Sebuah Kisah Di Celah Baldi Buruk
Bagi PH, masalah kekejaman manusia dan haiwan-haiwan jalanan ni memang tak akan selesai sampai sudah...Justeru itu, apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini? Bagi, kalau pihak berkuasa pun tak boleh selesaikan ( tiada pindaan akta dibuat ), apatah lagi kita rakyat yang dipandang biasa-biasa jer....Bagi PH sendiri, masalah sebegini PH dah fikirkan sejak PH di bangku sekolah lagi....Dari zaman bangku sekolah dulu, PH pun selalu bawa balik kucing jalanan pulang ke rumah, samada kucing besar ataupun kucing kecil....Pada masa tu, tiada platform yang sesuai boleh digunakan oleh rakyat yang biasa-biasa ni untuk bersuara dan melontarkan idea kepada pak menteri yang tak berapa nak cerdik dalam membangunkan perihal modal insan yang menyayangi haiwan...Masa tu penuh dengan "Political Havoc" dan pembangunan seranta...
Cuma, bila PH berada di usia belia sebegini PH menggunakan kemudahan internet di mana untuk menyampaikan isihati serta adu domba bagaimana sayangnya PH kepada haiwan...
Sebagai rakyat Malaysia, PH amat pasti peristiwa sebegini pasti pernah berlaku kepada anda sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..Yang mana belum pernah mengalaminya, tunggu jer masanya...Pasti akan ketemu saat-saat sebegini...Sebab di Malaysia amat mudah untuk melihat anak-anak kucing yang merempat...
Di sebuah lorong yang gelap, PH terdengar ada suara yang amat comel...Aduhai, ada lagi yang terbiar...Tanpa berlengah, PH pun terus menuju ke arah suara comel itu....
Di celah-celah baldi buruk inilah PH menjumpai si comel ini...Memang tak ada kucing lain dah...Ibunya serta adik-beradiknya yang lain tidak kelihatan...hmmmm...Pekerja restoran yang berada betul-betul di hadapan si comel ni buat tak tahu jer ( sila lihat video di atas )..Namun, PH tak berhak nak marah orang...
Sementara PH letakkan si comel ni ke dalam kereta dan pergi membeli makanan di sebuah restoran, tiba-tiba ada seekor kucing jantan sedang tidur di atas bonet kereta ( selepas 15 minit menunggu pesanan )...Mungkin ada rezeki nak datang kat PH kali ini kot, sebab mungkin kucing tu ada rasa aura positif kat kereta PH ( itu kata hati PH jer )..Kalau nak diikut logik, macamana kucing tu boleh terlelap kat atas bonet kereta tu ketika enjinnya masih panas...hmmm...Teringat pula entri PH yang ni ( KLIK SINI )...
Kesian betul keadaannya...perutnya muncit...hehehe...walhal baru jer PH serahkan Si Montel dan Si Chicky kepada Cik Jaja yang berkunjung ke rumah PH sebelum tu, lepas tu datang lagi seekor...Lepas kucing-kucing PH di'adopt' oleh warga KMFC, datang pula kucing-kucing lain sebagai ganti...Inilah yang menyedarkan PH...Selepas kucing-kucing jalanan PH di'adopt', datang pula kucing jalanan yang lain...hmmm...takpelah, PH ambil juga tanggungjawab ini...Perginya kucing-kucing dari rumah PH bermakna ianya adalah petanda kedatangan kucing-kucing baru yang memerlukan pertolongan..Tujuannya tak lain tak bukan ialah memberikan kepada mereka kehidupan yang baru dan sempurna ( walaupun tak berapa nak sempurna sebenarnya )..PH buat apa yang PH mampu sahaja....
Si comel ni belum lagi diberi nama..Nantilah PH fikirkan namanya...Sekarang ni terlalu banyak benda-benda penting PH nak fokus demi mencapai impian PH...Samada cepat atau lambat, ianya adalah hak Allah untuk memberi....Yang penting, kita harus berusaha....Bagi PH secara peribadi, tukarlah apa bentuk kerajaan dan menteri sekalipun, periuk nasi kita masih besar tu juga melainkan kita sendiri yang mengubah nasib kita dan nasib haiwan jalanan ni...Moral of the story, kalau kita betul-betul serius nak ubah hidup orang atau makhluk lain, kita kena ubah diri sendiri dulu....
Papa dan Mama tak kisah semua ni....Kalau tak ada orang yang nak sayang kamu, kami akan berikan kasih sayang yang terbaik buat kamu sehinggalah kamu pandai berdikari sendiri...Kami cuma ingin memberikan kamu kehidupan yang lebih baik kepada kamu, itupun setakat yang kami mampu jer....
Walau bagaimanapun, sementara nak tunggu ada orang yang nak adopt kamu, kamu tinggallah dengan kami....
P/S :
Hero marah sampai terjelir lidahnya....Kenapa kawan-kawannya di kaki lima dan yang dianiaya tidak diambil peduli...???
~ Sekelumit manapun perasaan benci kamu terhadap kami ( haiwan jalanan ), kami sebenarnya tak rugi apa-apapun...Allah mengurniakan akal kepada kamu bagaimana untuk menjana pahala free, tapi kamu yang tak gunakan sebaik-baiknya...~
Saya pun sentiasa merasai perasaan yang sama bila tgk kucing/ anjing terbiar ....betul kita tak berhak marah mereka yang tak ambil tau...rasa hati memang meruntun2 kesiankan dan sedey dgn keadaan kucing/anjing tersebut...sejak saya berjinak2 dgn dunia blog2 kucing, paling tidak, dpt jugak saya berkongsi perasaan yang sama dgn rakan2 maya saya...rupa-rupanya ramai rakan maya yang sayangkan haiwan....Terima kasih kepada semua rakan2 yang sentiasa prihatin dan sayang pada kucing/anjing terbiar...hanya Allah yang dapat membalasnya...
ReplyDeleteBuat si comel yang belum diberi nama: semoga sihat dan dpt keluarga angkat yang penyayang. Iyo: you are the cutest among the cutest ones:)
kesian kat kucing jalanan
ReplyDeletePH...put the little one my name...hehehe
ReplyDelete