Insyaallah, Satu Hari Nanti Aku Akan Berkemampuan Untuk Membina Satu Daerah Untuk Kucing Jalanan

Kalau PH ada tanah dan berkemampuan, memang PH akan buat satu daerah khas untuk kucing-kucing jalanan ni...Segalanya sedang dirancang sekarang tetapi hasilnya memakan masa bertahun lamanya...Insyaallah...Tak kira lah macamana rupanya daerah tu nanti, yang penting PH senang hati dan senang PH nak jenguk mereka...Semakin hari, semakin banyak pula kucing-kucing jalanan yang PH jumpa...Sebenarnya, kalau nak diikutkan, masalah ni memang takkan boleh selesai selagi 'attitude' si pembela dan pemimpin tak berubah...Rasanya, dah banyak kali PH siarkan entri sebegini dalam blog KAKIMOTONG ni...Tapi tak mengapa, PH siarkan juga selagi daya...Kalau nak difikir logik akal, semua orang tak boleh melakukan semuanya tetapi, setiap orang boleh melakukan sesuatu...


Cuba tengok si comel..keadaan badannya yang gebu tapi kotor, busuk dan comot...Kucing ni mesti suka kalau dapat berbaring di atas tilam empuk dan makan makanan sedap...



Kesian si oren ni...tak pasal2 kena tampar...adesss...PH panggil yang oren ni lepas tu dia lalu depan kucing comel ni..hmm..kesian betul...kecik jer muka dia lepas tu...he he he ...Tapi, kucing memang tak pandai berkecil hati sebab hati mereka bersih...Mereka sendiri tak tahu kenapa mereka di marah, macamana nak berkecil hati...? Kalau ada si comel yang berkecil hati, kita jer yang berprasangka begitu...Kalau si comel berkecil hati sekalipun, itu maknanya dia nak manja lebih...pendek cerita mengader2 la tu...he he 


Terus terang PH bagi tahu, kepuasan membela stray cat dengan kucing yang dibeli amat jauh bezanya...Apabila kita dapat membawa balik seekor stray cat yang berkeadaan comot, berkurap dan sebagainya, kita sebenarnya sedang mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita...Kita menggunakan akal dan rasa simpati yang Allah beri pada tempat dan masa yang betul...Dengan itu, kadang-kadang kita sendiri tak percaya apabila kucing-kucing  / anjing-anjing jalanan yang kita bawa pulang dah menjadi cantik dan bijak... 


Ini Anuar Zain, kucing kantin di tempat kerja PH...Lihat keadaannya, comel, gemuk, gebu dan debab walaupun dia hanyalah kucing jalanan...Cuba bayangkan kalau kita bela dia baik, bagi makan Royal Canin atau Blackwood....PH yakin dia mesti menjadi kesayangan ramai....Itulah cara kita Reward ketabahan kucing jalanan ini...


Jangan fikir manusia jer berkeluarga, kucing jalanan pun berkeluarga juga...Setiap ekor kucing / anjing yang dilahirkan pasti ada ibubapanya...Cuma, mereka tak terikat dengan tanggungjawab mendidik anak mereka seperti manusia kerana mereka tidak berakal...Akan tetapi, walupun mereka tak berakal mereka mempunyai naluri yang jauh lebih hebat dari kita...Naluri keibuan seekor kucing jauh bezanya dengan segelintir golongan manusia...Rasanya, tak perlulah PH cerita sebab anda semua tentu dah tahu apa yang PH maksudkan...Betul tak...?


Cuba tengok famili kucing kantin ni....Cool jer...Mereka tak pandai nak marah-marah...kalau marah pun, sekejap jer...Tak sampai ke tahap mendera dan membunuh...Tetapi, ada sesetengah kucing jantan membunuh anak mereka...Inilah yang PH cakap tadi, haiwan tak berakal tetapi ada naluri dan nafsu...Mereka tak dapat menilai mana yang baik dan buruk...Sebab mereka sememangnya diciptakan Allah dengan baik...God make no mistakes..Semuanya perfect jer kan...?


Tengok si tecit ni...hmmm...Nilai sendiri apa maksud yang tersirat di dalam gambar ni...


P/S :
PH cukup tak faham kenapa ada manusia suka sangat mendera, membunuh dan memukul-mukul anak kucing tanpa sebab....Kucing tu ada buat salah ke...? Tak de kan...?

Kalau nampak kucing jalanan, PH syorkan ambil kucing tu dan bawanya balik ke rumah ( bagi yang berkemampuan sahaja )...Kalau tak mampu, berilah kepada mereka apa yang kita ada walaupun hanya usapan sayang selama 5 saat...


Doakan perancangan PH berjaya




Comments

  1. Amin ya rabbla alamin..

    Saya doakan perancangan PH dan MH berjaya.

    Saya sendiri tidak berkemampuan untuk membawa pulang stray ke rumah. Sebab polisi aparment saya 'No pets'

    Tapi setiap hari saya akan memberi makan kucing2 jalanan Friskies yang saya sentiasa bawa dalam handbag dan kereta. Itu saja yang boleh saya lakukan. Saya harap semua orang akan dapat menyayangi semua makhluk Allah di bumi ini.

    ReplyDelete
  2. tak brani nak bawak balik stray cats, sbb kucing sy sendri pun diracun jiran..huhu

    ReplyDelete
  3. insya'allah....

    Semoga apa yg dirancang menjadi kenyataan...Hanya DIA yg tahu dan hanya DIA saja yg menentutkan bilakan Hasrat dan Impian PH&MH menjadi kenyataan...sama2 la kita berdoa...dan sya sedia membantu atas apa saja bantuan yg diperlukan...insya'allah...

    ReplyDelete
  4. sama la...impian me ngan my siblings, kalau mampu nak buat shelter kucing sendiri...sekarang pun rumah ngan kedai mcm shelter dah....kat dalam kereta berpacket makanan kena simpan, just in case jumpa kucing2 mcm ni...if you can't save all, then save just one.

    ReplyDelete
  5. sy nak jdi sukarelawan kat tempat tu PH....

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah..selalulah buat affirmation dalam diri PH yang ianya adalah kenyataan. Whatever our mind can believe and conceive we can achieve it..believe it what PH heart said and listen that your heart will tell you that your dreams is true..BELIEVE IT.

    Arwah Mak Saudara kakShikin(SALBIAH EBRAHIM) dulu bela 40 ekor kucing dlm rumahnya..walaupun hidup dia tak kaya cuma isteri penarek beca tapi dia mampu bagi makan kucing2 yang dia kutip dipasar yg org buang dan rezeki dia tak pernah kurang dan semasa dia meninggal betapa hebat Allah kurniakan nikmat yang mana ketika jenazah beliau diusung keluar dari rumah kucing-kucing menangis dan mengiau tak henti2 dan bukan itu saja seluruh binatang peliharaan dia itik angsa,kambing dan ayam takhenti2 berbunyi dan dia meninggal ketika usia dia 56 thn dan meninggalkan barang kemas hampir 30 mayam..(1984) bayangkan..betapa Allah kurniakan rezeki pd dia hanya mengutip kucing jalanan..Kini sikaptu diwarisi sepupu Kak Sshikin tpsetakt 20 ekorje dia pernah bela..takleh lawan mak dialah..

    ReplyDelete
  7. suke tgk kucing yg comel....n binatang yg comel2...

