Jumaat Yang Pilu

Ini Hero...Dia tak mengerti apa-apa tentang kehidupan...Yang dia tahu ialah tunggu PH balik kerja depan pintu ataupun tunggu PH kat atas katil sebelum tidur...Perkara ini berlaku hampir setiap hari...Kehidupan PH menjadi semakin 'wonderful' dengan kehadiran Hero dan kalian semua....ditambah lagi, PH dapat hidup bersama-sama dengan wanita yang PH cintai...
Hero juga begitu....Inilah masanya PH perlu memanfaatkan masa yang berkualiti untuk Hero....Barangkali Hero selalu tertunggu-tunggu kepulangan PH ketika PH keluar bekerja....Risau mungkin tak dapat bertemu lagi....Hidup ini memang sementara...Terimalah hakikat itu...Tiada siapa yang dapat mengubahnya...Persoalannya, adakah kita bersedia untuk itu...? Apakah persiapan kita...? Apakah kita menyesali dengan tindakan kita terdahulu yang suka-suka mengambil nyawa haiwan...? Bukankah kerja-kerja seperti itu sepatutnya Dia yang lakukan...?


Kehidupan PH juga diselang-seli dengan kehadiran Si Kembar...Setiap hari, rumah PH hiruk pikuk dengan hilai tawa dan tangisan sedu sedan dari mereka...Ikhlas betul setiap patah kata yang keluar dari mulut mereka....Kalau ikut hati, stress juga kalau dengar si kembar ni nangis mintak itu mintak ini lebih-lebih lagi kalau waktu pulang dari kerja...Tapi, PH terfikir satu perkara...Masa ni lah PH kena dengar suara tangisan anak-anak kecil PH ni sebab suara anak-anak comel ini takkan kedengaran lagi bila tiba waktunya....Anak-anak ini semakin meningkat dewasa...PH perlu dengar suara tangisan itu sebagai penawar stress...Yang belum ada anak, maka percayalah....!!!!! Sesungguhnya tanggungjawab ini lebih berat dari menjaga anak-anak kucing dan anjing....Masa inilah yang akan menguji sekuat mana kesabaran kalian...Masa inilah yang akan menguji sebijak mana anda membuat keputusan....Dan pada masa inilah kalian akan merasai hati yang tersentap melihat anak-anak kecil terbujur menggigil akibat sakit yang tidak tertahan...kalau tak kuat dan tak sabar, sesungguhnya tak akan kedengaran lagilah suara-suara ngiauan si comel dalam hidup kalian....Bagi kalian yang telah berumahtangga dan mempunyai anak pastinya amat memahami keadaan bila si anak kesayangan mulutnya berbuih, badan terketar-ketar, mata terbeliak ke atas dan mukanya berwarna biru sebiru-birunya...( KLIK SINI )....Kalau dulunya ngiauan si comel paling kuat didengari, tapi kali ini suara tangisan si anak pula yang perlu dihadapi....


Tetapi jangan bimbang.... si comel tak akan sekali-kali menyalahkan kita kalau kita terlupa memberi mereka makan akibat asyik menjaga anak...Si comel tidak akan sekali-kali memarahi kita...memadai dengan keluar dari rumah dan tidak pulang selama-lamanya....Tidak mengapa kata si comel....Semoga berbahagialah keluarga ini katanya....
Si comel tahu akan isi hati tuannya...Si comel tak pandai merampas kasih sayang si ibu yang terdahulu menyayanginya sebelum kelahiran si anak kecil itu...Si comel tetap setia menunggu di dapur....Si comel tetap setia melukut di tepi mangkuk makanan yang dah 2 hari kosong...Alhamdulillah katanya...aku puasa sajelah hari ni bisik hati kecil si comel....Si ibu sedang asyik merintih melihat bayinya asyik menangis...kalau iman si ibu senipis kulit bawang, maka dikatanya anak kecil itu menyusahkan hidup...Di katanya anak kecil itu anak malang...Ditendangnya si comel akibat terlalu pegun hatinya...terlalu stress kata ibu...terlalu sakit hati kata ibu....Tapi si comel tetap senyum....Dijilatnya semula tempat tendangan si ibu yang dulu memujanya...Ditenungnya si ibu yang dulunya selalu memuji-mujinya dengan pandangan yang paling manis sambil menjilat semula perutnya yang ditendang....
Bergembiralah si comel apabila melihat ibu kembali tersenyum....Bergembiralah si comel apabila melihat si anak kecil kembali bertatih...Alhamdulillah katanya...Aku dah 4 hari puasa katanya...
Pada suatu hari, si comel mulai terdengar suara arwah ibu yang melahirkan mereka dulu dengan suara yang paling sayup....
"Adik...!!!! Adik....!!!! Mari Nak.....Ni ibu...!!!!
Si comel mula melangkah ke pagar lalu mengikut suara arwah ibu yang memanggilnya....Suara itu datang dari jalan raya yang sibuk...Sempat juga si comel menoleh ke arah si ibu yang bergembira bertepuk tampar punggung si anak kecil...
"Mereka bahagia, tapi dah lupakan aku....Takpelah..." kata si comel...
"Tak mengapalah...aku nak cari ibu,....Ibu dah panggil aku..." katanya lagi.....
"Aku dah lama tak rasa susu ibu...Aku nak cari ibu juga...Hanya ibu yang boleh bagi kasih sayang yang sempurna kat aku...Hanya ibu yang berhati Malaikat..."
Si comel tak pandai nak mengata manusia...Si comel pandai berterima kasih pada tuannya...Si comel juga tak pandai menghina tuannya...


Si comel bergerak mengikut bunyi yang didengarinya...Si comel bergerak  mengikut suara arwah ibu....Si comel terlupa bahawa ibunya telah mati....Si comel tiba di sebatang jalan...Laju betul raksasa ni..."Tapi suara arwah ibu jauh kat seberang...hmmm...Takpelah...Ibu tunggu yer...saya datang ni" jerit hati si comel...Dipandang kanan, dipandang kiri dan dipandang kanan semula....Si comel mara ke hadapan....


Tiba-tiba pandangan si comel gelap sebentar....Terbayang wajah ibu Kathy yang menimang anaknya yang baru belajar bertatih, ibu yang pernah menendang si comel dulu...terlihat dengan jelas arwah ibu sedang tersenyum di hadapan si comel....Si ibu kata "Marilah ikut ibu...Ibu ada tempat yang lebih seronok dari sini...mari Nak..."
Si comel tak berasa sakit...Si comel turut tersenyum....Si comel masih boleh mengesot-ngesot mengejar kelibat arwah ibunya...Ternampak sebuah kereta berhenti mengejut....Berlari seorang manusia sambil melaungkan takbir ke arah si comel....Di angkatnya tubuh si comel ke dalam kereta dengan deraian air mata...Ketika itu si comel sedar yang nyawanya masih ada....Sederap rasa bisa mula menjalar ke setiap urat darah....Si comel mula menggelupur...Si comel mula meraung...Kedengaran lagu-lagu di radio kereta mula ditutup...Susuk tubuh manusia itu tak ada selera nak mendengar....Kedengaran sang manusia itu merintih...terasa tangan kasarnya mengurut lembut ke kepala si comel....Kedengaran sang manusia itu tak putus berdoa agar dipercepat mengambil nyawa si comel...Si comel terasa titis demi titis air mata jatuh di kepalanya....Si comel menjadi kejang tiba-tiba...Teringat memori lalu si comel ditimang-timang dan diagungkan di internet oleh ibu Kathy dulu....

"Mari Nak...Ikut ibu...ibu ada tempat yang indah untuk Adik...Mari Nak...!!!!"

Si comel mula tercekik...Si comel mula meraung.....Si comel perasan manusia tadi menangis dan kedengaran ada suara bertanya" Kenapa kucing tu bang...? Dah mati ke...?" 
Manusia yang menangis tadi diam sahaja apabila ditanya sambil berlalu selepas menghulurkan wang kertas seringgit...

"Adik, mari Nak....Ibu nak bawa Adik jumpa seseorang...Dia baik sangat"

Dada si comel semakin berombak....kakinya terketar-ketar, mulutnya berbuih, hidungnya berdarah...lebih banyak dari tadi....najis dan kencingnya pun turut keluar sama...Manusia yang memandu tadi macam tiada bau apa-apa....

"Adik...Pergilah cepat dik...Ayah tak boleh tahan tengok adik macam ni lagi...Ya Allah...Kau ambillah nyawa Si Adik ni cepat...!!!"  rintih manusia itu tadi sambil menangis....





"Ibu, nama betul saya Adik ke...? Bukan ke nama saya ni Si Belang...Ibu Kathy yang bagi saya nama tu..." 

"Nama kau yang sebenar ialah Adik nak...Mak dah bagi nama pada kalian semua masa kalian masih dalam perut ibu...

"Tapi macamana manusia tu tahu nama saya Adik...?"

"Sebab malaikat yang menyambut kau masa lahir yang menggerakkan hatinya untuk memanggil kau dengan nama Adik...Malaikat juga yang menggerakkan hatinya untuk mencarikan kubur untuk Adik...""

"Bau ibu ni wangi betul...Adik nak ikut ibulah macam ni.....adik-beradik Adik yang lain mana bu...?"

"Adik beradik Adik dah kena buang kat pasar sebab tak cantik...Adik sorang jer yang cantik..." senyum si arwah ibu sambil memimpin Adik ke arah cahaya putih....Ke syurga barangkali...

Manusia yang memandu kereta tadi tiba di tempat kerja....dia berjalan dengan amat lemah sekali....Fikirannya betul-betul terganggu pada Jumaat yang pilu itu...


P/S :
Mungkin Hero juga pernah berjumpa dengan arwah ibunya ketika dia dianiaya....Tetapi Hero tak nak ikut ibunya...Hero ada sebab yang jelas mengapa dia perlu hidup lagi...Hero nak bantu rakan-rakan yang senasib Si Adik dari dianiaya...Mungkin sebab itulah Hero masih hidup sehingga sekarang....

Kalian yang dah tahu cerita sebenarnya dalam Fan Page Kakimotong, inilah kucing yang PH maksudkan pagi tadi....


Lelaki yang merintih dan berlari ke arah Adik sambil melaungkan takbir itu ialah PH sendiri...Si Adik mengesot-esot di tengah-tengah jalan raya cuba menyelamatkan diri sebelum digilis kali kedua oleh sebuah motosikal....Gilisan yang kedua berlaku di depan mata PH...Sebelum gilisan kedua itu berlaku, tiada sebuah kereta pun yang berhenti untuk cuba menyelamatkannya...
Aduhai Adik...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. yeah .. n i'm crying .
    may u happy there Adik =(

    ReplyDelete
  2. Jatuh jugak airmata baca entri PH ni.. rasa menyesal baca...

    ReplyDelete
  3. ya allah... 2x bc entry ttp mengalir airmata dgn lajunya.. subhanallah.... kesian si adik nie...

    ReplyDelete
  4. aku lebih byk menangis kerana kucing dr manusia....

    ReplyDelete
  5. terima kasih ph sbb snggup menjaga kucing2 nie...semoga allah memberkati ph..saya berharap ph menjaga kucing2 nie sampai bila2 sbb bila hari kiamat..kucing2 nie akan menuntut bela keatas ph..waasalam..

    ReplyDelete
  6. Dzulkifley Mohd. SaidOctober 30, 2011 at 7:48 PM

    Innalillah, terguris perasaan membaca artikel ni PH.. Anyway sy tabik spring dengan PH, manik-manik jernih lagi suci aka air mata PH yg sy lihat begitu mudah, automatik jatuh bagaikan hujan monsun di pipi PH (setiap kali event sebegini berlaku) itulah yang bakal menghapuskan bahang api neraka untuk PH di Pdng Masyaar kemudian hari kelak, aminn...

    ReplyDelete
  7. Saya harap lebih ramai lagi manusia yang berhati mulia seperti PH... Saya berdoa semoga Allah memberkati diri anda.. =)

    ReplyDelete
  8. Sungguh sedih dan terharu membaca entry PH nie.. Laju jer air mata nie keluar.. Sy x dpt bayangkan kalo sy yg berada di situ pd masa 2..

    ReplyDelete
  9. RIP Adik. You're in a happier place now. We'll fight to save your sisters and brothers now. God bless you PH. Love to Hero.

    ReplyDelete
  10. Hari tu dah baca Majalah MASTIKA pasal citer ni.Air mata saya keluar berjuraian.Manusia mana la yg x brhati prut lngsung. :(

    ReplyDelete
  11. :'( huhu kenapa sedih sgt ni.. kenapa boy sy tak balik? kenapa kiki sy xbalik? :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular