Homework dan Selamat Datang Toby

Mungkin tak ramai yang tahu apa yang PH buat malam-malam bila ada kelapangan....PH rasa, kalian semua memang tak pernah tahu pun sebab PH tak pernah cerita...PH ada mendapat email dari seseorang....Pengirim email tersebut dah lama menjadi silent reader blog Kakimotong ni....Blog ni unik katanya...Kalau sehari tak tengok, dia kata hidup dia tak lengkap...Dia hairan lalu bertanya dari mana PH mendapat video-video kucing jalanan...? PH berjalan waktu malam ke untuk mencari kucing-kucing dan anjing liar tu...? Jawapannya ialah YA...!!! Pada waktu tertentu, PH akan keluar seorang diri dari rumah dengan membawa video cam....Banyak video-video yang menarik yang boleh PH jadikan modal untuk blog ni..Buat Cik Sarah, jawapannya ialah Ya...PH memang ada buat homework....Berjalan kaki mengelilingi Pekan Semenyih sambil membawa tripod dan video cam...Seterusnya membuat shooting ringkas tentang kehidupan haiwan-haiwan di jalanan....Terlalu banyak gambar-gambar haiwan jalanan ni, tapi PH akan upload sikit-sikit la yer...
Okay, entri kali ni PH cerita sikitlah apa "homework"yang PH buat...

PH selalu tenung balik rakaman video yang PH buat pada kucing dan anjing jalanan...Dengan derapan peluh jantan yang mengalir di malam yang dingin, ini amat membantu PH dalam memperbaiki pengolahan ayat di dalam penulisan blog kerana PH dapat "leverage" dengan kucing jalanan ketika itu...PH lebih memahami gaya hidup yang mereka alami kerana PH telah meletakkan jiwa PH di dalam kehidupan mereka...Inilah rahsia penulisan blog Kakimotong...Sebab itu ada di antara pembaca blog akan menangis bila membaca blog ini...


Dari zahirnya mereka nampak ceria, tetapi batiniah mereka tiada siapa yang ingin mengambil tahu....Ekor kucing bunting ini ada luka kecil....Selalu juga PH nampak ada seorang pemilik premis selalu memberi makan kat kucing ni....Jadi bagi PH, biarlah tuannya sahaja yang selesaikan masalah kucing ini...PH tak mahu pandai-pandai...


Tapi lepas PH amati kucing ni, dia nampak sihat....ermmm, biarlah tuan tak rasminya yang uruskan...Jangan bebankan diri....Walaupun "Leverage" ni adalah sikap yang perlu ada di dalam sanubari pencinta haiwan, tetapi jurang di antara haiwan dan manusia masih perlu diambil kira...Nak bantu haiwan tapi tak nak bantu manusia...Tak betul tu....


Gambar ni tak berapa jelas sebab diambil pada waktu malam...Maklumlah, PH belum mampu nak beli kamera DSLR...Kalau ada, blog Kakimotong akan bertukar menjadi blog pencinta haiwan dan blog fotografi haiwan...2 dalam 1.... hehehe
Tidur yang lena adalah aset yang sukar ditemui oleh haiwan jalanan...Anjing ini lena di tengah-tengah hiruk-pikuk pekan ini...


Kalau PH jalan malam-malam seorang diri, PH memang ada membawa sedozen wet food untuk budak-budak ni...Kalau anjing tak ada...Anjing boleh berdikari sendiri sebab dia kuat dari kucing...Dia adalah haiwan jalanan paling besar di Semenyih ni....


Setiap kali PH memberi mereka makan, kebanyakan mereka makan dengan badan menggigil, lahap, gelojoh dan berbunyi-bunyi...hmmmm...Dari sinilah PH mendapat ayat untuk disusun dan dijadikan cerita di dalam blog....Jiwa PH menjadi tenang bila melihat mereka makan dan tidur...Beginilah nasib kucing-kucing kampung....Berbeza dengan nasib kucing-kucing Parsi...Kebanyakan kucing-kucing Parsi dibela baik-baik dan kebanyakkannya terselamat dari 'dipotong' berbanding kucing kampung kerana nak dibuat baka...Tapi kucing kampung...? hmmmm..Yang banyak di jalanan pun kucing kampung jer....


Dari cerita kucing, kita cerita anjing pula...Isu anjing ni memang susah sikit...Ramai orang bela anjing tapi tak ramai yang menjaga anjing-anjing mereka....Dengan membiarkan mereka beranak pinak, ianya amat membahayakan orang awam....Malah, anjing-anjing ini boleh menjadi bangkai pada bila-bila masa sahaja...Inilah yang harus kita tekankan kepada pihak berkuasa....PH tak mahu cerita panjang pasal anjing ni...Leceh...Buat sakit jari jer menaip laptop ni...Benda sama juga...Pi mai pi mai tang tu juga....Kalian nilailah sendiri video di bawah ini....


Video ni baru dirakam malam semalam...PH tengok menjerit-jerit dia mintak makan kat salah seorang pelanggan restoran....


Jadi, dengan satu keputusan yang mudah PH tekad untuk membawa Si Toby ni pulang ke rumah....Suka pula dia baring kat kain pelekat tu....


PH akan beri perlindungan sementara kepada Si Toby ni....Kalau ada di kalangan pembaca blog ini yang bermurah hati nak "Rehome"kan Si Toby ni, bolehlah pm inbox PH yer...PH nak interview dulu...hehehehe....Macam nak minta kerja kosong plak....


Cubalah kita letakkan diri kita sama level dengan mereka....nescaya kalian semua pasti akan rasa menyesal kerana membenci haiwan dan berasa syukur menjadi insan....Lepas ni dah tahu nak buat apa kan...? Kalau masih tak tahu juga, KLIK SINI 


Adik Si Toby ni tunggu nanti papa datang yer...Dia ni takut betul dengan orang...Susah nak tangkap dia...Diumpan pun tak mahu juga...Takpelah...Belum rezeki kau agaknya...


P/S:
Banyak lagi gambar-gambar anjing dan kucing jalanan dalam simpanan PH....Tak larat rasanya nak upload....Tapi Insyaallah PH akan beri input yang terbaik untuk para pembaca semua...

Comments

  1. semoga murah rezeki bro.

    ReplyDelete
  2. Setiap haiwan, yanag kamu hulurkan rezeki untuk mengiasi perutnya yang kosong... akan ada pula ganajarn yanag Allah sediakan! insyaalah!

    sedangkan memberi makan orang yang berpuasa pun besar ganjarannya.. inginkan pulak haiwan yang sedang dalam kebulurun....ntah bape hari tak makan!

    eh!! tingat pulak mangsa2 kebuluran di Mogadishu Somalia...

    ReplyDelete
  3. be strong bro...semoga istiqamah:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular