Berikan Semangat Kepada Haiwan Peliharaan Kita Apabila Mereka Sakit...
Beberapa hari lalu, PH tak boleh nak masuk blog lagi...Aduhai, lepas satu hal, satu hal lain yang timbul...Ini mungkin disebabkan ada blog yang PH follow diserang Malware...Tapi alhamdulillah segalanya dah selesai...Mungkin tuan punya bloh yang kena virus tu dah memperbaiki blognya...Cuma pesan PH kepada blogger, kalau boleh jangan letakkan terlalu banyak kod-kod html untuk widget ataupun referral link yang kita tidak ketahui dari mana datangnya..Takut nanti ada masalah yang berlaku...Ada beberapa blog yang PH terpaksa 'Unfollow" balik sebab benda-benda macam ni...
Okaylah...nak dijadikan cerita untuk entri kali ini, baru-baru ni Rangga diserang sejenis penyakit di bahagian bawah leher dan belakang telinganya....Ada bisul di kiri dan kanan bawah telinganya...Lehernya bengkak...
Rangga terkena penyakit ini secara tiba-tiba....Tapi, dalam pada kesakitannya itu, dia masih nak makan dan minum....MH yang rajin memantau keadaannya...Masa Rangga sakit tu, keadaannya memang kesian kalau tengok....Untuk rawatan sementara, PH lumurkan minyak gamat di bahagian bisulnya dan titiskan beberapa titik minyak itu ke dalam mulutnya...Kena lidah pun jadilah....
Luka bisul yang telah dibubuh minyak gamat...
Beginilah keadaan Rangga ketika sakit...Duduk dan baring jer...MH paksa juga dia makan...Lehernya bengkak macam kena benguk...Tapi baru PH perasan yang Si Rangga ni mempunyai semangat yang sangat kuat...Seksa betul PH tengok dia kunyah makanan...Tanpa semangat yang kuat, tak mungkin dia dapat makan...PH dapat rasakan semangatnya untuk meneruskan hidup menjadi kuat adalah kerana dek kasih sayang yang diberikan MH sepanjang memantau keadaannya ketika sakit...PH malam jer ada kat rumah, jadi tak boleh nak pantau sangat keadaannya...
Beginilah keadaannya...Saksikan video ini...
Masa mula-mula PH kutip Si Rangga ni, ada lubang besar di belakang lehernya...Tak pastilah sebab apa...Nampak macam kesan luka...Tapi ketika gambar di bawah ini diambil, luka ini telah pun kering selepas dibubuh minyak gamat Langkawi...
Dia tidak mengiau langsung...Ini sudah cukup membayangkan kesakitan yang dialami...PH rancang untuk membawanya pergi ke veterinar selang 2 hari selepas peristiwa ini berlaku...Nak arrange cuti...
Tapi pada keesokkan harinya, selepas PH bangun dari tidur, PH lihat Rangga sudah boleh menggerakkan lehernya...Dia sudah boleh menjilat kaki depannya tanpa sebarang masalah...Tidak seperti pada hari semalamnya...Nak gerakkan kepala pun tak boleh...Ni videonya...Saksikan sendiri...
Ni gambar Rangga selepas pulih dari sakit..PH ambil gambar ni dua hari lepas....Sekarang dia sudah boleh terlompat sana-sini semula...Dah mula nak bergurau....Kepada Cik Salha, nanti bila Rangga dah pulih sepenuhnya, PH akan beritahu bila boleh ambil Si Rangga ni untuk diadopsi....
P/S :
Minyak gamat memang penawar kepada pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit yang dihidap oleh haiwan...Tapi segalanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT...
Apabila kita sakit, semangat kita akan menjadi semakin kuat apabila dikelilingi orang yang kita sayangi...Begitu juga dengan kucing atau anjing...
setuju ngn apa yg bro PH tulis...:)
ReplyDeletealhamdulillah sihat dah rangga ni...