    ReplyDelete
  8. insyaAllah...moga dipermudahkan urusan untuk impian mulia itu...:)

    ReplyDelete
  9. huhu.. impian kita serupa....


    amin.... :)

    ReplyDelete
  10. semuanya niat yg murni di permudahkan perancangannya.. betul tu membela kucing jalanan ni lebih bermakna dr kucing2 mahal yg kita tahu ada value & peminatnya sendiri

    ReplyDelete
  11. insyaallah dipermudahkan niat PH tu. saya pun dulu ada gak pikir camtu. sbb tak tahan tgk betapa byk nyer stray cat. tapi saya tak mampu. cuma selagi saya jumpa kucing selagi tu saya akan bagi makan. walaupun sekejap. apapun saya doakan semuga berjaya...amin..:)

    ReplyDelete
  12. Catlady terharu n tears tiba2 rolls down (ehem..malula) bila terbaca komen cik Shikin Sayang, ya..sesungguhnya kita yg mulia & prihatin ni menjaga kucing/haiwan2 peliharaan akan dilindungi...rezeki akan ada, hidup kita dirahmati Tuhan...PH, CH mmg harap satu hari nnti Ch kaya-raya,seterusnya beli tanah yg luas, bina biggest shelter for abandoned animals..tak kira haiwan apa2 la...harap impian PH tercapai juga ya..Best wishes (^^)

    ReplyDelete
  13. insyaAllah..kami doakan..mmg sgt2 mulia niat tu..comel lh anuar zain tu...

    ReplyDelete
  14. Amin..amin...amin...yarabal alamin...

    Insyaallah...Semoga niat suci itu akan menjadi kenyataan...

    *Impian kita sama seperti teman2 kita yang lain... sekiranya ada di antara kita yang impiannya menjadi nyata, harap dapat juga membantu teman2 yang lain memberi perlindungan terhadap haiwan terbiar...

    ReplyDelete
  15. Salam..Thaniah anda pemenang follower Misi Bisikan Hati yg ke 1000

    http://linmdnoor.blogspot.com/2011/04/pemenang-misi-1000-bisikan-hati.html

    *ada FB kan? check inbox ok...:) TQ

    ReplyDelete
  16. Salam..

    Yang Pasti Niat KITA utk membina PUSAT KUCING-KUCING TERBIAR pasti akn menjadi kenyataan 1 hari nnt..
    insyaallah..AMIN..

    ReplyDelete
  17. sy sokong 100%.. sy pn jika diizinkan tuhan..nt nk bina tmpat khas utk kcing2 tbiar ni..skrg pn kt umh dh ada 15ekor kcing..hlg pnat & lupa kjap msalah bila tgk keletah diorang.

    ReplyDelete
  18. sokong PH..
    sme la impian kite..
    hehe
    may it becomes reality one day..
    amin ya Rabbal alamin..

    ReplyDelete
  19. semoga semuanya dipermudahkan... insyaallah... nilah impian saya dr sekolah lagi... harap berjaya PH merealisasikannya...

    ReplyDelete
  20. Amin semoga segalanya akan menjadi realiti. Sungguh tulus hati PH... jangan lupa kucing2 tu pun mendoakan PH juga tau...

    ReplyDelete
  21. Moga2 warga kakimotong berjaya jdi empayar shelter plg besar dlm dunia smpi org putih tabik spring. Bleh i join jaga kucing or buat pape event tmbh profit utk stray animal care. Bleh la hero pakai kot itam hehe...

    ReplyDelete
  22. Semoga impian PH utk membina daerah bagi kucing jalanan,insyaallah akan tercapai. Saya sentiasa mendoakannya :)

    ReplyDelete
  23. PH..saya pun rasa mcm tu juga.kalau saya dpt beli tanah n bangunkan kawasan n manakan negeri kucing..dah lama saya buat..kadang2 sedih tgk kucing2 ni kena sepak terajang padahal kucing ni minta makan je..saya selalu bw friskies dlm handbag..kalau dapat tolong, saya akan cuba berikan yg terbaik utk kucing jalanan

    ReplyDelete
  24. banyak hikmah berbuat baik terhadap makhluk Allah.. tp sedih bila masih ramai yg kejam trhdp binatg.. smoga impian PH membina daerah utk kucg tercapai satu hari nti..amin..

    ReplyDelete
  25. saye pon same!!!
    insyaAllah da kerja nnti sy nk kumpulkan semua stray cat..moga dipermudahkanNya..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular