Selamat Datang Si Jason Bourne.....!!!!!
Sebenarnya dah lama PH nampak mamat ni....Selalu datang kat meja makan PH...Tapi, memang PH tak pernah nampak dia sebelum ini...Pastinya dibuang lagi kucing ni...Nampak macam budak lagi...hmmm, memang budak pun lagi...Tapi budak ni perutnya gendut betul...Maklumlah, hari-hari lepak kat restoran...Mana tak gemuk..Tuan restoran pun rajin memberinya makan...Lagi cerita mengenai budak gendut ni dalam entri PH yang lepas di sini ( KLIK SINI )
Uikk...? Macamana tiba-tiba ada kat atas katil PH nih...? Hehehehe...Macam ni ceritanya.....
Kesemuanya bermula dengan video ini....
Hmmm...Kalau anda dalam keadaan macam tu, apa perasan agaknya...? Kelakar kesian pun ada kan...? Memang budak ni dulu kucing rumah...Kesian kat dia....
Suka gigit tangan orang plak tu...
Olek kerana budak ni berjaya menambat hati kami, MH belikan upah bapak ikan goreng kat dia...seperti biasa, budak-budak gendut macam ni memang pantang dipelawa...Memang dia belasah cukup-cukup...Sementara budak gendut ni makan, PH pun teruskan agenda PH malam tu iaitu M.A.K.A.N...PH balik lambat semalam, lauk kat rumah pun dah habis disental dek si kembar...Takpelah, PH makan kat luar pun boleeeee....
Lepas 5-10 minit leka melayan kerenah si kembar, PH pun jenguk-jenguk ke bawah meja nak tengok apa yang budak gendut tu buat....Aiihhh....!!!! Dah hilang dah dia...???? Haaa.....PH tahu kenapa dia hilang...Anda agak-agak kenapa....?
Bapak ikan goreng tu tinggal tulang jer....
Dia hilangkan diri cepat-cepat sebab takut kena bayar la tu...hehehehe...Last2 masa nak balik PH ternampak dia tengah buat senaman Yoga kat bawah gerai ayam tandoori tu...
Hmmm...kesian punya pasal, PH pun hambik dia bawak balik rumah....Masa ni MH baru lepas mandikan dia...Kalau tak mandi, jangan harap dapat naik atas katil aku...Lepas tu barulah PH tahu hidung dia kaler pink kelabu asap sikit...akekekekek...
Wahh...ni melawan tokey nampak gayanya ni...Hati PH rasa lega selega-leganya....Tak tahulah kenapa...Masa kami berbincang nak letak namanya, kami buntu...tak tahu nak letak nama apa..Kebetulan masa tu PH tengah menonton filem Bourne Supremacy lakonan Matt Damon...Akhirnya, PH namakan budak ni Bourne ataupun nama penuhnya Jason Bourne....Kebetulan bentuk kepala pun lebih kurang...hehehehe...
Memang beruntunglah sesiapa yang adopt Si Bourne ni....Manja, bijak, lincah dan kuat bergurau...dengan kucing-kucing PH yang lain pun tak ada masalah...takde sembur-sembur..Cuma dia jadi kura-kura kejap jer...lepas tu ok balik...
P/S :
Si Bourne ni PH buka untuk adoption bagi sesiapa yang berminat dengan kucing yang lincah dan bijak..Anda dah tengok sendiri keletahnya kan...? Jadi, apa kata kita adopt dia beramai-ramai...hehehehe..Boleh pm inbox PH kalau berminat... :)
kat umah ada kucing mcm Bourne ni.. namanya boboy tp sering di benci sebab perangai peliknya. Di benci kucing2 lain tp dia jenis tak kisah. Pantang org manja2 skit mula dia over manja.
ReplyDeleteamboiii klas nama hehe..
ReplyDeletesmoga Jason Bourne mendapat tuan yang penyayang, amin..
bila tgk video2 Bourne tu...
ReplyDeleteterserlah yng dia bukan lah dilahrkan sbg kucing jalanan...
sampai hati betul tuan [dulu] buang dia kan??..
sedihnya~~