KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Selamat Datang Simba, Qasey dan Torress...Dan Kesian Kat Baby Kitty Ni...

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, April 7, 2011

Selamat Datang Simba, Qasey dan Torress...Dan Kesian Kat Baby Kitty Ni...

Posted by Papa Hero | Thursday, April 7, 2011 | Category: , , , , , , |

Ingatkan nak publish entri malam tadi...tapi ngantuk ya Allah tak tahu nak cakap...Terpaksa PH sambung hari ni...Malam semalam lebih kurang pukul 8.30 malam ketika baru sampai di simpang nak balik ke rumah, PH lalu di sebuah kawasan perumahan teres...Lebih kurang 50 meter di hadapan PH nampak ada sekumpulan kanak-kanak berkerumun...Baru balik mengaji sebab semua pakai baju Melayu dan apabila PH menghampiri ke tempat itu, PH ternampak salah seorang dari budak tu 
melambung seekor anak kucing ke udara dan kemudian terhempas ke jalan raya...Cepat-cepat PH berhenti dan memarahi budak tu...Ni rupa anak kucing betina tu...PH namakannya Qasey ( sebutannya KC )..Saat PH menaip entri ni, Si Qasey ni menemani PH dengan berbaring di atas riba...Perangai dia manja sangat...Memang rugi sangat siapa yang tak adopt dia...


Masa PH nak kutip Si Qasey ni, PH ternampak ada seekor lagi anak kucing yang terbaring tepi tong sampah...Kesian betul PH tengok dia...Lalu PH bertanya kepada salah seorang budak tu kucing ni milik siapa? Budak tu kata kucing ni ada mak dan ada tuan...Pelik...Dalam hati PH berkata kalau kucing ni bertuan,macamana boleh berada di tong sampah...? hmmm...nampak gayanya PH kena ambil dia sekali...PH sempat berpesan pada budak tu :

"Acik ambik kucing ni yer...kalau ada orang tanya, bagitau dia umah acik kat hujung sekali..."

Ini rupa si tecit tu...PH namakan dia Torress....


Sebaik sahaja PH sampai di rumah, cepat-cepat PH campurkan si tecit tu dengan anak-anak Mak Tam yang lain....


Mak Tam agak terkejut dengan kehadiran si tecit ni...Tak sampai beberapa minit lepas tu, Mak Tam menjilat-jilat si oren tecit ni dan lantas menyusukannya...Alhamdulillah gembiranya tak terkata....Mak Tam dapat menerima anak angkatnya yang baru



Yang si oren kanan sekali tu PH namakan dia ni Simba sebab muka dia macam anak Lion King..



Inilah Simba...Anak Lion King tu...Jantina jantan..Comel dan hensem...Perangainya lasak walaupun kecik lagi...PH nak buka untuk adoption....Ada sesiapa berminat ke? Memang untung siapa yang adopt Simba ni..PH pun sayang nak lepaskan dia ni tapi kat rumah ni pun dah ada banyak si tecit nak jaga...takut terabai plak dia ni nanti....


Ini buktinya..heheh...suka nyakat orang...videonya nanti PH upload kat KMFC...






Qasey belum serasi lagi...kesian Si Simba kena tampar dengan dia...adehhh...nanti PH upload videonya kat KMFC


PH tak tahu la macamana MH ajar anak-anak Mak Tam ni buang najis kat pasir...kecik-kecik dah boleh diajar...


P/S :
Kucing kalau dididik dari tecit takkan menyusahkan kita....semuanya dah pandai berdikari...yang penting, bagaimana cara kita mendidiknya...Perlu diingat bahawa kucing adalah haiwan yang boleh dididik...

PH harap ada orang yang nak adopt Si Simba, Si Qasey dan Si Torres ni....Kalau ada, bolehlah PM Inbox Facebook PH....Nanti masa nak ambil mereka bolehlah tengok Hero sekali...

Tolong bagitahu kat anak-anak kita supaya jangan lambung-lambung, sepak-sepak dan pukul-pukul kucing...

**************************************************


Videonya si tecit ni Klik Sini Dan Klik Sini Juga


Ini kitten yang baru dijumpa dan kini ia di dalam jagaan Cik Rysmalyza Arys, salah seorang rakan Facebook PH di UITM Seri Iskandar, Perak...Kitty ni belum buka mata lagi...Ianya ditinggalkan ibunya...PH amat berharap atas belas ihsan anda semua agar dapatlah kiranya membantu makhluk yang masih bayi ini...Cik Rysmalyza Arys sukar untuk menjaganya kerana tinggal di asrama universiti....Kalau nak difikirkan logik akal, memang tak berbaloi kalau kita 'travel' jauh semata-mata untuk bayi kucing yang tak memberi erti ni...Tetapi harus diingat, What We Give, We Will Get Back...Mungkin budi yang kita tabur pada bayi kucing ni akan ditukarkan dengan keselamatan nyawa kita...Manalah tau kalau2 satu hari nanti kita terbabit dalam kemalangan atau sebagainya tetapi kita terselamat....Anda rasa, apakah kebaikan yang telah anda lakukan sebelum itu sehingga ianya ditukarkan dengan keselamatan nyawa anda? Mungkin anda pernah menyelamatkan beberapa ekor kucing di mana mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kita...Tak gitu...?

Selama kita masih hidup, masih sihat dan masih kuat, apa kata kita sama-sama berbuat baik kepada sesiapa sahaja malah seseekor sekalipun...OK ke TAK OK...?

Bolehlah share dan sebarkan link entri ni yer...he he 

( Puas tak baca entri kali ni...? )

Comments
11 Comments

Currently have 11 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. kalo amek stray cat, sy ukur ekor diorang pakai lidi/stick. lepas tu patahkan ikut kepanjangan ekor diorang. pastu pacak kat litter box diorang. nanti dorang pandai sendiri.. :)

  2. kiutnyaa.....uhuhu...nasib la PH sempat nampak apa bebudak tu buat...kalau lambat sikit tak tau la apa nak jadi...huhuhuh...

  3. stuju dgn Ph..klu kita masih hidup,sihat...kita patut lebih prihatin,cuba our best utk save haiwan2 terbiar, walaupun hanya little tiny life mcm anak kucing tu...our life will be protected...Catlady selalu berkata dlm hati "Duit gaji tak cukup, tetapi masih mampu hidup, masih mampu menjaga makan-minum kucing2 sebanyak 17 ekor"...adakah ini berkat doa kesejahteraan dr kucing2 yg telah kita jaga ni?
    Biar apa pun,terima kasih PH & MH kerana rescue kittens lagi (^^)....

  4. nk adop...tp jauh la....xkn nk kai pos kot~

  5. nak jugak...
    hurm...dok aarama u...kat sni pun dah ade si comel...amik kat kedai runcit...nakal sangat...tapi now demam...kne sergah dgn kucen besa...si garfield...risau sangat sbb sampai gigil2 dia...=(

  6. kadang2 sakit hati juga kalau ada tamu yg bawak anak - anak nakal tahap kritikal.. rumah dah banyak kucing.. yg jd mangsa baby2 la.. nak marah kat tamu terasa tp tetap tegur juga lak.. mak bapak dorang tak tegur takut arwah anak kucing kita. So pada tamu yg bertandang kerumah orang yg ada binatang peliharaan lebih2 lg kucing awasi perilaku anak anda...

  7. Comelnya!! Teringin sangat nak bela kucing, tapi mak tak bagi.. Huhuhu..... =(

  8. paling comel c qasey tu...suka baca ur blog n follow

  9. KC tu comel..nak adopt boleh? erm..

  10. nak adopt yg bby tu kat uitm seri iskandar?? sanggop !! saya mmg ade experience bby sit kitten yg still menyusu.(weeee~~~)tp ade exam smpi 10/5. ibu mmg ckp nk adopt kucing lg pon..

  11. aww~
    comel2 si tecit2 tu ye..
    Simba?
    huu..teringat ank kucing kat kolej u dulu..
    tp syg, dok kalut2 pindah barang kat kolej bru,
    mmber terlanggar si simba tu..
    tnpe sngaje..
    da arwah da..hmm


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails