu brsalah dan akan rasa menyesal dlm jiwa kalau x dpt bg mkn.. sbb tu kalau kita x de duit pn sggp kita x mkn janji kucing dpt mkn.

    ReplyDelete
  7. mmm ada satu tempat kedai tue niza bagi kucing jalanan makan.. tiba2 pekerja kedai tue marah dia kata klu nak bagi kucing tue makan p dekat jalan raya,,, niza terfikir waraskah org nie..n niza tanya "kenapa"? dia kata kotor kan kedai jak,,, niza bagi kat atas plastik pun bukan atas lantai,, nanti habis niza kutiplah balik dia kata kucing tue pandai cari tikus untuk di makan.,, kerana terlalu marah niza blah n x p lagi kedai tue,,, ada juga manusia macam tue,,

    ReplyDelete
  8. patutla aku senang je nk jinakkan kucing.. kucing yg garang kat kolej aku sorang je bleh sentuh~

    tp kucing yg dtg kat aku or yg kebetulan aku jumpe byk yg ajal dah dekat... kire2 dari aku kecik ade la dlm lebih 30 ekor mati dalam jagaan (penuh keliling rumah kubur kucing).. nasib byk tanah tepi rumah.. baru2 ni ade gambar, kucing buta.. dah dirawat.. tp mati esoknye.. nnt aku post kat fb~

    ReplyDelete
  9. Dulu memang tak suka kucing. Bukan tak suka makhluk Allah yang comel ni, tapi cuma takut diorang gigit ke apa ke. Tapi sejak membela seekor kucing hitam dan ada 1 tompok putih kat bawah dagu secara luaran, (dengan kawan kawan, bagi dia makan, tapi dia stay luar. dekat padang)terasa sangat sayang dekat dia. Lama lama, dah okey dengan kucing.

    Satu hari tu, dia hilang. Tak muncul2 dekat padang macam biasa setiap petang. Sedih sangat sangat ! Tapi apakandaya, dia nak hilang. Mula saat tu, dah rasa cam takut dengan kucing balik.

    Setahun kemudian, kawan saya ada bela sekor kucing putih nama dia Chiki. Comel sangat ! Masa tu, saya dah okey balik.. Dah beberapa bulan tak jumpa Chiki, dapat berita dari dia yang Chiki dah pergi meninggalkan dunia ini di kampung halaman kawan saya.

    Beberapa minggu kemudian, dia membeli seekor kucing putih juga, dinamakan Kiki. Sekarang, Kiki masih sangat comel dan suka bergesel dekat kaki orang. Bila diusap, dia akan menyiau manja. Kiki kini layak digelar budak budak umur 6 tahun mungkin ? Haha ! :')

    Saya harap dapat jadi macam PH dengan MH. Menyelamatkan kucing jalanan yang terbiar :) Insyallah !

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular