Si Baby, Anak Mak Tam Yang Paling Comel Telah Pergi Meninggalkan Kita Buat Selama-Lamanya

Dalam tempoh setahun setengah perjalanan hidup PH sebagai penulis blog, inilah kali pertama PH menulis sendiri entri mengenai kematian kucing PH sendiri...Pada tanggal 9 April 2011, arwah Baby telah meninggal dunia dikala usianya menjangkau umur sebulan setengah...Arwah Baby adalah anak Mak Tam yang paling bongsu di antara 3 adik beradik...Orang terakhir yang sempat menjenguk baby ialah Saudari Ashikin Abdullah 

Memang sejak dilahirkan, arwah Baby ni berada di dalam keadaan yang lemah...Yang paling comel pun dia..Yang paling kurus pun dia juga...Yang paling buncit pun dia juga...Yang paling kuat menyusu pun dia juga...Namun, kadang-kadang perancangan kita memang tak sama dengan perancangan Allah..


Sebelum PH tanam bangkai arwah Baby, terlebih dahulu PH letakkan bangkainya di hadapan Mak Tam dan abang-abangnya...PH biarkan dalam 10 minit...Ini adalah untuk memberi peluang kepada Mak Tam untuk melihat anaknya buat kali terakhir...Sambil tu, PH berkata-kata pada Mak Tam :

"Mak Tam, anak awak dah mati..Papa & Mama tak boleh nak selamatkan dia masa dia sakit...Lepas ni, jangan cari dia lagi yer..Anak awak dah takde..."

Kalau nak difikirkan logik akal, kelihatan seolah-olah Mak Tam takkan mengerti apa yang PH sampaikan..Tetapi ramai yang terlupa bahawa mereka juga seperti kita....Merasai nikmat kasih sayang, merasai bahagia dan derita, merasai nikmat menyusu badan dan yang lebih memeritkan lagi ialah mereka juga merasai mati...PH tahu yang Mak Tam dapat merasai gelombang aura yang PH cuba sampaikan kepadanya...Masakan tidak, selepas itu Mak Tam menjilat bangkai Si Baby buat kali terakhir dan berlalu begitu sahaja walaupun tanpa diiringi tangisan sedu-sedan...Jilatannya itu membuatkan PH sebak kejap...PH tahu Mak Tam juga bersedih...

Apa yang PH ucap pada Mak Tam juga adalah satu Metafora ( simbolik ) untuk menunjukkan bahawa PH amat menghormati jenazah anaknya walaupun ianya hanyalah bangkai seekor anak kucing....PH yakin anda yang menyayangi kucing juga pernah berbuat begini...


Terlanjur PH buat entri kematian Si Baby ni, PH nak kongsi sedikit bagaimana nak tanam bangkai kucing mengikut cara PH...

Lubang digali sekurang-kurangnya sedalam sejengkal bagi seekor anak kucing...ini bermakna apabila tanah ditimbus, baki permukaan tanah hingga ke aras bangkai dalam tanah ada lagi satu jari telunjuk...


Kawasan kubur jangan terlalu sempit...sekurang-kurangnya ada 1 inci ruang kosong di sebelah kiri dan kanannya..PH selalu buatkan "bantal tanah" kat kawasan kepalanya...Posisinya mengiring...lipatkan sedikit kaki dan ekornya...kalau bangkai dah keras, jangan bengkok paksa...Kena gali kubur tu besar lagi mengikut unjuran ekor dan kakinya...


PH gunakan sehelai daun ( tak kira apa-apa daun sekalipun ) untuk menutup bahagian atas bangkai..Kalau boleh, rendam dengan air lopak di sekeliling kawasan itu...Kalau ada air longkang lagi bagus...tapi air longkang yang jernih la..jangan la yang kotor tu plak yer...Tujuannya adalah untuk mengelakkan bau bangkai dikesan anjing...Ada orang gunakan kain, kertas aluminium dan surat khabar untuk menutupinya...Tapi, cara PH hanyalah menggunakan sehelai daun yang masih hijau...Kalau ada arang, lagi baik... 


Sesudah tanah dikambus, tepuk dan tekan tanah tu dengan tapak tangan untuk mampatkannya...PH tak galakkan guna kaki atas faktor-faktor adab...


Akhir sekali, PH akan letakkan batu bata kat atas kubur si comel ( letakkan sahaja dan jangan tekan )...Struktur tanah tersebut akan rata semula secara fleksibel mengikut suhu dan kelembapan malam kerana tekanan berat batu tersebut...Liang-liang udara akan menjadi semakin kecil dan bau bangkai tak akan menerobos keluar kerana struktur tanah akan kembali menjadi 80% kepada struktur yang original....Kemudian, jangan lupa untuk alihkan batu tu pada keesokkan harinya...


P/S :
kesian kat Arwah Baby...Tq kepada MH sebab menjaganya macam anak sendiri ketika PH tiada di rumah...segala keperluannya cukup sebelum Si Baby pergi...

Lain orang, lain caranya kalau nak tanam bangkai-bangkai si comel...


Comments

  1. bnyk kali menhghadapi saat mennam baby kucing..most of kucing yg dtg umah ditggalkan orang n emak kucing tu sendirik..jadik xcukup khasiat meninggal..sedey pas tanam diaorg =(

    ReplyDelete
  2. teringat pulak bila sendiri tanam kucing2 yg telah mati....sedih.... =(

    ReplyDelete
  3. setakat nih, selama 5thn bela kucen.. dah ade 2x pengalaman kucen meninggal..1st kucen yg sy rescue...hubby kebumikan dpn umh...gali dalam2... 2nd kucen sendiri..anak Rusty..., pun kebumikan dpn umh jgk... sedih x yah cita... mmg jaga adab masa kebumikan dia..tanam elok2 & tekan2 skit tanah guna cangkul..x guna kaki pun sbb rasa cam x hormati jenazah dia plak... 3rd time yg mati bukan kucen..tp sekor burung budgie..yg tuh x tgk pun..sbb sedih sangat..baru nak berjinak2 bela burung budgie, dah ler jinak.sakit mata then mati plak...hubby balut ngan niuspaper, tanam dpn umh... sedih giler2... :'((

    ReplyDelete
  4. sedihnya.... saya dah dua kali kematian kucing...seminggu berkabung..
    sy faham perasaan PH dan MH... T.T

    ReplyDelete
  5. baby dah takdee ??
    sedihnye .

    tapi masa pegi rumah memang dia macam lemah sikit . huu .

    ReplyDelete
  6. huuu...teringat kucing saye yang baru mati bulan lepas....sedih tak tau nak cakap le...dari lahir sampai besar (nak masuk 4 tahun, tahun ni) dia ada ngan saya...

    semalaman kot nangis. esoknya tkantoi kuliah pagi. mata bengkak. wuwuwu T____T

    ReplyDelete
  7. Innalillah.
    datang nya kita dari Allah, kembali kita kepada Nya juga
    adanya kita kat sini sementara untuk beramal.

    ReplyDelete
  8. sy pun pernah tanam 2 ekor ank kucing sakit yg ditinggalkn emaknya...cian..al fatihah

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular