KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Tewasnya Seekor Samseng Kantin

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, April 23, 2011

Tewasnya Seekor Samseng Kantin

Posted by Papa Hero | Saturday, April 23, 2011 | Category: , , , , |

Di kantin tempat PH bekerja, memang ada banyak betul kucing-kucing jalanan....Salah seekornya ialah Si Bujang ni...Memang dari dulu lagi PH nak tangkap dia ni sebab hensem sangat...Kepala dia besar, badannya tegap...Semua kucing kat kantin ni takut dengan Si Bujang ni....Kalau nampak dia lalu jer, semua tundukkan kepala...Betapa hebatnya penangan aura Si Bujang ni...
Tapi ketaikoannya berakhir sebentar tadi....Masa PH nak ambil lauk kat kaunter, PH dah nampak dia tengah selongkar plastik sampah...PH biarkan ajer...Tiba-tiba masa PH tengah makan dia tengok jer PH dari jauh sambil telinganya ke belakang...PH tanya dia " Kau kenapa...? Lapar ke...? Meh sini ayah bagi makan..."...Member PH gelak jer sebab dia ingat PH cakap sorang-sorang...PH pun dah agak dia takkan datang sebab Si Bujang ni liar...

Tengah syok-syok menyental ayam, tiba-tiba ada suara halus kedengaran kat bawah bangku PH...Alahai Si Bujang ni datang juga....Jadi, PH gunakan kepakaran yang PH ada untuk menjinakkan Si Bujang ni....Cewahhh...!!!


Biasanya PH hulurkan tangan terlebih dahulu...Sebabnya PH nak dia kenal bau dan merasai aura PH sebab kucing ni ada sixth sense ( pancaindera keenam )....Dalam hati PH asyik berkata "Kesiannya kau ni..."...Jadi auranya akan dirasai oleh kucing tu...( KLIK SINI )..Seperti yang dijangka, ianya berhasil...hehehehe...


Tapi mula-mula jer sebab dia masih belum mempercayai PH sepenuhnya....Bila kita nak pegang dia lari...anda pun mesti pernah alaminya kan...?


Setelah hampir 5 minit, strategi PH yang seterusnya ialah bagi dia 'sawan' plak....PH umpankan ayam dulu...Tengok leher dia, panjang kan...?


Lepas tu PH letakkan ayam tu di telapak tangan....Masa dia tengah makan tu, PH usap-usap lembut badannya...Biasanya PH akan urut tengkuk dulu tapi yang ni susah sikit sebab dia kat bawah meja...takkan PH nak ikut dia masuk kat bawah meja pulak kan...? hehehehe


Lepas tu PH bagi dia 'rasuah' banyak sikit...he he he ....


Akhirnya, lepas Si Bujang ni sedar yang PH bukan ancaman baginya, dia mula menggedik-gedik macam kucing betina....ha ha ha 


Akhirnya, tewas juga seekor samseng kantin...


P/S :
Seganas mana kucing atau anjing sekalipun, jiwa mereka tetap sentimental...


Comments
12 Comments

Currently have 12 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. dlm hati ada taman.. kekekekeke

  2. yurp.sejibik mcm kucing yang aku bela kat rumah sewa...

  3. hahhahaha..sebijik juga mcm kucing jantan CH yg bergelar "Super".sbb suka bergaduh..hahhhah, pantang jumpa dgn kucing jantan lain, terpaksa pisahkan koloni diorg...huhukk...ya, kucing mmg berjiwa sentimental...jinak n cumil!!

  4. kucing yg jenis manja ni, asalnya kucing rumah.. yg biasa dengan org. sedih la.. sebab dulu dia selesa, hangat je dok umah. skg dok menumpang tepi2 jalan. :(

  5. ada teknik rupanya..kucing2 jiran saya semua sombong..org baru langkah setapak, dia dah beratus2 tapak cabut lari. lepas ni bolehla pakai teknik mcam PH ^___^ yg pntg, ikhlas nk belai kucing :)

  6. comelnye samseng..muka legend, hati cute.

  7. Kucing2 diluar tu, jinak2 merpati. Tapi mereka dpt rasakan apa yg tersirat dihati kita...

  8. lawa mata die... :) setaiko2 mana pn.. kucing klu lapar, mmg tiba2 jd manaja.. die taiko dgn pesaing die jer.. hakhak.

  9. muke ganaz, hati macam air batu..cepat cair kena pujuk..hehehee

  10. singgah bc n3 d sini...

    singgah2 la disini

    http://akutetapaku85.blogspot.com/

  11. dah kena rasuah pun masih gak malu2 kucing. haha.. si bujang berbadan tough tapi hati jambu. :P


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails